ASSALAMUALAIKUM
PERJALANAN #2
Negeri sinonim
Indera Kayangan
jalan-jalan luaskan
pandangan
bertukar suasana
sawah bendang menghijau dari Sanglang ke Arau
baru ditanam usai
kemarau
sejuk mata memandang
tenang jiwa
luruh keletihan seharian
terhenti perjalanannya di Abi 14
sebuah inapdesa pinggir
bandar raya Kangar
ruang luas selesa
tampung keluarga
cuma 100 RM sewa semalam
gerai-gerai jual makanan
berdekatan
sarapan pagi tersedia
jua malam.
berehat pada dengan tenang
keesokan paginya jelajah
Perlis dalam sehari
disinggahi awal pagi adalah di sini
gerai mempelam harum
manis
dan pelbagai produk yang
berkaitan dengannya. ada dadih harum manis, jus harum manis dan pulut lemak dimakan
bersama mempelam harum manis.
kebun mempelamnya luas di sisi
hanya meninjau-ninjau
sekilo harum manis 30RM
...hmm mahal juga kan
tapi kualiti tinggi
manis sangat rasanya.
minum jus harum manis tanpa gula tapi sangat nikmati dadih harum manis
perjalanan tentulah
perlu
diteruskan pula
"kak di mana letaknya kebun anggur?" tanya anakku kepada wanita muda
pemilik gerai harum manis itu.
"jalan straight saja jangan kona-kona, sampailah..." jawapan mudahnya
membuat anakku tersenyum.
rupanya tidak jauh pun dari situ...
beberapa puluh meter
saja kot..
terpesona melihat anggur
merah kuning hijau bergayutan di tangkainya.
tapi usah gatal tangan
memetiknya
membawanya ke mulut
sesuka hati.
peraturannya hanya
memandangnya saja
tarikan baru pelancongan ke Perlis
bayaran dikenakan untuk
melihat anggur
dalam kebun di sini
hari masih pagi
santai sekejap di taman
anggur
roda kereta berputar
menuju Wang Klian
sekilas pandang empang
Timah Tasoh
lembu-lembu meragut rumput
di kaki bukitbukaunya
Wang Klian agak mendaki
sepanjang jalan tiada
hamparan bendang
ladang getah dikiri
kanan hutan tebal
sempadan Siam
kononnya sangat murah
harganya tidak satu berkenan
harga dinyatakan penjual hanya tahu berbahasa Siam
mahal tak terbeli kelihatan
motor teksi Siam
penunggangnya berbaju hijau keluar masuk membawa penumpangnya ke Siam
Melaju ke padang besar
terkenal tempat beli-belah barang-barang Siam harga
murah
la ni dah tak murah lagi
berhenti sebentar
melihat ostrich di tepi jalan
Perut sudah berkeroncong
tapi tak terasa hendak
makan di sini
laju saja kereta
bergerak ke Kuala Perlis pula. menjamu selera dengan laksa
lazat lidah merasa
sehingga anak-anak
mengulangnya sekali lagi dalam perjalanan pulang