Tuesday, 11 February 2020

CITRA SUBUH

ASSALAMUALAIKUM

SUBUH SUNYI

Subuh memang sunyi pun. Hanya suara serangga-serangga yang tidak ketahuan jenisnya mersik halus. Kalau hujan tentu kita pasti suara katak yang menggema. Bukan katak-katak tu memanggil hujan kot...tapi mungkin sedang berzikir dan memohon hujan agar berhenti justeru hujan yang lama mencurah menyebabkan makhluk-makhluk Allah itu kedinginan amat.


Dan subuh yang hadir mutakhir ini menjadi terlalu sunyi kerana suara Muazin tidak mengumandangkan azan daripada surau yang berhampiran menyeru menunaikan solat untuk menuju kejayaan. Kenapa jadi begitu? Tentulah ada sebabnya. Jikalau tidak tentu tidak terabai surau dengan suara yang penuh hikmat itu.

Sebenarnya tok bilalnya tiba-tiba demam dan tidak dapat nak menapak ke surau pada setiap subuh hari. Betapa berharga suara tok Bilal yang sering mengumandangkan azan itu dirasakan setelah suaranya tidak terdengar lagi. Begitu kehilangan sekali.

Dahulu tukang azannya adalah jiranku Md. Rodi. Setiap subuh akan terdengar langkahnya yang diatur dengan derap yang serupa ritmanya. Dan kami semua jirannya sangat kenal dengan derap langkah yang teratur mencelah subuh sunyi itu.Kini tidak ketara lagi ritma langkah itu lantaran beliau telah melangkah jauh meninggalkan kenangan murni itu untuk menemui Ilahi yang menjanjikan kejayaan.


Al-fatihah untuk arwah Md. Rodi yang sangat baik itu. Dan tempatnya yang istimewa itu diganti jiranku bang Din dengan segera. Surau itu tidak sempat sunyi dengan laungan azan. Tiba-tiba bang Din demam pula. Demam urat kata isterinya kerana terlalu rajin berkerja. Tidak ada lagi suara azan yang menerjah subuh sunyi walau tetap kedengaran azan dari masjid yang sayup-sayup kejauhan.

Aku pula yang kegelisahan justeru merasakan azan yang tidak kedengaran menemani subuhku adalah suatu kehilangan yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan...

10 comments:

  1. azan subuh memecah keheningan pagi..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. al-fatihah untuk arwah

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Besarnya ganjaran lelaki yang solah subuh berjemaah di masjid/surau.

    ReplyDelete
  4. Azan subuh membuka lembaran baru setiap hari.

    ReplyDelete
  5. sebab tu selalu kene ada bilal backup untuk azan bila yang sedia ada sakit kak, kalau tak sunyi lah subuh bila takde azan kedengaran lagi lah di kampung...

    cuma sekarang di selangor azan subuh sangat lewat 6.19pagi memang agak kelam kabut kadang tu nak ke pejabat bila selalu jam 6.15 atau 6.20 dana dah ke pejabat...

    ReplyDelete
  6. TKSH NOHAS YA HENING DAMAI DISEGARKAN AZAN SUBUH

    ReplyDelete
  7. TKSH WP GANJARAN PAHALA BERSOLAT JEMAAH DI SURAU/MASJID USAHA PEROLEH

    ReplyDelete
  8. TKSH PC AZAN SUBUH BERMKNA MULANYA HARI BARU

    ReplyDelete
  9. TKSH DANA YA BETUL SGT KATA DANA KENA ADA BILAL KEDUA TAPI BIASALAH FARDU KIFAYAH JARANG DI AMBIL BERAT..LA NI WAKTU SUBUH LAMBAT SIKIT SELANGOR AZAN LEWAT SIKIT DARI KL

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist