Cerpen
Oleh
Paridah Ishak
JINGGA
Jingga kulihat berada di atas alang rumahku. Tentu ada sesuatu yang menarik
minatnya. Dan dia sedang mencarinya. Pantas saja Jingga meniti alang
ke sana sini. Dan kelibatnya tidak kelihatan lagi. Sudah hilang Jingga
daripada pandanganku. Cergas dan pantas sekali pergerakan Jingga, kucing
kesayanganku itu. Entah kemana pula dia.
Puas aku tercari-cari
akan keberadaannya. Tapi tidak pula kutemui.
Aku melangkah membawa diriku ke serambi. Mataku menyoroti arah halaman.
Mungkin si Jingga berada di situ pula. Kelihatan anak ayam yang kecil lagi
comel mengikuti ibunya mematuk-matuk dan mengais tanah. .Aku mengira anak-anak ayam itu satu persatu. Kesemuanya
sepuluh ekor jumlahnya. Gamaknya anak-anak ayam ini baru saja menetas daripada
telur yang dieram ibunya. Aku menduga saja.
Ralit aku perhatikan
ibu ayam mengais-ngais tanah. Tentunya dengan hajat mencari makanan berupa ulat
untuk diberi kepada anak-anaknya. Aku jadi terlupa akan niat sebenarku iaitu mencari kucingku,
si Jingga. Ibu ayam dan anak-anaknnya telah hilang daripada pandanganku setelah mereka bergerak melewati rumpun bunga loceng
berwarna kuning. Ibuku yang menanam
bunga loceng kuning itu di sepanjang sempadan yang memisahkan rumah kami dan rumah jiran, suatu waktu dahulu.
“Heh. Apa yang kau perhati, ralit sangat tu?” pertanyaan itu mengejutkan
aku. Segera aku menoleh ke arah suara itu. Tiba-tiba saja Ibuku sudah berada di
sisiku. Entah dari mana ibuku itu tiba-tiba muncul.
“Tadi
saya cuba cari Jingga. Kut dia ke sini. Tapi tak nampak pula. Entah kemana pula
kucing saya tu merayau.” Aku memberi
tahu Ibu tentang tujuanku.
“Kucing
kan ada empat kakinya, tentulah jauh langkahnya. Penat saja kau membuang masa menunggunya
di sini..” Kata ibuku
“Kau nak buat apa
dengan kucing tu?” Tanya ibuku lagi.
“Saya nampak Jingga tu
comot sangat. Bulunya tak bersih dan berselut. Hajatnya saya nak mandikan dia. Biar kelihatan lebih
bersih agar bulunya kembang dan cantik.”
Aku berterus-terang kepada Ibu.
“Terlebih rajinlah pulak
anak Ibu sorang ni!. Kucing pun hendak dimandikan. Kau tu yang sepatutnya
pergi mandi. Bersihkan diri… dah nak masuk waktu dzuhur ni. Lepas solat pergi
makan. Ibu dah hidang atas meja kat dapur tu.”
Ibuku bersuara bernada perentah. Perentah ibu
memang tidak pernahku engkari. Aku akan segera
melaksanakannya. Tapi kali ini
aku teragak-agak pula. Jingga
melambatkan keputusan yang patut kuambil.
Masih lagi aku menunggu kemunculan Jingga. .
“Sekejap
ya Ibu! Saya nak tunggu Jingga balik
dulu. Mungkin sekejap lagi Jingga balik. Bolehlah saya mandi bersamanya. Lepas tu kami makan.”
“Suka hati kaulah. Kau memang suka mandikan Jingga.
Walau pernah kau dicakarnya waktu kau nak mandikan dia dulu,, masih juga kau
tak serik. Ibu tak faham betul dengan perangai kau ni.” Ibuku mulai mengomel
akan perangaiku yang tidak digemarinya. Aku tahu Ibu sangat sayangkan aku
dan tidak mahu aku merasa sakit
walau sedikit.
“Jingga tu memang kena dimandikan Ibu. Biar
bersih. Sebab dia tinggal bersama kita. Selalu keluar masuk rumah kita. Bimbang
pula kotoran yang melekat di badannya ada kuman yang membahayakan kita. Nanti tak
pasal-pasal kita dan Jingga diserang
penyakit pula. Masalah pula nak merawatnya.”
“Suka hati kaulah. Ibu nak ke belakang rumah
sekejap. Nak periksa reban ayam. Manatau ayam yang mengeram tu dah menetas
telurnya. Kena berjaga-jaga juga. Sebab bimbang anak-anak ayam tu jadi habuan
musang atau anjing liar. Tak dapat pula kita nak membelanya sehingga besar.
Jikalau anak-anak ayam tu dah besar dapatlah dijual kepada pembeli untuk
menambah rezeki kita.”
“Ialah Ibu. Tadi saya nampak ada ibu ayam bawa
anaknya. Mungkin itu ibu ayam yang mengeram tu. 10 ekor anaknya Ibu” aku
menerangkan kepada Ibu..
“Oh!” Ibuku hanya menyebut sepatah kata. Dan
terus berlalu dari sisiku. Barangkali
Ibu tidak sabar lagi hendak melihat
ibu ayam dan anak-anaknya yang kukatakan
itu.
Aku sendirian di serambi. Anak mataku melilau,
meninjau keberadaan kucing kesayanganku. Aku terpandangkan sahabatku Hayati sedang
melambai ke arahku dari serambi rumahnya. Dia kemudiannya menuruni tangga..dan
melangkah laju ke belakang rumahnya. Dia
kelihatannya begitu tergesa-gesa sekali.
Aku membalas lambaian tangan anak jiranku itu. Apa agaknya yang hendak dibuat Hayati di
belakang rumahnya. Hatiku tertanya-tanya.Tiba-tiba terdengar suara kucing mengiau perlahan di
kakiku tatkala aku berdiri. Aku terpegun
seketika.
“Dah balik pun kau ya Jingga. Puas aku mencari kau. Kau kemana?
Hisyh kotornya badan kau! Apa yang kau kejar hingga badan kau kotor begini. Jom
ikut aku pergi mandi!” Riuh aku bersuara memarahi Jingga. Bulat anak mata Jingga
merenungku.
Aku menangkap Jingga. Memeluknya erat tanpa kupedulikan kotoran yang melekat di
badannya terkena bajuku. Segera kubawa
Jingga ke bilik mandi. Jingga meronta
seolah mahu aku melepaskannya. Sebelah tanganku yang kanan memegangnya erat
agar Jingga tidak terlepas. Dan tanganku yang kiri mencebuk air untuk memandikannya. Shampoo
rambutku kini kugunakan sebagai bahan pembersih bulunya.
Jingga mengiau nyaring. Barangkali ia merasa tidak
selesa dan rimas kuperlakukan dirinya begitu. Aku tetap juga meneruskan
kerjaku.
“Sabar ya Jingga! Sekejap lagi siaplah. Kau
duduk diam-diam dulu. Jangan cuba nak lari ya Jingga! ” Akhirnya aku berjaya
memandikan Hitam sehingga bersih. Kali ini Jingga tidak mencakarku. Tidaklah aku luka dan
kesakitan akibat cakarannya.
“Dah pun selesai. Biar aku lap dulu bulu kau
dengan tuala supaya kering. Lepas aku mandi kita makan ya! Kau jangan kemana-mana..
Jangan nak main kotor lagi. Kalau kau kotor, terpaksa aku mandikan kau lagi
sekali.Tunggu aku kat dapur. Aku mandi sekejap saja.” Aku berkata kepada Jingga
dengan harapan kucingku itu memahami setiap perkataanku.
“Meow! Meow!” balas Jingga perlahan.
“Kau faham apa yang aku kata ya Jingga!” aku
tertawa riang. Kulepaskan Jingga perlahan-lahan. Pantas saja kucingku itu
berlari menghala dapur.
Ibuku tiba-tiba muncul di pintu dapur ketika
aku sedang makan nasi di meja dan Jingga pula kuletakan makanan di pinggannya
di bawah meja. Jingga menikmati makanannya dengan lahap sekali. Ibu menarik
kerusi dan duduk di sebelahku.
“Jom makan
Ibu! Sedap sungguh masakan ibu ni!” aku mempelawa Ibu.
“Makanlah! Ibu masak kurma telur kegemaran kau
tentulah kau suka.” Aku tersengih mendengar ibu berkata begitu. Nampaknya Ibu
sangat memahami akan seleraku anaknya.
“Ibu dah
makan tadi lepas selesai masak.”
“Oh!” aku tidak jadi bangun mengambil pinggan yang akan diisi nasi untuk
Ibu.
“Kau cakap tadi anak ayam yang baru menetas
jumlahnya sepuluh ekor kan?”
“Ya Ibu. Saya kira tadi, sepuluh ekor semuanya anak ayam tu.” Kataku dengan yakin.
“Mungkin kau silap kira kot. Sembilan ekor je
yang ada, Ibu tenguk.” Ibuku mempersoalkan kenyataanku.
“Entahlah ibu. Jangan-jangan anak ayam tu dah dibaham
musang atau anjing liar. Di belakang rumah kita kan ada hutan kecil. Tentu banyak
haiwan
liar yang tinggal di situ. Mereka akan berkeliaran mencari mangsa tanpa
kita sedar, ” ujarku menduga. Nampak wajah Ibu masam mencuka. Seolah Ibu tidak suka mendengar
apa yang kukatakan itu.
“Kawan kau si Hayati tadi beritahu Ibu, ada seekor kucing berwarna
jingga yang selalu datang mengejar anak-anak ayam di rumahnya. Anak ayam tu
akan digongongnya dan dibawa lari ke dalam semak. Baru sekejap tadi dia
mengejar kucing tu. Tidak sempat kucing
itu hendak menangkap anak ayamnya.” Balas Ibu.
Aku terkejut mendengar penjelasan ibuku.
Patutlah tadi kulihat Hayati bergegas ke belakang rumahnya. Rupanya ada kucing yang mengganggu ayam-ayam peliharaan
ibunya. Segera kuhabiskan makanan di pinggan. Lalu membawa pinggan itu ke
sinki untuk dibersihkan sambil mencuci mulut dan tanganku. Ibu kulihat asyik memandang Jingga yang
sedang makan dibawah meja.
Aku risau pula memikirkan ibuku menyangka
bahawa semua ini angkara Jingga.
“Mungkinkah ini kerja si Jingga?” kata Ibuku
“Kenapa pula ibu fikir begitu? Tidak
mungkinlah!”
“Kan Hayati cakap kat Ibu tadi kucing yang suka
tangkap amak ayam tu jingga warnanya. Kucing kau ni kan jingga juga warnanya.”
“Jingga takkan buat begitu Ibu.” Aku mempertahankan Jingga. Aku pasti
kucingku tidak sejahat itu.
“Ibu tenguk kucing ni tangkas sangat. Selalu
saja menangkap tikus.”
“Baguslah Jingga suka menangkap tikus. Bukankah
tikus itu binatang yang membawa penyakit bahaya. Dengan adanya Jingga yang
rajin mengejar dan menangkapnya tentu tikus tidak berani bersarang di rumah
kita. Terlepaslah kita darpada jangkitan kuman kencing tikus. Penyakit bawaan
tikus boleh membawa maut Ibu.”
“Yang Ibu bimbang, selain tikus anak ayam juga
ditangkapnya. Tentu marah jiran-jiran kita kepada kita kerana kucing kau
mengganggu ayam peliharaan mereka. Ibu tidak mahu kerana itu, kita bermasam
muka dengan jiran-jiran kita. Nanti
bergaduh pula kitadengan mereka. Bukankah
kita ni hidup berjiran. Tidak baik bermusuh antara kita.” Ibuku bersuara
lembut.
“Bukankah Hayati kawan baik kau? Kalau dia tak
mahu lagi berkawan dengan kau sebab menyangka
kucing kau yang makan anak
ayamnya tentu kau terasa sedih dan kecil hati. Ibu tidak mahu itu
berlaku.” Tambah Ibu lagi.
“Jingga tidak akan buat begitu Ibu.” Aku cuba
meyakinkan Ibuku.
“Kalau Jingga yang buat semua tu, nampaknya kau
tak dapatlah membelanya lagi. Memang bahaya bela kucing yang suka makan anak
ayam ni! Nanti habis anak ayam Ibu dan anak ayam jiran kita dibahamnya. Ibu terpaksa membuangnya jauh ke dalam hutan.”
Nampaknya Ibu begitu tegas dengan
keputusannya. Keputusan Ibu membuat aku terperanjat.
“Sampai hati Ibu nak buang Jingga kesayangan
saya. Janganlah Ibu.” Aku merayu belas ihsan
Ibu. Hatiku merasa amat sedih memikirkan keputusan Ibuku hendak
memisahkan aku dengan Jingga. Hanya kerana Ibu menyangka kucingku itu telah memakan anak ayamnya dan
anak ayam jiran kami.. Harapanku, sangkaan Ibu meleset dan tidak benar
sama-sekali. Aku tertunduk sayu. Dan
terpanggung tiba-tiba.
Aku dan Ibu berpandangan sebaik mendengar suara
ayam riuh berketuk di luar rumah. Apa
agaknya yang menyebabkan
keriuhan
itu berlaku? Jingga pantas meluru
keluar melalui pintu dapur. Aku dan Ibu turut melangkah ke luar untuk melihat
apakah sebenarnya berlaku. Sungguh
mengejutkan melihat kejadian itu.
Jingga sedang bergomol dengan seekor kucing
berwarna jingga yang agak besar dan berekor panjang. Kucing itu mengiau garang
sambil tangannya yang berkuku tajam itu
mencangkar Jingga. Seekor anak ayam yang berada dalam genggaman kucing itu terlepas. Anak ayam itu mencicit berlari mendapatkan ibunya. Aku tergamam
menyaksikan peristiwa itu.
Hayati turut berlari dari rumahnya mendapatkan
aku.
“Kucing nilah
yang saya beritahu mak cik suka tangkap anak-anak ayam kat rumah saya.
Cepat mak cik, pukul kucing tu!” seru Hayati.
“Cepat Ibu. Kesian kucing saya digomolnya!” baru aku bersuara kalut dan menyedari
keselamatan Jingga sedang terancam.
Ibuku mencapai ranting kayu lalu memukul kucing
jingga itu sekuat tenaganya. Kucing itu mungkin terasa sakit dipukul Ibuku lalu
segera ia melepaskan Jingga dan pantas berlari menuju semak.
Aku mendapatkan Jingga yang terkulai lemah. Tergeletak kucingku tidak bermaya di atas
tanah. Ada darah yang mengalir di mukanya. Aku menangis tersedu melihat keadaan
Jingga. Jingga sanggup berlawan dengan kucing liar itu untuk menyelematkan anak
ayam Ibu sehingga dirinya cedera. Hayati memegang bahuku. Dia berusaha
menenangkan perasaanku.
“Kasihannya kau Jingga. Jangan kau mati dulu.
Nanti aku ubatkan kau
sampai kau sembuh semula.” Air mataku jatuh membasahi bulu kucingku itu.
Jingga masih bernafas dan dadanya kelihatan berombak naik dan turun.
“Sabarlah Lina. Usah menangis lagi. Tenguk kucing kau dah mula bergerak untuk bangun.
Hidup lagi kucing kau. Jangan risau
sangat. Cuba cari ubat dan sapukan pada lukanya. Luka cakaran kucing ni bias
dan kena segera dirawat. ” saran Hayati.. aku yang tidak keruan terpana sahaja.
Asyik menangis saja tidak henti.
“Sudahlah jangan menangis! Jom kita bawa Jingga
ke klinik untuk merawat lukanya.” Ibu
segera mencapai Jingga daripada
peganganku. Laju langkah Ibu membawa Jingga ke kereta yang dihidupkan injinnya.
Aku dan Hayati mengekori langkah Ibu.
“Jomlah Yati ikut sekali. Kita klinik kerajaan
kampung kita.” Ajak Ibu.
“Cepat masuk Yati!” gesaku.
Aku mengambil Jingga daripada pegagan Ibu dan
meribanya. Kuelus lembut badannya dan membuang daun-daun kayu kering dan
kotoran yang melekat di badannya.
“Bertahan ya Jingga. Sekejap lagi kita akan
sampai ke klinik. "
TAMAT
.
Assalamualaikum Kak..
ReplyDeleteIngat saya lagi tak...
Semoga terus berkarya...
WSALAM FIDA PAKABR MESTILAH INGAT TKSH FIDA INGAT NK SINGGAH KAYAKU
ReplyDeletealahai jingga...
ReplyDeletenice kak...
ReplyDeleteTKSH ANIES KDG BERKRYA PNJG SIKIT BIAR PENAT ANIES BACA HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH DANA SAJA TLS SUKA2
ReplyDeleteBiar panjang ku baca jua.. kasihan Jingga disalah sangka walhal dia yg membela hingga terkulai hampir hilang nyawa.. mudah2an jingga selamat dan beroleh kesembuhan segera agar ceria kembali.. aamiin.
ReplyDeleteTKSH DIK KK..HEH..HEH..MINAT JUGA BACA CERPEN BUDAK2 PROF..
ReplyDelete