Sunday, 15 June 2025

PUISI

 ASSALAMUALAIKUM



PROF IR. WAN ABU BAKAR & ANAKNYA ILYA KABLAM




PUISI
Istilah puisi dimahsyurkan penulis Indonesia bagi genre sajak. Jadi semua sajak semata puisi. Sedangkan semua karya puisi tidak terbatas sekadar sajak. Terlalu banyak genre puisi pelbagainya merangkumi puisi tradisi dan moden. Maka Pemuisi pun berpolemik mengenainya. Prof Ir. Wan Abu Bakar pun turut berusaha menjelaskannya via portal e-Sastera kendalian beliau juga dalam grup GAKSA Asean. Dalam portal puisi moden beliau telah senaraikan pelbagai genre puisi moden dengan contoh dan rujukannya. Karyaku, Prof Salmah, Bonda Zalina antara yang terpilih. Seorang penulis menurunkan komennya bahawa sewajarnya Pemuisi hanya memberi tumpuan pada satu genre puisi saja untuk menyerlahkan kemampuannya. Tapi padaku jika kita mengenali pelbagai puisi dan bentuknya, kita lebih kreatif berkarya tanpa jemu. Dan mengelakkan memplagiat puisi orang lain. Kebanyakan puisi sering diplagiat ialah sajak.

Hari Puisi –
sasterawan wibawa
Wan Abu Bakar

5 comments:

  1. orang yang kreatif sangat sesuai untuk penulisan puisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik ya puisi karya kreatif kena fikir aktif heh heh

      Delete
  2. plagiat tu mana2 pun memang susah nak elak kan kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies ya kena jaga etika penulisan

      Delete
  3. Sangat kagum dengan penulisan yang kreatif, asset negara

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist