Saturday, 20 April 2024

KEJUTAN SIFU TABIR ALAM

 ASSALAMUALAIKUM

PI sibuk bermandi-manda tika anak menyebut nama Tabir Alam..ah sudah! sifu datang ke? hatiku tertanya-tanya. Tapi memang teruja hendak menemui sifu yang selama ini hanya menurunkan ilmu sastera pelbagai genre dalam talian...kalau dapat bertemu sifu berhadapan tentu amat bahagia dan bermakna. Tapi kehendak Allah ternyata...bertuah sungguh dapat menemui sifu kebanggaanku sasterawan terbilang. Alhamdulillah bersyukur amat sifu TA sudi menziarahiku dan keluargaku bersama Puan isteri dan anak lelakinya.




TERLEPAS HUTANG
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dapat berjumpa dengan penulis prolifik, Paridah Ishak di rumahnya di Desa Melor, Serendah, Selangor. Pertemuan yang tidak dijangka dalam perjalanan pulang dari Klang balik ke Ipoh terpandang akan papantanda lebuhraya menunjukkan arah ke Serendah.
Aku pun terus membuat keputusan untuk menjengah seorang penulis yang telah aku hafal alamat rumahnya. Dalam pertemuan singkat itu, aku rasa terlepas segala hutang untuk berjumpa dengan Paridah Ishak dari sekian lama ini.
Terima kasih datas layanan yang diberi oleh anak perempuannya serta menantu. Lima belas minit bersama Paridah Ishak cukup meninggalkan kesan di dalam hati. Semoga berjumpa lagi; haza min fadhli Rabbi ...

cnp fb sifu TA

Alhamdulillah terima kasih banyak sifu puan isteri n anak sudi bersusah-payah datang ziarah kak n famili...tertunai hajat hendak bersua dengan sifu selama ini...sekian lama menuntut ilmu sastera dengan sifu hanya dalam talian akhirnya Allah aturkan pertemuan bahagia bermakna melakar sejarah...sepatutnya anak murid berusaha menemui sifunya tapi terbalik jadinya...sifu terbaik berbudi mulia. Maafkan layanan kak dan anak2 seadanya saja. Semoga kelak akan bersua lagi insya-Allah...jangan serik nak ke serendah lagi ya sifu n puan isteri.




8 comments:

  1. seronoknya kak di kunjungi insan yang memang kita minati kan, tok guru lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh Dana ya sifu buat kejutan..penulis SPTA memang fhm perangai sifu susah nk bertemu dgn beliua

      Delete
  2. kunjungan menguatkan lagi silaturahim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies ya bilalah nk jumpa anies pulak

      Delete
  3. Alhamdulillah atas sebuah pertemuan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin tksh pha is pertemuan suratan takdir

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist