Sunday, 11 July 2021

DURIAN ONLINE

 

ASSALAMUALAIKUM

 

Selamat berhujung minggu moga sihat sejahtera menangani aktiviti yang disenangi walau dalam suasana PKP.

Kan sekarang musim durian. Jadi PI nak cerita sikit pasal durian. Sekali PI terkejut pabila anak menunjukkan tiga bekas plastic berisi durian. Menggiurkan selera memandangnya. Kualiti terbaik. Tertanya-tanya juga siapa pengirimnya. Alhamdulillah rezeki PI dan anakcucu. Siapalah pengirimnya tu ya? PI mengagak mesti kiriman seorang sahabat blogger kita yang terkenal dan sangat giat aktiviti pertaniannya. Mesti boleh teka siapa kan. Walau siapa pun pengirimnya PI zahirkan ucapan setinggi-tinggi rasa terima kasih tidak terhingga. Semoga hidup dilindungi Allah sihat sejahtera berbahagia di samping keluarga, murah rezeki melimpah…sukses dunia akhirat…amiin ya Rabb





pokok durian PI di kampung kat Pahang nampak berbuah juga beberapa butir tapi PKP pula tak dapat nak balik mengambilnya.


7 comments:

  1. semoga cepat cepat la PKP berakhir...boleh la sama sama kita balik pahang ye kak

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki PI...seronok kalau ada pokok sendiri..dengar durian gugur..berlari2 pergi cari..

    ReplyDelete
  3. Macam boleh teka dah siapa yang bagi. Alhamdulillah, rezeki kak PI dan keluarga

    ReplyDelete
  4. Waa... siapa yang beri tu. Wak Kat ke?

    ReplyDelete
  5. Suka durian. Alhamdulillah rezeki K Pi dan cucu. Untung ada pokok durian sendiri, inshaAllah nanti2 ada rezeki

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, rezeki.. klu saya bab makan durian ni mmg susah nak berhenti hehee :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist