SAYONARA UMNO
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu 12/05/18
(1 - 33)
Sabtu 12/05/18
(1 - 33)
1. UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-72.
2. Malam semalam Majlis Tahlil diadakan di PWTC , satu - satu nya bangunan kepunyaan UMNO.
3. Inilah pertama kali UMNO menyambut hari ulangtahun kelahiran dalam keadaan sugul dan muram.
4. Sama ada majlis tahlil itu merupakan majlis terakhir bagi UMNO, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
5. Apakah BN juga akan menerima nasib yang sama, wallahualam!!
6. Talian hayat UMNO selama ini iaitu SPR dan ROS tidak boleh digunakan lagi.
7. Jika semasa kempen pilihanraya lalu, papan - papan tanda dan iklan yang memaparkan wajah Tun Mahathir diharamkan, kini mulai dihalalkan.
8. Bukan setakat itu sahaja , Tun Mahathir turut dihina dan dimaki hamun oleh Pemimpin UMNO / BN.
9. Stesen - stesen TV dan akhbar - akhbar kepunyaan UMNO seperti Utusan , Berita Harian dan New Straits Times boleh dikatakan setiap hari mempaparkan kenyataan - kenyataan Menteri - Menteri dan sesiapa sahaja yang sedia membelasah Tun Mahathir.
10. Segala jasa Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dahulu diketepikan begitu sahaja.
11. Tata susila Melayu hormat menghormati , berbudi bahasa dan membalas budi telah dighaibkan begitu sahaja oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO di semua peringkat.
12 . "Cash Is King" adalah budaya baru yang amat digemari oleh mereka.
13. Akhirnya mereka mati seperti matinya semut kerana gula.
14. Kepada Penjawat Jawatan Awam dan yang lain - lain yang pernah terlibat dalam segala amalan rasuah, mereka dan keluarga kini tidak lagi boleh berlagak seolah - olah dunia ini mereka yang punya.
15. Begitu juga mereka yang terlibat menyembunyikan fakta bagi tujuan melindungi mana - mana penjenayah , pencuri dan perompak , nasihat saya mereka bolehlah melantik peguam - peguam bagi membela mereka di mahkamah nanti.
16. Majoriti rakyat yang membenamkan UMNO/BN pada PRU 14 yang baru berlangsung sebenarnya mereka TIDAK TERTAHAN lagi melihat harta Negara di rompak oleh mereka yang diberi kuasa tanpa punyai perasaan malu dan takut, sedangkan rakyat terpaksa berhempas pulas memerah keringat bagi menyediakan makan untuk keluarga di rumah.
17. Bertahun lamanya rakyat yang pernah membenarkan diri ditipu dan tertipu menitiskan air mata kesedihan kerana kesusahan hidup mereka.
18. Mulai semalam tangisan mereka bertukar dari kesedihan kepada kegembiraan.
19. Mulai semalam juga rakyat mula merasai KEMERDEKAAN sebenar.
20. Rakyat yakin Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003 , tidak akan mengulangi kelemahan - kelemahan yang pernah berlaku di era beliau dahulu.
21. Kepada mereka Tun umpama pepatah " Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama " ; kepada mereka juga Tun bukanlah " Pagar Yang Makan Padi".
22. Kepada Tun Dr. Mahathir saya ucapkan syabas dan tahniah kerana dilantik semula menerajui Negara ini buat kali kedua pada usia beliau 93 tahun.
23. Kepada rakyat Malaysia saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang buat kali kedua.
24. Kepada Kerajaan yang baru ini jalankanlah tanggungjawab dengan bijaksana dan beramanah.
25. SEMOGA PERISTIWA HITAM YANG MELANDA UMNO/ BN TIDAK AKAN MELANDA PAKATAN HARAPAN.
26. Rakyat telah menghantar UMNO dan BN ke tanah perkuburan, hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.
27. Begitu tajam sekali pandangan Tun apabila kira - kira 35 tahun dahulu beliau telah memberi amaran bahawa pada tahun 2020 dan mungkin awal lagi dari itu, rakyat khasnya orang Melayu akan menolak UMNO.
28. Kata Tun Mahathir lagi, kerakusan, penyelewangan kuasa , amalan rasuh , politik wang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO TANPA punyai perasaan kesian kepada rakyat yang menderita di bawah.
29. Saya sendiri yang telah meninggalkan UMNO / BN menjelang PRU 13 dahulu dan saya bertindak demikian kerana TIDAK BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO ketika itu.
30. Saya menolak UMNO dan BN bukan benci pada nama nya, saya menolak UMNO kerana sedar bahtera yang saya berada di dalamnya sedang dikemudikan oleh lanun yang hanya mementingkan diri , keluarga dan mereka yang taat kepadanya saja.
31. KUN FA YA KUN - JADI ; MAKA JADI LAH IA.
32. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA - GALA NYA.
32. ALLAH SWT telah mencabut nyawa UMNO dan BN pada 9hb Mei 2018 setelah 72 tahun ia dilahirkan.
33. SAYONARA !!
Kongsikan dan simpanlah tulisan saya ini sebagai kenangan.
Terima Kasih.
Walaupun Mrs. A bukanlah suka sangat dengan politik tapi kesian dan sedih tetap ada.
ReplyDeleteDari kecil sampai PRU14 family dan surrounding Mrs. A semuanya UMNO sampai masa musnah oleh segelintir pemimpinnya yang kleptokrasi.
tiada yang kekal kecuali Allah swt..
ReplyDeleteMoga yang mendatang baik-baik sahaja...rakyat umpama mentimun.
ReplyDeleteAngkara pemimpin,ranaplah keseluruhan di bawah naungannya.
ReplyDeleteSemoga Malaysia terus maju bawah pimpinan Tun Mahathir. Begitu bersejarah pilihan raya kali ini.
ReplyDeletetksh mrs A ya samalh dgn kak n famili tapi mutakhir ni pembawaan parti yg lama kita warisi semakin jauhdrpd landasan sbnar..rakyat mnghakiminya pada pru 14 lalu
ReplyDeleteTKSH NOHAS BETUL SHTTU TIADA YGKEKAL KECUALI YG ESA
ReplyDeleteTKSH PC..INSYAA ALLAH KITA DOAKAN YGTERBAIK SAJA DEMI NEGARA
ReplyDeleteTKSH MAS..PEMIMPIN BERAT TANGGUNGJAWABNYA
ReplyDeleteTKSH YUNSING YA PRU YG CATAT SEJARAH PNTING NEGARA
ReplyDeleteTahniah Malaysia Baharu.
ReplyDeleteTKSH WP MALAYSIA BAHARU MMBAWA HRPN KITA INSYAA ALLAH
ReplyDeletemcm parti LDP jepun...jg seusia umno...
ReplyDeleteTKSH ANIES..YA KONGRES DI IDIA PUN LAMA JUGA
ReplyDelete