ASSALAMUALAIKUM
Thursday, 21 November 2024
DAERAH KOMA
Wednesday, 20 November 2024
Tuesday, 19 November 2024
PUISI SUNGAI
ASSALAMUALAIKUM
PUISI SUNGAI
Aku menerima jemputan menghadiri majlis penyampaian hadiah pada
peserta yang menyertai sayembara Puisi Sungai dan Kelestarian Alam anjuran
Persatuan Sahabat Sungai Malaysia, Pusat Pengurusan Alam Sekitar (EMC)/UNESCO/PENA
di Balai
Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP. Majlis diadakan pada malam 15 November 2024. Senarai nama pemenangnya telah disiarkan di
media sosial. Tidak pula terselit namaku. Maknanya tentulah aku tak menang.
Tahniah semua pemenang. Aku memang tidak gemar menghadiri majlis sastera
sekadar hendak bersibuk sekiranya tiada kena-mengena denganku. Nampaknya
majlis itu bukan calang-calang. Lagilah aku segan hendak menghadirinya. Aku pun
meneruskan rutin seharianku seperti biasa iaitu tidur tika mataku mengantuk.
Puisi Sungai -
15 November
rutin lestari
Sambil tu nikmat lagu puisi PI gubahan SUNO
Monday, 18 November 2024
DAMBAAN
ASSALAMUALAIKUM
(Tautogram)
DAMBAAN
Duniaku dusun
dukacita
diserkup dedaun duga denainya
dahan dipaut dipatahkan durjana
diri diam dilamun dilema
dikejar dura derita
daku dungu dalam dimensi debar
Desir desah dedaun dasawarsa
deru dari dataran daksina
doaku dosaku
dihapuskan Dia
dambaan duniaku damai
dian darma dinyalakan
dan daku dakap dingin detiknya
Sunday, 17 November 2024
MATA
ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL MENYOROTI AKSARA PUISI SONIAN....NIKMATI LAGU PUISI KARYA PI GUBAHAN SUNO
Friday, 15 November 2024
YA RAHMAN YA RAHIM
SEGENGGAM KOPI
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH TERIMA KASIH SIFU TABIR ALAM SUDI PILIH PUISI PANCALARIK KARYA PI SEBAGAI KARYA PILIHAN
Wednesday, 13 November 2024
KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH ABQORI MENANG TEMPAT KELIMA LONGEST DISTANCE LELAKI
KEJOHANAN SCIENCE PAPER PLANE WPKL....TAHNIAH ABQORI
Tuesday, 12 November 2024
RASUL JUNJUNGAN MULIA
Sunday, 10 November 2024
DESA TERCINTA
ASSALAMUALAIKUM
DESA TERCINTA
Aku melukis wajah desaku
jauh letaknya di hulu sana
Indah dan permai pandang terpaku
bendang terhampar luas saujana
Bayu berhembus lembut menyapa
dedaun nyiur melambai-lambai
mengiring langkah berdepa-depa
perhati padi tidak terabai
Di bawah malam bulan mengambang
padi digoreng dalam kuali
saling membantu adik dan abang
menumbuk emping berselang seli
Pelita ayan liuk cahaya
gelap gelita cerah sedikit
riuh ketawa sukar percaya
kopi yang hitam manis melekit
Usai cerita mengemping padi
pandangan mesra teruna dara
bertaut kasih cinta terjadi
dinginnya malam kian ketara
Malam purnama aura mengemping
desaku indah dalam karangan
citraan klasik hayat berdamping
kini yang tinggal hanya kenangan
Wednesday, 6 November 2024
HIJRAH MERDEKA
ASSALAMUALAIKUM
Dua
naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 024 telah selamat
kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Dan turut disertakan cenderadurja
berupa gelang akar bahar dan sebotol kecil perfume. Sifu telah beribadah umrah di
Mekah dan ziarah baru-baru ini dan tidak lupa membeli ole-ole untuk penulis SPTA.
Alhamdulillah! Terima kasih banyak sifu. Tiga buah puisi kakpidah
terselit dalam antologi HIJRAH MERDEKA. .Terharu sekali sifu sudi memilih karya
kakpidah iaitu puisi kuatrin PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG, limerick
PENUKIL PANTUN, terza rima MAULIDUR RASUL, HARI MALAYSIA. 37 penulis, menulis tiga buah puisi dengan judul pilihan masing-masing dalam
antologi ini. Semua puisi menarik ditelusuri karya penulis Akademi SPTA mengagumkan.
