ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah dua naskhah karya terbaru terbitan DBP dan YADIM 024 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman penulis mapan, Noorlaila Ghafar. Alhamdulillah! Terima kasih banyak sahabatku hadiahnya. Amat terharu kesudiannya
Buku berkulit tebal dan menggunakan kertas berkualiti berjudul SOFEA SAYANG NABI dengan ilustrasi menarik oleh pelukis dari Indonesia menyerikan halaman yang memaparkan cerita berkenaan. Setiap kisah nabi ditulis oleh dua penulis. Kisah Nabi Adam AS ditulis Nor Raudah Hj Siren, Aisya Fetya dalam tajuk ADIK BAHARU. DENDAM SOFEA tulisan Noriah Hj Siren dan Salami Simon menceritakan kisah Nabi Hud AS mengaitkan ibrah berkaitan. Noorlaila Ghafar dan Amla Mat Rawi bergabung menulis kisah cabaran kehidupan dihadapi Nabi Saleh dalam tajuk HO HO BALIK KAMPUNG.
Walaupun kisah Nabi Adam, Idris, Noh, Hud, Saleh AS berbeza penulisnya dengan tajuk berlainan namun ianya saling berkaitan kerana watak utamanya Sofea bersama ibunya Puan Raudah, bapanya Encik Azhar, abangnya Danish dan adiknya Isma berkesinambungan sehingga akhir. Menarik sekali karya ditulis secara berkongsi ide dengan judul yang sama. Tapi mengembangkan watak terpilih dalam kisah berlaianan.
Tahniah Noorlaila Ghafar dan semua penulis terlibat.
INDAHNYA ALAM INI merupakan puisi kanak-kanak karya Noorlaila Ghafar terbitan DBP. 51 buah puisi indah dibahagikan dalam dua bahgian. Puisi dengan susunan diksi tiga atau empat larik membentuk tiga stanza atau empat. Semua puisi berfakta berkenaan pelbagai maklumat sains dan alam semesta sebagai pengajaran pada anak-anak agar bersyukur kewujudannya anugerah Allah. Puisi nukilan Noorlaila Ghafar memang tidak boleh dipertikaikan kualitinya yang mempesona.
Tahniah sahabatku Lela. Sekiranya ingin memiliki buku-buku ini sila hubungi Noorlaila Ghafar @facebook. Harganya amat sederhana dan mampu milik.
ps: rasa macam kenal ja Salami Simon ...bukan blogger amie ka...tahniah amie
bagus sekali jika diterbitkan lebih banyak buku cerita Islamik kpd kanak2. Tahniah!
ReplyDeletetksh cikgu ya insyaAllah ada siri sambungan tu
Deletebuku2 seumpama ini kalau diadaptasi ke drama pendek lagi cun...byk manfaatnya
ReplyDeleteTksh anies ya betul tu
DeletePerpustakaan sekolah rendah perlu ada buku2 seperti ini
ReplyDelete