Sunday 30 September 2018

ANEKDOT..

ASSALAMUALAIKUM...



Kata ibunya, "Tak payahlah kau berkahwin dengan dia sebab mak rasa dia ni tak berapa ok hendak diadikan isteri. Tak ingat ke dulu sewaktu kita sibuk-sibuk buat persiapan nak pergi meminang dia, dia boleh kata tak payah...sedangkan dia yang beria-ia meminta kita masuk meminangnya. Ini setelah dia putus dengan kekasih barunya dia datang pula mencari awak menagih cinta kononnya tak mahu kehilangan awak. Kecurangannya pada awak dulu apa maknanya. Mak dengar awak pun sudah ada pengganti dia...takkan nak tinggalkan sidia untuk berbalik dengan kekasih lama...tak masuk akal langsung..." Tapi anak itu tetap berkhwin dengan pilihannya dan ibunya merelakannya demi kebahagian anaknya itu.

2.  Seorang putera raja yang dikenali seluruh dunia memilih menikahi kekasih lamanya yang sudah ganyut dan pudar kecantikannya walhal sang putera boleh memilih puteri-puteri cantik daripada golongan bangsawan ternama sehingga sanggup mengenepikan hak merajai kerajaannya kerana pilihannya itu melanggari adab dan undang-undang beraja kerajaannya. Tentu saja tindakan sang putera menerima protes dan bantahan daripada seluruh keluarganya. Demi cintanya dia rela apa saja.

Namun yang berlaku tetap berlaku. Sesungguhnya jodoh pertemuan dan segala-galanya adalah hak Allah yang mengaturnya. Siapa kita hendak mempertikaikannya.

10 comments:

  1. Pilihlah yang terbaik ..inshaAllah pasti bahagia...

    ReplyDelete
  2. Betul KakPI, jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Siapalah kita untuk mempersoalkannya :)

    ReplyDelete
  3. TKSH CIKGU YA SEMESTINYA KITA BERUSAHA

    ReplyDelete
  4. TKSH CIK SUERIN..YA JODOH PERTEMUAN RAHSIA ALLAH

    ReplyDelete
  5. Tulisan ANEKDOT ada seninya, walaupun ia ringkas.

    ReplyDelete
  6. no 2 tu mcm kenal je siapa putera raja tu hahahaha

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.
    Mrs. A pun macam tahu juga siapa putera raja tu hiks!

    ReplyDelete
  8. TKSH FAIZAL..YA TULISAN ANEKDOT WALAU CATATAN PENDEK BNYK YG TLH DIBUKUKAN

    ReplyDelete
  9. TKSH ANIES..WAH CEKAP MENEKA TU

    ReplyDelete
  10. TKSH MRSA..HEH..HEH ..TAHU JUGA YA

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist