"Rajin kau menulis kisah hidup, lepas satu buku ke satu buku. Ada sahaja," kata Hawa kepada Yati.
Apa tidaknya, dalam tahun ini ada buku mengenai kisah hidup sendiri. Kemudian ditulis kisah anak sulung melalui pengalaman ke tahfiz. Terbaharu kisah suami bangkit selepas gagal bisnesnya.
Itulah Yati. Dia bukan ada bakat menulis. Tetapi dia tetap lakukan.
Tulisannya tak tebal, manuskrip hanya dalam 90 halaman A4. Kemudian diformat menjadi A5. Selepas itu dicetak secara swaterbit.
Zaman sekarang, cetak empat naskhah pun boleh.
Yati membalas, "Kau tahu tak siapa yang kerap dikirimkan al Fatihah selepas meninggal dunia?"
"Siapa?"
"Orang yang kerap disebut namanya. Semakin disebut semakin diingati. Terlintas nama dia, terus kita sedekahkan al Fatihah. Betul?"
Hawa mengangguk-angguk.
Yati bertanya lagi, "Kau tahu bagaimana seseorang diingati?"
"Apabila kisahnya disebut-sebut orang yang rapat dan yang kenal."
Yati menunjukkan buku kisah hidupnya, "Aku hanya ikhtiar sahaja. Menulis kisah hidup agar dapat mengingati dan diingati. Apabila kisah nenek dibaca oleh cucu dalam buku ini, Al Fatihah pun menyusul. Aku harap yang sama berlaku kepada aku apabila anak membaca kisah aku pula."
Usulnya mudah. berusaha menulis kisah hidup. Sekali dalam seumur hidup.
Mahu belajar menulis kisah hidup? Biar sedikit demi sedikit asalkan menjadi.
Pada 12/12 akses panduan praktikal tulis, siap dan terbit, Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca akan dibuka.
Klik pada link di bawah agar mendapat reminder.
Klik di sini > https://sensei.com.my/ Klik di sini > https://sensei.com.my/ Klik di sini > https://sensei.com.my/ |
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
1 hour ago
betul juga tu kan kak, bila tulisan kita di baca, di ingati , moga ada sedekah alfatihah nanti buat kita
ReplyDeleteKalau orang2 terkenal, kisah hidupnya ditulis oleh penulis2 hebat juga.
ReplyDeleteBermula dari menulis kisah hidup kisah-kisah seterusnya tidak mustahil sentiasa diperhatikan kan Kak PI..cuma bagaimana ianya dipersembahkan..dalam bentuk penulisan..lirik lagu dan sebagainya.
ReplyDeleteBagus ni kak.. bila belajar dan tau menulis kisah hidup yg menarik utk dibaca. Secara tak langsung jadi inspirasi insan yg memberi manfaat dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSatu motivasi yang sangat baik. itulah yang sepatutnya kita cuba seupayanya sampaikan dalam coretan.. biar didalamnya ada manfaat kepada yang membaca walaupun sedikit.. kerana apa yang ditulis akan menjadi satu di antara dua, pahala atau debu..
Mudah-mudahan akak paridah dipermudahkan lorong menulis kisah hidup sebagai motivasi, semangat dan kekuatan untuk pembaca di luar sana..insyaAllah, saya doakan.
bagus. kalau nak asah bakat menulis, menulis kisah hidup is a good start , sebab tak perlu nak fikir skrip dan jalan cerita. hehe
ReplyDeletewaalaikumussalam. tahniah untuk para penulis buku, novel dan skrip. memang kategori insan yg kreatif dan hebat ^_^
ReplyDeletekisah hidup saya terlalu perit nak diceritakan. biarlah simpan sahaja.
ReplyDeleteSambil belajar sambil menulis.
ReplyDeleteMrs. A suka membaca je takde bakat menulis.