Thursday, 5 September 2024

HARI MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM


TABIR ALAM (C)


HARI MALAYSIA

 

Sabah Negeri Di bawah Bayu dipilih lokasi sambutan sempena Hari Malaysia pada 16 September 2024. Tentulah aku tidak dapat ke sana untuk turut sama meraikannya. Cuma aku terkenangkan sahabat sepersekolahanku yang berada di sana. Yayasan Sabah suatu ketika dulu menghantar beberapa orang pelajar dari sana ke SMART, Kuantan. Antara yang rapat denganku ialah Jaminggu Imbun dan Irene Enson. Mereka berdua daripada suku kaum Kadazan. Selain pelajar dari Sabah ada juga pelajar dari Sarawak turut belajar di situ.  Mereka adalah perantau muda sanggup merentas lautan yang memisahkan demi menimba ilmu untuk kehidupan masa hadapan. Keberadaan pelajar-pelajar ini dalam usia muda tentu sebagai pendedahan pada tanah Semenanjung untuk menerapkan ukhuwah kebersamaan Malaysia.

 

pelajar Sabah –

16 September

  kebersamaan


2 comments:

  1. Sambutan Hari Malaysia di Sabah.. ada betul juga sebab ketika itu sabah dan sarawak telah menjadi sebahagian dari Malaysia.. ke sbb PRN negeri yg kian menghampiri hihi.. gurau jer.. Slmt Hari Malaysia :D

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist