Tuesday, 22 April 2025

WIRA SEJARAH

 ASSALAMUALAIKUM



WIRA SEJARAH

 

Citra Mat Kilau pejuang silam

diselak baca lebih mendalam

keseluruhan kaji teliti

menyentuh rasa amat bererti

.

Termaktub dalam buku sejarah

menentang Inggeris bertumpah darah

negeri Pahang dipertahankan

musuh berdamping bukannya rakan

.

Berjuang sengit demi negeri

tidak sekadar berperi-peri

bersatu asa adik-beradik

ganding tenaga sahabat baik

.

Beramal soleh insan beriman

takwa bersujud pada Yang Rahman

harap semata limpah kudrah-Nya


6 comments:

  1. Wujudnya wira dan pahlawan maka akan bersatulah bangsa. Berjuang bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik wira negara berada antara kita bersemangat waja

      Delete
  2. semoga tanahair kita terpelihara dari penjajahan alaf baru, musuh dalam selimut yang sedang menampakkan matlamat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ana penjajahan alaf baru niat tersembunyi tindaknya ketara

      Delete
  3. Jika tidak ada pahlawan2 ini, tak akan bebas dan berdiri negara kita ☺️. Sayangnya, perjuangan sekarang jadi lebih berat. Krn lawannya bukan lagi orang asing, tp wakil rakyat sendiri yg ingin memperkaya diri 😔.

    ReplyDelete
  4. Penjajah menganggap pejuang2 bangsa ni sebagai penghkianat kerana menentang mereka

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist