Friday, 20 December 2019

AS-SYURA

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


*SURAH 42 AS-SYURA*
SIRI 1: Ayat 1 hingga 12.
Beberapa hari ini hujan turun, menyimbahi bumi Besut. Syukur Alhamdulillah majlis-majlis ilmu masih dapat diteruskan di surau kecil kampung kami, Surau Sri Aman.
Petang semalam kakak iparku, Kak Nah memimpin bacaan kami.
Selesai bertalaqqi, Aku melontar tanya.
"Apa surah utama dalam al Quran?"
"Al Fatihah." Beberapa suara menjawab.
"Apa dakwa surah atau ayat penting dalam al Fatihah?" Aku bertanya lagi.
"IYYAKANAK BUDHU WAIYYA KANASTAIN." Puan Maimunah memberi jawapan.
"Ia, betul." Ujarku.
"IYYAKANAK BUDHU. Hanya Kepada-Mu sahaja Kami sembah. Allah huraikan dalam surah ke-39 Az Zumar. Kita telah belajar surah ini." Aku mengajak mereka mengulangkaji.
"WAIYYA KANASTAIN.. Hanya kepada-Mu sahaja kami minta pertolongan. Allah hurai dalam tujuh surah yang dimulai dengan ayat HAMIIM. Iaitu surah 40 hingga surah 46"
"Ingat tak nama-nama surah tu?" Pertanyaanku berlalu tanpa jawapan.
"Kita dah belajar surah ke-40 Al Ghafir dan surah ke-41 Fussilat. Semuanya dimulai dengan ayat HAMIIM. Allah mengajar kita supaya, berdoalah dan minta tolonglah hanya kepada Allah sahaja. Hari ini surah ke-42 As Syura, juga dimulai dengan HAMIIM."
Aku menguatkan suara , cuba melawan deru hujan di luar.
"Ayat Satu: HAMIIM dan ayat kedua: AIIN, SIIN, QAAF. Merupakan ayat-ayat Muqattaan. Ayat-ayat rahsia Allah. Nabi Muhammad saw pun tidak tahu maknanya kerana Allah tidak beritahu."
"Ayat ketiga merupakan Dakwa Surah ini, tentang Tauhid untuk menguatkan Aqidah. Allah turunkan wahyu melalui kitab-kitab- Nya iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Quran."
Aku menguatkan suara , cuba melawan deru hujan di luar.
"Ayat keempat Allah memberi tahu sifat-sifat-Nya: Mencipta, memiliki dan menguasai seluruh alam ini. Harta kita, anak-anak kita milik siapa?"
"Allah .." Beberapa suara menjawab.
"Duit kita milik siapa?" Spontan Kak Non mengemukakan soalan kepadaku.
"Duit kitapun milik Allah. Dia beri pinjam kepada kita. Di akhirat nanti Allah akan tanya ke mana duit itu dibelanjakan. Duit yang kita sedekahkan dengan ikhlas Allah beri balik kepada kita di akhirat." Jawabku panjang lebar.

10 comments:

  1. Alhamdulillah..bertambah lg ilmu..

    ReplyDelete
  2. Sukur nikmat dari Allah.,semoga apa jg amalan ibadah Allah terima ya

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat kak PI. Hari ni hari sabtu, hehe , sselamat berhujung minggu Kak PI =))

    ReplyDelete
  4. TKSH DP SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

    ReplyDelete
  5. Subhanallah walhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian ini kak PI. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    ReplyDelete
  6. AMIIN TKSH DOANYA DIK KK INSYAA ALLAH MOGA BERMANFAAT

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist