Sunday 7 April 2024

UBI KAYU

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


UBI KAYU

Dia membaca akan berita
pegawai besar telah berkata
gantikan padi
tanaman jadi
bijak hujahnya terjuling mata
.
Masalah beras bukanlah berat
ubi kayu khasiatnya sarat
di zaman Jepun
makan itu pun
bersangka baik bergelut lorat
.
Anggap saranan boleh terima
bendang bertukar menjadi huma
tak makan nasi
dayanya lesi
kembung perutnya angin menggema
.
Menanam ubi pelbagai jenis
rasa berbeza ada yang manis
makanan ruji
belum teruji
tersenyum tawar mengeluh sinis

2 comments:

  1. Kalau kerja berat macam wak kena makan ubi kayu, memang tak larat kerjalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh tksh wp ..makan nasi kejap perut n bertenaga sikit...makan ubi ni main2 ja

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist