Tuesday, 6 November 2018

JUS HERBA KURANGKAN KOLESTROL...

ASSALAMUALAIKUM



Cuti Deepavali hari ini, ambil peluang memasak air herba kesihatan kesukaan saya buat mengurangkan darah tinggi,kalesterol, minuman tenaga dan kesihatan saya. Ramuannya mudah Serai, lemonande, apple hijau, bawang putih, halia, kurma atau goji berries kalau ada, gula kabung atau madu. Semua itu direbus hingga mendidih dgn api kecil selama 1 jam. Alhamdulillah, setakat ini saya sihat pada usia 56 thn.

Bahan2nya
7-9 btg serai (ketuk/titik hujungnya)
3-5 biji lemon (perah ambil jus)
3-5 apple hijau (potong kiub atau boleh blend jadi jus)
5-7 keping kulit kayu manis
2 labu bawang putih (blend hancur)
Halia sebesar tapak tgn (blend hancur)
9-11 buah kurma (ambil isi dan blend)
atau madu ikut suka masukkan bila dah sejuk
atau guna gula kabung rebus dlm jus semua.
Air periuk besar...masukkan semua bahan dab rebus api kecil selama 1 jam mendidih. Tutup api boleh minum panas atau sejuk. Minum pagi dan malam sblm tidur.

RESEPI LUTUT POWER
Bahan-bahan:
2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air
Cara membuatnya:
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.
Kenapa air ni power?
Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.
Kulit Apple nak kena buang ke tak?
Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!
Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah plak.

PERKONGSIAN PENULIS NORAZIMAH ABU BAKAR

13 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist