ASSALAMUALAIKUM
KHAZANAH NONA ASIAH
Genre : Biografi
Penulis : Tabir Alam
Penerbit : SPTA
Nombor ISBN :
978-967-2944-52 - 7 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 87
Harga: 25 RM
Pengulas : Paridah Ishak
Naskhah
KHAZANAH NONA ASIAH hasil tulisan Tabir Alam, iaitu nama pena kepada
penulis mapan dan prolifik Abdullah Abdul Rahman, merupakan sebuah catatan
rinci tentang keterlibatan artis lagenda Nona Asiah dalam bidang seni suara,
perfileman dan kegiatan sosio-kemasyarakatan. Penulis memaparkan fakta dengan
teliti, bersumberkan pelbagai rujukan termasuk laman internet, video terbitan
Mediacorp, RTM, FINAS, hantaran peminat Nona Asiah di Facebook, serta lawatan
ke pameran berkaitan artis terkenal itu di Muzium Etnografi Melayu, Universiti
Malaya.
Pelbagai
pengalaman menarik sepanjang kehidupan Nona Asiah sebagai artis sejak usia 14
tahun — bahkan lebih awal — disusun dengan menarik dari awal hingga akhir.
Penulis turut menyenaraikan 201 buah lagu nyanyian Nona Asiah lengkap dengan
senikata asal, tahun terbitan dan syarikat penerbitan.
Biduanita
Nona Asiah, yang nama sebenarnya Asiah Aman, dilahirkan di Singapura pada 29
November 1930. Citra hidupnya penuh warna-warni dan cabaran, termasuk
pengalaman hidup semasa penjajahan Jepun. Beliau mendapat pendidikan dalam
bidang seni suara di bawah bimbingan Watanabe Makoto dan mampu menyanyikan
lagu-lagu Jepun dengan baik.
Lagu-lagu
nyanyian Nona Asiah kekal malar segar dan terus digemari oleh peminat di
Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia serta seluruh Nusantara. Tabir Alam,
yang terkenal dalam bidang penulisan bibliografi khazanah seni, sebelum ini
telah menerbitkan KHAZANAH SHARIFAH AINI dan KHAZANAH SALOMA.
Karya-karyanya berdasarkan fakta yang tepat dan boleh dijadikan rujukan penting
dalam bidang ini.
Cantik cover-nya
ReplyDeleteBaru tahu mengenai Nona Asiah lepas baca entri ni. Ilmu juga ni. Thank you share.
ReplyDeleteassalamualaikum kak, biduanita nona asiah memang mempunyai suara yang merdu .. banyak lagu nyanyiannya menjadi soundtrack filem-filem di zamannya
ReplyDeleteSaya x biasa dengar nama nona asiah ni..
ReplyDeletebaru tahu juga ni....
ReplyDeleteSalam kenal warga Blogger, mari melawat teratak saya yang tidak seberapa.
Saya langsung browsing YouTube, nak tahu seperti apa lagu2 nya 😍😍
ReplyDelete