Assalamualaikum
SALAM JUMAAT MULIA
TERIMA KASIH DJ AMELIN @RADIO KLASIK SUDI SIARKAN SERANGKAP PANTUN PI DAN RAKAN-RAKAN PENULIS; ZURAIDA DEWI, YAHTI HAYATI DAN PEMANTUN LAIN. ..BERKARYA PANTUN SETIAP PAGI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 8 - 10 PAGI @RADIO KLASIK SEKADAR MENGHIBUR HATI...DIBACAKAN DJ ATAU TIDAK BUKAN MASALAH PUN...TAPI KALAU DIPILIH DJ DAN DISIARKAN MENGGELOMBANG RASA BAHGIA HEH..HEH..
pic radio klasik (c)
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
JUMAAT , 10
April 2020
Pantun
penyertaan
Jaga kedasih gajah berlari,
pasang jaringan ditutup
jua;
tiasa bersih wajah
berseri,
sepasang tangan meraup
doa.
Menggalah longan tarap di
pangkin,
berkenan sunting melati
pasti;
cucilah tangan sekerap
mungkin,
pesanan penting mesti
ikuti.
PANTUN DISIARKAN
Sisihkan duri rawa
pelaga,
terserlah toman bergegar
rakit;
bersihkan diri jiwa dan
raga,
teguhlah iman hindar
penyakit.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis ,
9 April 2020
Pantun
penyertaan
Ke pekan sari niaga satin,
beli siakap dipesan simpan;
jadikan diri warga
prihatin,
contohi sikap barisan
hadapan,
Perling di huma satu di
batu,
jatuh menepi separas tambak;
Saling bersama bantu
membantu,
Patuh PKP benteras wabak.
Setangan rakan diberi
suri,
sambil sapukan cangkir
berubat
jangan pentingkan diri
sendiri,
ambil tindakan fikir
akibat.
Salam jumaat kak paridah. lama tak bersua kt alam blog ni. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.Salam Jumaat kak PI.
ReplyDeleteAMIIN SALAM JUMAAT PC
DeleteAlhamdulillah, tahniah kak PI. Moga sentiasa diberkati.. aamiin :)
ReplyDeleteAMIIN TKSH DIK KKDOA KAK UTK DIK JUGA
DeleteSelamat berpantun.
ReplyDeleteTKSH WP KADANG2 BERPANTUN PULA
Deleteindahnya susunan baris2 pantun warisan budaya PI
ReplyDeleteTKSH ANA SUDI BACA INSYAA ALLAH SKDR TULIS SUKA2
DeleteTKSH WAWA..TULA LAMA XJENGUK KAK PAKABAR SALAM JUMAAT
ReplyDelete