ASSALAMUALAIKUM
PELAYARAN
PANGLIMA AWANG
#1
Bermula
syair irama merdu,
lafaz
bismilah luahan syahdu,
Panglima
Awang kisah berpadu,
pelayar
laut asa soldadu.
#2
Nama Enrique dalam sejarah,
dari
Zamatra lintas daerah,
terlalu
jauh langkahan hijrah,
lawan
Portugis dayanya kerah.
#3
Muda
belia waja perkasa,
semangat
juang dirinya sasa,
pada
Melaka tumpahkan jasa,
siap
siaga senantiasa.
#4
Gara Alfonso De Albuquerque,
Ferdinand Magellan sama laku,
hasad
khianat telah terpaku,
tawan
Melaka mencengkam kuku.
#5
Mereka
saling bekerjasama,
harta
ghanimah kaut bersama,
pantas
kalahkan para panglima,
jadikan
hamba niat utama.
#6.
Panglima Awang turut ditangkap,
tersalah
langkah masuk perangkap,
di
dalam kapal tiada tingkap,
terkedu
kata berubah sikap.
#7
Pada Magellan menghamba diri,
berubah
wajah menjadi Henry,
the Black pula gelaran beri,
rentas
lautan berhari-hari.
#8
Kemahirannya
dipergunakan,
pelayarannya
arah pastikan,
kebolehannya
diperhatikan,
raja
Sepanyol pun meraikan.
#9
Sanggup tunaikan hasrat Magellan,
pusing
dunia siap bekalan,
dana
biaya untuk berjalan,
kapal
Trinidad layar berbulan.
#10
Panglima
Awang hamba tebusan,
Magellan
beri kan pelepasan,
bersama-sama
usai urusan,
lautan
luas hujung garisan.
#11
Menolak
sopan saranan nikah,
gadis
Sepanyol sempurna tingkah,
adik
Magellan ayu melangkah,
enggan
hatinya memijak takah.
#12
Iktikad Islam kuat imannya,
konon
dibaptis lakonan hanya,
agar
terjaga sejahteranya,
rakan
kenalan hormat dirinya.
#13
Terus
belayar siang dan malam,
meredah
ombak segara dalam,
barat
dan timur serata alam,
temu
benua jelajah kelam.
#14
Laut Atlantik layar bergulat,
arus
Pasifik antara julat,
pilih
sempena tiada ralat,
nama
Magellan letak di selat.
#15
Ramai
kelasi yang ikut serta,
juga
Antonio Pegafetta,
setiap
waktu tulis cerita,
riwayat
lama tersurat fakta.
#16
Panglima Awang pandai bahasa,
terjemah
makna sudah biasa,
perantaraan
jadi selesa,
hubungan
mudah antara bangsa.
#17
Turut
bersama pergi berperang,
tanah
Afrika juga diserang,
keperwiraan
bukan sebarang,
jati
dirinya ternyata terang.
#18
Di
pulau Cebu Trinidad henti,
Rajah
Humibon telah menanti,
suarakan
pula hasrat di hati,
serang
Lapu Lapu bunuh mati.
#19
Tidak
menjadi akan rencana,
tewas
Magellan tika di sana,
tamat
usia padah mengena,
tinggallah
sudah dunia fana.
#20
Panglima Awang nasib selamat,
pulang
ke kapal laku bercermat,
laju
Trinidad arah berhemat,
pulau
Maluku hentian tamat.
#21
Tiba di sana Trinidad rosak,
kapal
Victoria nyata lasak,
bawa
kelasi kala terdesak,
jadi
pengiring lengkap berpasak.
#22
Panglima Awang hilang di sini,
tuju
Melaka bawa begini,
hai
Taming Sari keris berseni,
pedang
Curia Si manjakini.
#23
Panglima Awang azam sungguhnya,
usaha
cari dan temuinya,
negeri
Perak nasab sultannya,
akhir
budinya besar jasanya.
baru hari tu sy terbaca komen kat tik tok
ReplyDeleteada someone up video psl dato' azhar mansor
katanya dato' azhar pelayar pertama dari malaysia
tapi mungkin mereka lupa tentang panglima awang...
tksh anies panglima awang melayu pertama belayar keliling dunia tercatat sejarahnya
DeleteSejarah lalu..kita pelajari demi Negara tercinta..
ReplyDeletetksh cikgu belajar sejarah kenal identiti kita
DeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Saya ada beberapa buah buku berkenaan Panglima Awang. membaca kisah yang diceritakan menjadikan saya hanyut dan berimaginasi jauh..
ReplyDeletewsalam amiin tksh ustaz...yaka mmg seronok baca buku sejarah tokoh ni pengalaman pada zaman silam mengujakan
Delete