ASSALAMUALAIKUM
KENANGAN ABADI
SASTERAWAN ILHAMI HISHAM
Penulis berkenalan dengan sasterawan mapan anak kelahiran Derang, Kedah, Ustaz Ilhami Hisham tika Penulis mulai menulis semula setelah meninggalkannya sekian lama. Penulis tertarik membaca hantaran beliau berkenaan penerbitan beberapa antologi selenggaraannya selaku penerbit BeTA. Penulis pun join beberapa antologi iaitu Puisi Nikah Kahwin, antologi puisi Hijrah Merdeka dan C2N Rajaqna. Beliau memberi bimbingan pada penulis pemula yang menyertai projek penulisan antologi selenggaraan beliau.
Penulis berpeluang bertemu Ustaz Ilhami Hisham dan isterinya Puan Mazlinda dua kali. Pada kali pertama di majlis pelancaran buku Hijrah Merdeka dan CN2 Rajaqna di Shah Alam. Kali kedua bertemu lagi tika beliau dan isteri menghantar hadiah yang dimenangi dalam sayembara puisi Hijrah Merdeka juga sejumlah antologi terbitan BeTA justeru Penulis adalah antara penyumbang karya dalam antologi
berkenaan.
Rentetan pertemuan itu beliau menulis tentang Penulis di wall facebook beliau. Penulis merasa sungguh terharu dan amat berbesar hati,
.
. Catatan Ustaz Ilhami Hisham dalam wall fb beliau 16 November 2016 yang ditag kepada Penulis abadi dalam memori. Sebak rasa menerima penghargaan daripada penulis ternama ini.
"Beliau insan hebat. Anugerah-Nya.
Itu tiga kalimat yang kusangkutkan di siling hatiku sendiri. Banyak ilmu, maklumat dan pengalaman dapat kukutip ketika menziarahinya tadi petang. Kami temui di kediaman beliau di Selayang Utama.
Kak Paridah Ishak menerima kedatangan kami yang tidak disangka-sangka itu dengan kuntuman senyum yang manis. Kemesraannya jelas ketika beramah-mesra. Meskipun tidak banyak perkataan yang mampu diungkapkan, namun kami amat memahami isi hatinya.
Menurut anak perempuannya, seorang guru Sains, kemalangan melibatkan semua anggota keluarga mereka itu berlaku pada 1987.
"Ketika itu, saya berusia tujuh tahun," tukasnya.
Dalam hati, aku membayangkan bagaimana Kak Paridah membesarkan anak-anaknya dalam keadaan begitu.
Kini, beliau terus-menerus menulis. Meskipun dengan sebelah tangan cuma.
Namun karyanya amat hebat dan bernilai. Boleh dikatakan karyanya terdapat di dalam semua lapan buku projek BeTA sehingga ini.
Tidak banyak kesilapan ejaan, tanda baca dan ketata-bahasaan dalam nukilan beliau. Membuktikan beliau berkarya dengan penuh ketelitian.
Hasilnya, sajak beliau telah mendapat salah satu daripada tempat utama dalam Sayembara Menulis Sajak Hijrah Merdeka anjuran BeTA pada bulan Ogos lalu."
Ilhami Hisham
Kami masih saling berhubungan via media sosial walau di mana saja beliau berada. Beliau sering mendorong Penulis agar terus menulis walaupun beliau tahu keupayaan Penulis amat terbatas.Tika dia jatuh sakit dan tidak boleh berjalan kemudiannya kembali pulih sediakala katanya padaku; “menerap kekuatan semangat Kak Pidah ni!” Masya-Allah! Sebak rasa tak terkata. Penulis doakan kesejahteraan kesihatannya senantiasa.
Kini Penulis telah ketiadaan sahabat sejati yang memahami dan khalayak sastera telah kehilangan tokoh sasterawan yang giat menulis sehingga akhir hayatnya.
Salam takziah kepada keluarga ustaz Ilhami terutama anak-anak telah yang telah yatim piatu kehilangan rimbun kasih ayah dan ummi yang menaungi kehidupan .lantaran kedua-duanya telah melangkah jauh menuruti takdir-Nya yang tersurat. Didoakan semoga roh Allahyarham Ismail Hashim/Ilhami Hashim dan zaujatinya Mazlinda dicucuri rahmat-Nya dan berada di kalangan para solehin di sisi Kekasih abadi sejati.
Innallillah hiwaiina ilaihirojiun. Al-fatihah.
ISMAIL HASHIM
I-lhami Hisham nama penanya
S-asterawan aktif menulis karya
M-embimbing penulis pemula
A-neka genre minat pilihan
I-lmu kongsikan tanpa berkira
L-unak bicara budi bahasa
H-adirnya bawa peranan
A-llah tentukan tika berlaku
S-emoga dicucuri rahmat rohnya
H-antaran doa iring bersama
I-nsan beriman samping solehin
M-eninggalkan fana jejak bertanda
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
17/1/025
persahabatan atas minat yang sama ni sangat lah istimewa kan kak PI
ReplyDeletetksh ana ya persahabatan berkekalan
Deletesemoga rohnya ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...
ReplyDeleteamiin tksh cikgu bersama mendoakannya
DeleteSaya pernah juga berjumpa dan beramah mesra dengan SA Muhammad Haji Saleh. Tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.
ReplyDeletetksh fairus alhamdulillah dpt bertemu SN n berkongsi ilmu
Deleteorangnya sudah tiada tapi ilmunya tetap kekal sampai bila2
ReplyDeleteTulisan beliau ttg kak PI pun bikin haru yg membaca. Beruntung sekali mempunyai sahabat seperti beliau. Semoga almarhum selalu ditempatkan dalam golongan orang beriman
ReplyDelete