TAHNIAH SIFU TA selaku penyelenggara,
penerbit dan semua penulis terlibat.
Sekiranya ingin miliki antologi puisi HIJRAH MERDEKA
sebagai khazanah sastera bernilai sila hubungi Sifu Tabir Alam @facebook.
Monday, 4 November 2024
MARAN BANDAR SEJAHTERA
ASSALAMUALAIKUM
MARAN BANDAR SEJAHTERA
Sempena cuti Hari Deepavali baru-baru ini ,aku mengikuti
anak-anak dan cucu-cucuku bermusafir ke Rompin selama tiga hari. Kebetulan
anakku ada tugasannya menyelia projek Pantai Hiburan Rompin. Dalam perjalanan pulang singgah seketika di
bandar Maran. Maran Bandar Sejahtera tertulis pada papan tanda di pinggir jalan
masuk utama. Di sinilah tempat aku bersekolah menengah rendah dulu. Ada tiga
sekolah berasrama terdiri di sini iaitu sekolah rendah, sekolah agama dan
sekolah menengah. Pengalamanku selama berada di sini bersama kawan-kawan
sepersekolahan abadi dalam kenanganku. Sifu Tabir Alam pernah bertanya; apakah
sudah siapkan syair sejumlah dua puluh tiga rangkap syair untuk terbitan SPTA
dengan bimbingan diberi tidak lama lagi. Jawabku tentulah belum. Asyik berjalan
saja kala cuti, tiadalah masaku hendak menulis. Aku rasa hendak menulis tentang bandar Maran
untuk projek syair PRAJA dengan bimbingan Sifu Tabir Alam kalau masih
berkesempatan.
Hari Deepavali –
sekolah bandar Maran
musafir ilham
Tuesday, 29 October 2024
PUTIH GINGGER OYEN
ASSALAMUALAIKUM
PUTIH GINGGER OYEN
Setelah Mektam dijemput Izrail kembali ke syurga, anakku membawa
sepasang anak kucing berwarna jingga untuk perminan anak-anaknya. Semua
anak-anaknya memang sukakan kucing dan menyayanginya. Terutama Damia. Kucing
dua beradik sewarna itu kelihatannya amat berdisiplin. Mereka tidak buang najis
merata-rata kecuali di tempat yang disediakan.
Sebelum kehadiran kucing dua beradik itu, rumah anakku sering
didatangi Putih iaitu kucing dimiliki jiran sebelah rumahku. Pada mulanya tiada
apa yang berlaku antara mereka. Mutakhir ini Putih menunjukkan garangnya. Dia
bersengketa dengan Gingger dan Oyen. Setiap kali dia bertemu kucing dua beradik
sama ada di dalam rumah atau di luar rumah dia akan mengejar dan menyerang
mereka.
Ginger lebih pantas berlari dan menyorok untuk menyelamatkan
dirinya. Oyen agak lembab sedikit langkahnya. Dia menjadi mangsa terkaman Putih.
Kasihan Oyen. Luka tubuhnya dicakar Putih. Kalau aku melihat Putih mengejar
Oyen aku akan cuba menghalaunya dengan penyapu. Tapi kalau Putih bergelut dengan
Putih di luar rumah tidak dapatlah aku hendak menolongnya lantaran keuzuranku.
Suatu malam Oyen tidak pulang ke rumah. Ginger mengiau-ngiau
memanggil abangnya.
“Nanti papa cari abang kamu ya!” kata anakku sambil membelai
Gingger.
Keesokannya anakku mencari Oyen di sekitar rumah. Dia menemui Oyen
terjatuh dalam longkang. Anakku berusaha mengambilnya dari situ. Longkang itu
agak dalam juga. Oyen kelihatan amat lemah. Tapi masih bernafas. Dia
mengodek-ngodekkan ekornya. Akhirnya Oyen mengikuti langkah Mektam juga.
Tinggal Gingger sendirian. Tiada lagi Oyen yang sering tidur di atas katilku.
Thursday, 24 October 2024
DEMI CINTA
ASSALAMUALAIKUM
DEMI CINTA
Cinta sejati
kerana Allah
setia kasih
menuju syurga
tidak ternilai
tertentu harga
rela terima
waima bersalah
.
.
Bersama-sama
lerai masalah
tabah berdepan
segala duga
cinta sejati
kerana Allah
setia kasih
menuju syurga
.
Aral melintang
bukan halangan
mengorak
langkah berhati-hati
kala berpisah
rindu menanti
impi bersua
menyata angan
cinta sejati
kerana Allah
setia kasih
menuju syurga
Wednesday, 23 October 2024
OSTEO-INTEGRASI
ASSALAMUALAIKUM
ALHAMDULILLAH ULASAN BUKU OSTEO-INTEGRASI KARYA PROF IRWAN ABU BAKAR TULISAN PI TELAH DISIARKAN DALAM MAJALAH DEWAN SASTERA EDISI NOVEMBER 2024....TERIMA KASIH BANYAK EDITOR DS KESUDIANNYA
Tuesday, 22 October 2024
SI LUNCAI
ASSALAMUALAIKUM
SI LUNCAI
Teringin dia menghadap raja
Dirinya hamba dia sahaja
Dapat peluang mencelah ruang
Dihukum pula sebab teruja
[Verse 2]
Dia tersalah mengungkap kata
Wajah bapanya bagai tercipta
Sama seiras serupa paras
Murkalah raja rasa dinista
[Chorus]
Raja titahkan pada panglima
Dua perahu bawa bersama
Dayung ke laut bersahut-sahut
Membuang Luncai niat utama
[Bridge]
Luncai pun terjun dengan labunya
Lagu itu diajarkannya
Panglima ikut tersangkut-sangkut
Tanpa tersedar benar jadinya
[Verse 3]
Luncai tersenyum bijak tersirat
Siasat akal sebelum disirat
Mainkan raja mainkan semua
Hamba pun menang tanpa derita
[Chorus]
Raja titahkan pada panglima
Dua perahu bawa bersama
Dayung ke laut bersahut-sahut
Membuang Luncai niat utama
Monday, 21 October 2024
NORAZIMAH ABU BAKAR
ASSALAMUALAIKUM
NORAZIMAH ABU BAKAR
Aku mengenali Puan
Norazimah Abu Bakar awalnya di alam maya ketika aku teruja hendak menerbitkan
karyaku dalam antologi di mana beliau sebagai penyelenggara. Setelah itu
berpeluang bertemu dengan sasterawan kelahiran Perak ini beberapa kali dalam
beberapa majlis sastera. Beliau sangat peramah berbudi bahasa dan prihatin.
Walaupun beliau salah
seorang peneraju GAPENA sebagai Setiausaha Kerja sebuah badan penulisan merangkum
semua persatuan penulis negara namun beliau sangat sederhana. Aku pernah
menyertai antologi selenggaraan Katrina Tati Sitaim, penulis terkenal Sabah dan
antologi itu telah terbit. Kebetulan Puan Norazimah ke sana untuk menghadiri
beberapa acara sastera, beliau sanggup bersusah-payah membawa buku-buku
bahagianku dalam bagasinya untuk diberi padaku.
Aku terharu sungguh
kesudiannya. Dalam perjalanan dari Sabah kemudian ke Sarawak beliau turut
membawa beban itu bersamanya. Baik budinya tidak ternilai. Aku bukanlah sesiapa
pun. Tapi beliau turut menyenaraikan namaku sebagai penerima zakat asnaf
penulis pada Ramadan 2018, 2019 oleh sasterawan Tan Sri Dr Hamad Kama Piah juga
seorang usahawan.
Beliau sebagai
penyelenggara buku terbitan GAPENA turut memilih sajak karyaku antaranya. Antologi
BUNGA-BUNGA PULAU JAUH dalam dwi bahasa iaitu Rusia dan Malaysia beliau
mengundangku turut serta. Masya-Allah terharu amat pelawaannya.
Tiba-tiba aku terkedu terima khabar, deklamator negara dan penyair Puan Norazimah Abu Bakar telah kembali ke Rahmatullah. Air mataku bergenang menitis perlahan. Langkahnya telah mendahuluiku ke sana. Suatu waktu kita pasti bersua jua, bersama kembali.
Karya puisinya tersiar
di media arus perdana sejak 1990-an serta pelbagai antologi puisi bersama.
Allahyarhamah menghasilkan dua kumpulan puisi, Melarik Malam (ITBM, 2014) dan
Langit, Bumi dan Lautan (ITBM, 2016). Pernah mewakili negara untuk deklamasi
sajak di China, Thailand, Vietnam, Kemboja, dan Indonesia. Beliau turut pernah
menyelenggara dan menjadi editor buat beberapa buku antologi. Norazimah
merupakan penerima Anugerah Penyair Berpotensi 2016 Yayasan Pembangunan Buku
Negara dan Anugerah Tokoh Dunia NUMERA 2017 sebagai Srikandi NUMERA.
Semoga rohnya dicucuri
rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba-Nya yang diredai. Amin amin amin ya
Rabbil Alamin.(cnp Raja Yusof Raja Ariffin) (c)
Amiin… semoga
kebaikannya beramal soleh memayunginya di mana saja dia berada berbahagia abadi
di sisi-Nya… innalillahiwainnailaihirojiun alfatihah takziah pada keluarga.
Friday, 18 October 2024
KENAPA
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
CERIA LAGI
Tiada angin tiada ribut
Rasa bagaikan dilambung-lambung
Segala lihat jadi serabut
Selirat lilit bersambung-sambung
[Chorus]
Aduhai hati kenapa gundah
Malam terasa penuh berhiba
Mari bangkit dari derita
Berseri lagi hilang segala
[Verse 2]
Cahaya pagi menyapa sinar
Janji hari baru berseri
Usah bimbang walau sejenak
Hingga malam rasa ceria lagi
[Chorus]
Aduhai hati kenapa gundah
Malam terasa penuh berhiba
Mari bangkit dari derita
Berseri lagi hilang segala
[Bridge]
Sentuh langit pegang bintang
Dengar lagu ceria riang
Hidup ini satu peluang
Hapus lara hapus duka
[Chorus]
Aduhai hati kenapa gundah
Malam terasa penuh berhiba
Mari bangkit dari derita
Berseri lagi hilang segala
Thursday, 17 October 2024
LAYAR PAPARAN
ASSALAMUALAIKUM
PI MAIN2 MASUKKAN PUISI UNTUK KOMPOS LAGU DENGAN AI.....SEKALI LAGU SIAP DENGAN TAMBAHAN LIRIK...SEBENARNYA BOLEH EDIT TAPI PI TAK PANDAI HEH HEH...
LAYAR PAPARAN
Suara hati gemaan rasa jauh
Persepsi segenap sisi tak bertemu
Lontar kritikan senantiasa membeku
Lakar cerita atur diksi tak tentu
[Verse 2]
Pandang sepintas hati terusik rindu
Jejak kenangan yang selalu mengganggu
Setiap langkah tergenang dalam pilu
Layar paparan naratif yang kelabu
[Chorus]
Layar paparan naratif gundah
Sayap harapan kini lelah
Dalam duka ku tulis serapah
Setiap bait hati pun menyerah
[Verse 3]
Hilang pelangi kala hujan jatuh
Menghapus mimpi yang dulu utuh
Suara hati kian mengecil
Dalam sepi ku merasa getir
[Bridge]
Apa yang tertinggal hanyalah bayang
Setiap nafas terasa pincang
Cinta yang hilang takkan pulang
Sepi yang kian datang menjelang
[Chorus]
Layar paparan naratif gundah
Sayap harapan kini lelah
Dalam duka ku tulis serapah
Setiap bait hati pun menyerah
[10:28, 17/10/2024] Paridah: https://cdn2.suno.ai/image_491b26ac-f043-4363-b9ba-cb7c2fcfb9ee.jpeg
Wednesday, 16 October 2024
ANTAGONIS
ASSALAMUALAIKUM
ANTAGONIS
Sifat
sombong diri
bertindak zalim
antagonis
dunia
.
Di dalam
al-Quran
Allah
Berfirman
tipu
helah
mereka
.
Menganggap
wujudnya
benar
sempurna
hamba Allah
terpilih
.
Menggila
menjajah
menjarah
harta
cara
laku
biasa
Tuesday, 15 October 2024
BERKENAN
ASSALAMUALAIKUM
BERKENAN
Jikalau hati
sudah berkenan
senyuman manis
dara jelita
arjuna lupa kata
pesanan
terbayang-bayang
sebagai nyata
.
Walau cabaran
merintang duri
tega dirempuh
mematahkannya
demi semangat
menjati diri
masih mengharap
tertanya-tanya
.
Berbahagia dengan
pilihan
selama-lama
sepanjang hayat
adakah jodoh
hadirnya lahan
junjung harapan
tidak tersayat
.
Daya upaya meraih
impi
bukan semata
hanya bermimpi
Monday, 14 October 2024
PAKAR FORMULA
ASSALAMUALAIKUM
FORMULA MATEMATIK
Ketika bersekolah rendah subjek matematik mudah saja bagiku
menyelesaikannya. Naik menengah rendah mula belajar algebra mulalah aku pening
kepala. Mempelajarinya perlu mengingati
pelbagai formula. Padaku agak sukar
mengingati formula algebra ini. Minatku mempelajari matematik makin luntur. Kalau
ujian pun setakat P7 saja. Tapi ramai
kawan-kawanku dapat menguasai formula matematik dengan baik. Pakar. Aku lebih mudah menghafal fakta sejarah
berbanding formula matematik. Kini kusedari formula matematik amat penting
dalam menentukan suatu kejayaan yang diingini. Tapi sejarah tanpa formula
merupakan ilmu ibrah untuk direnungi agar kegagalan masa lalu tidak berulang.
pakar formula -
pelajar tahap satu
sejarah gagal
MyBloglist
-
Osaka → Kansai Airport, Jepun: sayōnara Nihon! - ✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿ Bersambung dari *SINI*. akhirnya.... akhirnyaaaaa! tamatlah sudah cerita jalan-jalan ke Jepun😂 punyalah lamaaaa nak hab...1 hour ago
-
RESEPI KEK PISANG MUDAH - Assalamualaikum semua, Ini resepi pasti jadi, sukatan cawan untuk kek pisang. Aku suka kek pisang gini yang simple je.Dua hari berturut buat dan habis. ...2 hours ago
-
Dari Mehdi Colony ke Hassan Colony Skardu Beli Kain Pakistan - Bismillahirrahmanirrahim. Memandangkan masa yang diberikan agak singkat, jadi kami segera tinggalkan kawasan Mehdi Coloni dan terus menuju ke Hassan Colon...3 hours ago
-
Tukar Cara Berdoa - INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, *The Power of Doa* ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah. [image: 🍀]FORMULA 1 ...5 hours ago
-
SR, Zaimi dan SMS | Throwback Thursday - Assalamualaikum wbt Major throwback. Lama betul dah zaman ni berlalu 😂 Kalau seingat SR, masa ni tahun 2006 atau 2007. SR masa ni dekat Sekayu, Terengg...16 hours ago
-
77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda - Lama sungguh saya tidak kemas kini blog ini meskipun aktiviti pembacaan buku saya belum lagi terhenti. Saya masih membaca buku tetapi dengan rentak yang ...21 hours ago
-
Program PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley pada 23 Dan 24 November 2024 - Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Untuk makluman semua, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) m...1 day ago
-
Beli rumah lebih jimat dengan kempen Hartanah Bumiputera Matrix - Kalau sebelum ni kak ana beberapa kali dah berkongsi artikel mengenai pelbagai tawaran hartanah yang menarik di Sendayan di bawah pemaju Matrix Concepts, ...1 day ago
-
Wordless Wednesday - Gojes - Bismillahhirahmannirrahim... As Salam and greetings to dear readers. *Wordless Wednesday - Gojes.* Rasa macam dah lama tak buat post Wordless Wednesday....1 day ago
-
WW #40 : TH Hotel, Kelana Jaya - Kenangan lama...tempat pelepasan jemaah haji..dulu2.. perjumpaan wakil-wakil NGO2 days ago
-
JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA - * JAKUN TENGOK BUAH GETAH MUDA* | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. SENYAP. ENTAH PERGI KE MANA. Katanya nak c...3 days ago
-
Pekena Bihun Sup Daging pula dari Restoran Sri de Orkid, Perlis - Salam semua! 🙋🏻♀️✨ Sebelum ni, cheq dah pernah merasa *bihun sup ayam* dari restoran Sri de Orkid yang agak glamer kat Arau ni, kali ni cheq terpanggi...3 days ago
-
WWW - Kata sohor terkini - Assalamualaikum, Masa budget hari tu banyak bahasa dan ayat yang baru aku dengar tapi yang banyak ialah ketimbang. Asyik-asyik ketimbang apa le maknan...1 week ago
-
Buat Jalan Kebun - Salam bertani Masa musim panas baru-baru ni, wak ada upah orang buat jalan di dusun WP. Alhamdulillah dah siap jalan baharu tu. Mudahlah wak meronda dus...1 week ago
-
Pameran Seni Visual & Robotik Anjuran Panitia PSV Sesi 2024 - • *بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •* *Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.* Bertemu kembali diarena penulisan blog ini. Maaf ...2 weeks ago
-
PROJECT;EXIT [ Drama Review] - *PROJECT;EXIT* SENARAI PELAKON Shasha Abedul sebagai Jannah Mierul Aiman sebagai Hadi Naim Daniel sebagai Ucop Kimberly Chuah sebagai Amy Malia Baby seba...2 weeks ago
-
-
Antara Sifat 20 dan Tauhid 3 - Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024. Dan ora...3 weeks ago
-
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H. - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema* 'blackpink'. *Sebenarnya tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibu...5 weeks ago
-
Genereasi Z, Adakah Anak-anak Kita? Fahami Isunya! - بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيمGenerasi Z, yang merujuk kepada individu yang dilahirkan antara pertengahan 1990-an hingga awal 2010-an, kini menjad...5 weeks ago
-
PELUANG MENJANA PENDAPATAN DENGAN AL'ARD SEKALIGUS MEMBANTU PETANI PALESTIN - Hye korang. Assalamualaikum. Lama tak update, busy dengan urusan keluarga sementalah kami diuji dengan ujian yang sangat besar. Nanti-nantilah aku ceri...1 month ago
-
Selamat Bertunang... - Kerana lama sungguh tidak menulis dan mencatat dalam blog ini, rasanya agak payah untuk memulakannya kembali. Tapi kali ini mak gagahi juga untuk menulis...1 month ago
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...2 months ago
-
Alternatif Mendekatkan Jodoh , Semoga Allah permudahkan Jodohmu - ehsan google Assalamualaikum, Setiap orang pasti mempunyai cita-cita dan harapan untuk membina kehidupan yang bahagia terutama kepada mereka yang kian...3 months ago
-
Koleksi Testimoni ResV Shaklee - Assalamualaikum wbt, ResV adalah produk terunggul shaklee yang mengandungi ekstrak semulajadi dari anggur muscadine, knotweed Jepun, pati anggur, delima, c...4 months ago
-
Harap ada rezeki kali ni - Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat2 blogger. Lama rasanya dah tak update sini. Alhamdulillah setelah 10 tahun mencuba, dapat peluang yang ke-...6 months ago
-
Google Adsense: Penambahan Hasil Dalam Kejatuhan Ringgit - Assalamualaikum. Google Adsense sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai salah satu platform menjana pendapatan bagi pemain dan penggiat digital. Platf...7 months ago
-
SALAM EIDUL FITRI 1445H /2024M - Assalamualaikum semua😍❤️ Sahabat blogger yg dikasihi ❤️❤️❤️ rindunya dgn sahabat blog .. semakin menyepi CH ni kan... 😁 penat membuang sawang diblog k...7 months ago
-
Pintu Kayu Durian - Assalamualikum Kayu durian masih belum luas pengunaannya dinegara kita Tidak seperti di Indonesia Mungkin ianya tak setanding dgn perabut dari kayu cengal,...7 months ago
-
Tempat Pertama Pertandingan...2023 - *Assalamualaikum & Salam Sejahtera...* Apa Khabar Semua...Masih Ada Yang Ingat Saya Tak...Dah Lama Tak Update Cerita... Di Bawah Adalah Gambar Lama......7 months ago
-
Ramadan ke 11 baru muncul entry ini - Assalamualaikum dan hai semua! Haih, begitu lama tak update blog. Sebelum nampak anak bulan Ramadan sampai masuk fasa ke-2. Hahaha. Apakan daya, sis busy...8 months ago
-
Hukum makan pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan - *Soalan:* Bolehkah saya mengambil pil pencegahan haid agar dapat puasa sebulan sepanjang bulan Ramadan? Mohon pencerahan. *Jawapan: * Hukum bagi wani...8 months ago
-
Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️ - *ATIEZIEYAGALLERY 'S INSTAGRAM*9 months ago
-
Kedai Komputer Terbaik di Petaling Jaya - Adakah anda sedang mencari kedai komputer yang terbaik di Petaling Jaya? Sebaiknya anda mencari *kedai komputer* yang boleh dipercayai untuk *membaiki k...11 months ago
-
W-W: Rumah Senibina Melayu - Assalammm.... Masya Allah, cantik, cantik sangat senibina melayu pada rumah kayu ini, rumah kepunyaan seorang ustaz yang terletak di kampung MIL Jerantut ...1 year ago
-
Salam Dari Tanah Suci - Assalamualaikum semua sahabat-sahabat Blogger saya. Lama menyepi.. Ada saja disini tapi tak berkesempatan nak meluangkan masa menaip di ruangan ini. K...1 year ago
-
Kos Perubatan Yang Lebih Murah Dengan Program Perkongsian Komuniti Lyndung - Hasil tinjauan oleh Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan hanya *22 peratus rakyat di negara ini mempunyai insurans perubatan* dengan *43 per...1 year ago
-
NEW BLOG I AM - Assalamualaikum semua. Wak mohon maaf kerana ada masalah teknikal dgn blog lama ini. Terpaksa dipasungkan. Huhu. *Due to the technical issue, please vi...1 year ago
-
PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA DI ANCASA RESIDENCES PORT DICKSON - Assalamualaikum and Hi! Untuk entry yang lepas, aku dah tulis tentang buffet Ramadan di AnCasa Residences kan? So, untuk entry ini aku akan tulis ten...1 year ago
-
Perubahan dunia blogging? - Salam. Sudah lebih kurang setengah bulan saya balik ke dunia blogging ni; blogwalking setiap hari sehingga post pertama Tahun Baru 2023 tiga hari lalu. ...1 year ago
-
Masih ada yang ingat siapa penulis blog Jari Manis Travel tak? - Assalamualaikum semua sahabat alam maya 💖 View dalam flight dalam perjalanan balik kampung on Nov 2022 - Tengok Air Asia ingat JM okey hehe Ya Allah!...1 year ago
-
HERO KIDDO VITAMIN TERBARU UNTUK KANAK-KANAK - SERLAHKAN POTENSI SI MANJA ANDA Apapun si manja lakukan, Shaklee menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh si manja anda untuk membesar. Sihat dan ...3 years ago
-
Kisah Vaksin Saya - Assalamualaikum pada semua Bloggers yang singgah sini secara sengaja ataupun tak. Hehe Macam biasa la blog bersawang jadi mari la kita cerita sikit kisah...3 years ago
-
Salam 10 Ramadhan 1442H. - Dah 10 hari kita puasa kan. Kejap je masa berjalan. Salam kemaafan kpd teman2 yg berkunjung ke rumah saya, belum sempat saya balas kunjung. Apapun terima...3 years ago
-
Tips Sihat - Assalammualaikum Selamat Berpuasa Semua TIPS SIHAT Ingat selalu, Low Carb No Sugar. Kawal nafsu makan kita di bulan puasa ni.. Semoga di b...3 years ago
-
VINCENZO FULL EPISODE - *VINCENZO FULL EPISODE* | Ini antara Kdrama 2021 paling hangat dan ditunggu-tunggu peminat drama korea. Gandingan Song Jong Ki dan TaecYeon dalam drama ...3 years ago
-
Menginjak usia - Assalamualaikum 22hb Mac menginjak lagi setahun usiaku,bermakna semakin pendek waktu kepenghujung usia.Alhamdulilah masih diberi kesempatan menghirup udara ...3 years ago
-
Bukit Intan, Trolak Timur, Perak - Bukit Intan, Trolak Timur. Mendaki : 45 minit. Kesusahan pendakian : Easy hiking. Trek : Bersimpang siur tetapi telah ditanda dengan jelas oleh tali berwar...3 years ago
-
JANGAN BERSEDIH - SAYA SEDIH SIS, FAMILY SENDIRI PUN TAK SUPPORT BISNES SAYA 🥺 . Jangan bersedih bila apa yang kita buat tak mendapat sokongan orang terdekat seperti Pasa...3 years ago
-
Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo - Desa Cilembu ~ Charlie Chaplin identik dengan Siapa Hayo? Charlie Chaplin adalah salah satu ikon perfilman paling terkenal di dunia. Namanya adalah satu le...3 years ago
-
Pesona Air Terjun Lata Taman, Lawin Perak - Terletak di dalam kawasan Lawin, *Air Terjun Lata Taman *mungkin jarang diperkatakan berbanding air terjun lain yang terdapat di Daerah Hulu Perak. Berad...4 years ago
-
-
BubbleBee Bangi - Assalamualaikum, salam bahgia semua yang mengenali Bunda.Kita masih dalam PKPP So jagalah SOP. Biasakan dengan amalan norma baharu. Sepanjang PKP lep...4 years ago
-
PICKUP KL/SELANGOR MURAH - Hi Assalamualaikum Guys. Apa khabaq semua. Biasalah kan dah start nak kerja ka apa ni macam-macam ujiannya. Dah nak dekat sebulan juga tak update blog ni. ...4 years ago
-
Taufufa segera - Assalamualaikum.. Sejak pkp lockdown pkpd dan entah bakal apa lagi..dah malas nak ingat dan fikir apa lagi. Yang penting kena berkurung dan duduk dirumah..k...4 years ago
-
Sepi. Sedih. Kehilangan - Assalamualaikum. Lama menyepi. Ada sebab. Kurang mood. Isnin lepas (28.10.19) tengah sarapan pagi, dapat panggilan telefon dari sepupu di Tawau. Dia maklum...5 years ago
-
Bina Homestay Chalet Kontena - Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak *bina Homestay atau Chalet Kontena* ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi ...5 years ago
-
Percutian Di Swiss Garden Beach Resort - Swiss Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Beserah, lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kuantan. Sesuai amat untuk membawa anak-anak kecil b...5 years ago
-
Merungkai Keunikan Alat Muzik Dan Tarian Melayu Tradisional - Suasana penuh keceriaan memeriahkan persekitaran INTI International University, Nilai, baru-baru ini apabila seramai 460 penuntut bersama-sama berganding b...6 years ago
-
Dapur Kak Noor sudah Berpindah - Assalamualaikum buat sahabat maya bloggers. Sukacita dimaklumkan bahawa link Dapur Kak Noor telah berpindah pada https://dapurkaknoor.blogspot.com. Moga sa...6 years ago
-
mencuba untuk kembali - ASSALAMUALAIKUM PINJAM 3MINIT UTK BACA NI 1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah ...6 years ago
-
Review Filem Pulang - Assalamualaikum. Sejujurnya, selepas tengok trailer filem PULANG, memang rasa nak tengok filem ini sepenuhnya. Nampak best dan pastinya tak sama seperti ...6 years ago
-
Meniti Suratan - *Terciptanya wanita dimuka bumi ini bukan untuk disakiti fizikal atau hatinya. Ia diutuskan untuk saling melengkapi, saling menyempurnakan dan saling memb...6 years ago
-
Booth di Subang Parade - Assalamualaikum kawan2 semua. Nak cerita pengalaman 2 hari berniaga di Subang Parade. Sabtu dan Ahad lepas saya dan anak menjual tudung di shopping komplex ...6 years ago
-
Tahun 2017 Yang Tragis - *Tahun 2017 Yang Tragis* | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang ...6 years ago
-
Happy Birthday To ME ! - Assalamualaikum wbt..... Terima kasih atas doa2 dan ucapan2 yang dikirim buat KA hari ni... (credit Youtube) Alhamdulillah Ya Rabbi... Bersyukur kerana ma...7 years ago
-
Tip Dan Amalan Meninggalkan Rumah Kosong - Assalamualaikum semua.. cuti hari raya aidilfitri akan disambut tidak lama lagi maka pasti ramai yang akan balik kampung lalu meninggalkan rumah kosong dal...7 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H - Akhirnya terkulai dan bisu tanpa titisan walau sepatah perkataan. Ampun dan maaf dariku selaku tuan empunya blog TITISAN NURANI. Terlalu banyak rentetan y...7 years ago
-
"Aku Nak Yang Ayu.." - Tipulah kalau kita kata kita tidak melihat pada rupa sebelum kita hendak memilih seseorang sebagai pasangan hidup kita. Ya. Memang sebahagian besarnya akan...7 years ago
-
Tukar Side Mirror Kereta Viva - Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini *side mirror...8 years ago
-
Segmen Apakah Saya...?? - Sila cari saya??? hehehe saja nak memeriah kan lagi Segment Apakah Saya...?? Anjuran blogger Fida Z Ein Yang saya nampak dan kenal kat batang pokok tu ad...8 years ago