Monday 16 September 2024

MAULIDUR RASUL HARI MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM


 





MAULIDUR RASUL

HARI MALAYSIA

 

Maulidur Rasul Nabi Muhammad

sambut sama Hari Malaysia

terjatuh tarikh tetap muktamad

 

Berganda tuah usah persia

terasa nikmat beroleh berkat

kekal selama iring usia

.

Bersatu padu bermasyarakat

amal ibadah mengikut sunah

budi mulia rakyat sepakat

.

Sabah, Sarawak sepanjang tanah

lengkap Wilayah Persekutuan

ukhuwah mesra mencita jannah

.

Selawat salam lafaz duluan

rai bersama seikhlas hati

kerana Allah niat tujuan

.

Maulidur Rasul sanjungan umat

Hari  Malaysia limpah rahmat

6 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul & Salam Hari Malaysia

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan terpuji yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Semoga kita terus meneladani akhlak baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Selawat dan salam ke atas baginda, semoga kecintaan kita kepada Rasulullah semakin mendalam.

    ReplyDelete
  3. salam.maulidur ras...
    cuti ada ke mana-mana ke kak?

    ReplyDelete
  4. Salam maulidur rasul dan selamat hari malaysia
    Semoga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan

    ReplyDelete
  5. Rasa lemau nak masuk kerja bila dah cuti lama kak hehehheh

    ReplyDelete
  6. Selamat hari Malaysia sekaligus maulid nabi kak PI ❤️

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist