Wednesday, 9 November 2022

KELUARGA MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM



KELUARGA MALAYSIA

 

 

Ubi keladi sebelah mayung,

niaga pagi di pasar pekan;

pergi mengundi bawalah payung,

menjaga diri usah abaikan

 

Mandak keladi jarangkan dulu,

jarak setara olah siapkan;

hendak mengundi bukan selalu,

hak negara wajiblah tunaikan

 

Mekar akasia celahan kekwa,

telah bersemi kala telusur;

Keluarga Malaysia sehati sejiwa,

saling memahami bertolak-ansur.

 

Buah  markisa puspa dahlia,

berikan dara kala kunjungan;

indah bahasa bangsa mulia,

sopan  bicara mesra hubungan.

 

Letakkan jering di sisi kendi,

galau terasa gundah dikejan;

jalan seiring pergi mengundi,

walau terpaksa meredah hujan

 

 

Menggetu  ranti alih mentalon,

diangkat tajur leta di tanah;

bersatu hati memilih calon

bersifat jujur serta amanah

 

Tabir separa ganjak selari,

raya menjelang agar meriah;

tadbir negara bijak bestari,

jaya gemilang sifar rasuah.

 

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

9/11/022


10 comments:

  1. Waalaikumussalam.
    Cantiknya rima tengah dan rima akhir pantun Kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih amie sesekali menukil pantun rima tengah n hujung diperhati rimanya.

      Delete
  2. selamat mengundi kak PI. facemask jangan lupa ya

    ReplyDelete
  3. tak reti nak balas pantunnya... mari lah kita mengundi nanti ya kak , moga mana2 parti yg menang nanti menunaikan la janji jangan hanya manis dibibir saja

    ReplyDelete
  4. pantun kak PI memang sentiasa indah dibaca dan dihayati kerana ada maksud tersirat. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. kak PI mengundi di kawasan sama ke?

    ReplyDelete
  6. wak undi pos luar negara tahun nih., huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist