ASSALAMUALAIKUM
ULASAN BUKU
Judul: SENI TAKDIR
Genre : Novel
Penulis : Hamizun Shah
Penerbit : KOPEN/Public Press(Kedah) Sdn Bhd
ISBN 983-40055-0--04
Bilangan mukasurat : 277
Pengulas : Paridah Ishak
Novel SENI TAKDIR karya sasterawan terkenal dari Kedah ini diterbitkan
pada tahun 1997. Membicarakan tema yang agak luar biasa berbanding usia
penulisnya ketika itu masih muda. Tapi berjaya menyingkap tabir ruang pembaca
menelusuri cerita yang terkandung dalam jeriji wad pesakit yang terperangkap
dalam masalah kecelaruan fikiran atau gila.
Watak-watak utama dikemukakan penulis agak ramai disamping watak yang
wujud menyebabkan watak utama yang dilahirkan normal menyantuni kehidupan
dengan status berbeza, berubah menjadi gila. Dan sentiasa berhalusinasi. Mereka semuanya wanita pelbagai ras dan agama.
Penulis memperkenalkan Siti Hawa, Helna Nadira, Witri Amira, Wei Wei.
Kemudian memunculkan Nurul Atikah, E Wang, Shammila, Rajamani, Azlina. Mas
Idayu Rozililawati dimasukkan dalam bab pertengahan penceritaan.
Siti Hawa dinamakan adik Awang kerana berambut pendek dan usianya
masih muda oleh penghuni kamar pesakit. Witri Amira disebut Tiri, Helna Nadira
dipanggil Nira, Nurul Atikah menjadi Kah Kah, E-Wang digelar Duit, Shammila
ditukar Sampai Bila, Azlina jadi Taulena, Rajamani pula King dan Rozililiwati
sebagai Roti.
Masing-masing sentiasa berhalusinasi. Bergelut dalam emosi tidak menentu
dan meriuhkan suasana ruang kamar mereka dengan pelbagai aksi. Kadangkala mereka bergaduh dan bertengkar. Setiap watak
membawa kisahnya tersendiri. Adakala bermenung, bersendiri dan
tiba-tiba menangis mengenangkan
pengalaman keperihan hidup yang menyebabkan terlantar di situ. Kemudian tertawa
pula kala teringatkan sesuatu yang menggembirakan.
Kisah semua watak digambarkan penulisnya penuh tragis dan tiada
kesudahannya. Membuat pembaca turut kusut memikirkan sebab kemurungan fikiran
lantaran tekanan emosi mampu menjerumuskan ke dalam kurungan pesakit jiwa.
Kecuali watak Mas Idayu yang dikatakan gila semula jadi.
Siti Hawa seorang anak yang didera ibu tirinya akhirnya hilang dari
kamar pesakit dan tidak diketahui samaada dia meninggal dunia setelah dibawa
keluar para jururawat dari kamar itu.
Witri Amira seorang datin yang menghilangkan diri dari keluarganya
yang kaya raya jesteru petualangannya mencurangi suaminya menekan jiwanya.
Nurul Atikah kehilangan suami kecintaannya kerana dikelilingi politikus yang
tamak kuasa menyebabkan kecelekaan suaminya. E-Wang gadis keturunan Thai ditinggalkan kekasih yang
menodai kesuciannya. Tapi memeluk Islam setelah melahirkan anaknya. Namun
sentiasa keliru samaada dia Buddha atau Islam. Rozililawati seorang peguam yang
suka bersajak terperangkap di situ akibat kes yang ditangani menyebabkan yang
didakwa membunuh diri. Peminat puisi sajak boleh juga menikmati sajak Roti di
sini. Shammila anak seorang tokoh politik terkenal pula hilang kewarasannya akibat sihir dihantar musuh politiknya.
Shammila dan Rajamani berkawan rapat. Mereka sebangsa. Keturunan India.
Kisah Rajamani amat meruntun rasa. Suaminya mencuranginya. Tidak
mempedulikan keperluan hidupnya.
Anak-anaknya menemui ajal sebab mencampurkan racun tikus dalam makanan
mereka. Rumahnya terpaksa dibakar kerana kekasih
anaknya yang dibunuh penjahat menggantung dirinya di alang rumahnya.
Selain pembaca merasai semua pengalaman watak-watak pilihan penulis,
pembaca juga dapat turut berfikir tajuk yang diberikan kepada watak-watak
bagaimanakah cara penguburan mayat yang terbaik masakini demi maslahat dan
tidak membazirkan tanah yang boleh dimanfaatkan sebagai penempatan manusia.
Cubalah fikir! Sambil membaca novel ini yang juga sarat dengan makrifat
Islam murni terungkap bersahaja namun bermakna. Reda dengan takdir-Nya yang dijatuhkan di lorong hidup masing-masing bertaklik dengan nasib.
Bahagian akhir Penulis memasukkan watak seorang pesakit jiwa yang tertinjau-tinjau keriuhan yang berlaku sebalik jeriji pesakit jiwa wanita kerana Taulena tidak mahu dibawa pulang ke rumah sepupunya. Lelaki itu ditegur pesakit jiwa dan bertanyakan masalahnya. Tanpa sedar dia memberitahu tentang keretanya pancit sedangkan dia perlu memberi ceramah motivasi sebuah seminar. Hendak diganti dengan tayar baharu skru pula tiada. Pesakit jiwa itu menyelesaikan masalah lelaki waras dengan memberi pendapatnya iaitu hanya dengan tiga skru di roda tayar mampu menggerakkan kereta hingga destinasi. Lelaki itu kembali ke kereta dan mengarahkan pembantunya membuka skru roda dan memasang pada tayar baharu.
Lelaki waras itu memuji pesakit jiwa bahawa idenya berhasil.
Jawab pesakit jiwa itu, "aku gila tapi tidak bodoh."
Heh heh..
Tahniah sasterawan Hamizun Syah
Sekiranya berminat memiliki buku ini untuk mengetahui idea bernas yang dilontarkan watak-watak dalam diskusi yang berseli emosi yang meronai ruang kamar pesakit jiwa wanita ini hubungi novelis ini @facebook.
Menarik ceritanya, tapi fikiran saya pun ikut kusut membayangkannya.
ReplyDeletetksh ya amie kak yg baca pun rasa gitu heh heh
DeleteRozililawati seorang peguam yang suka bersajak terperangkap di situ akibat kes yang ditangani menyebabkan yang didakwa membunuh diri.
ReplyDeleterasa kesian laa pula
Wah.. Dahsyat novelnya. Kalau saya baca, saya pun akan murung juga
ReplyDelete