Saturday, 31 March 2018

HAIGA MELAYU...

ASSALAMUALAIKUM...

PROJEK HAIKU BERGAMBAR DENGAN BIMBINGAN SIFU TABIR ALAM TELAH PI SELESAIKAN...WALAU PENING LALAT JUGA MEMAHAMI ISTILAH KIGO KIREJI PATRUN SAIJIKI KIREJI IMEJ PUISI JEPUN INI TAPI ALHAMDULILLAH SUKSES JUA...RAMAI LAGI HAIJIN YANG SEDANG BERDEPAN  DENGAN SIFU UNTUK MEMBETULKAN KARYA HAIKU BERGAMBAR MEREKA....DAN TAK LAMA LAGI TERBITLAH ANTOLOGI INI









Thursday, 29 March 2018

SANTUN BERPANTUN...CATATAN KEMBARA...

ASSALAMUALAIKUM...



Alhamdulillah antologi puisi SANTUN BERPANTUN dan anekdot travelog CATATAN KEMBARA terbitan SPTA selenggaraan sifu TABIR ALAM merupakan karya pertama PI disiar di dalam buku pada 2018. Tidak lama lagi akan menyusul pula antologi HAIGA MELAYU, ASMARADANA dan PANTUN SERUMPUN. Ketiga-tiga puisi yang bakal terbit dinukil penulis penulis SPTA dengan bimbingan sifu TABIR ALAM demi menjaga kualiti karyanya pada tahap terbaik.

            Sejak PI didukung penulis SANIAH MASRI 2016 dan diletakan dalam grup penulisan ini hingga kini PI telah berjaya menghasilkan 15 buku karya bersama pelbagai genre;

1.    SERIBU SONIAN.
2.    HAIKU PELANGI.
3.    HAIKU SAYEMBARA.
4.    SONETA ALEGORI.
5.    BERBALAS PANTUN.
6.    POLIGENRE.
7.    CERINGKAS.
8.    AGRARIA.
9.     MEMORI AIDILFITRI.
10.  CENGKERAMA.
11.  HAIBUN REGIS
12. SAJAK AIDILFITRI
13. PANTUN BERKAIT.
14. SANTUN BERPANTUN.
15. CATATAN KEMBARA

Tentulah dengan bimbingan sifu yang sangat tegas lagi komited ini. Terima kasih banyak sifu atas kesudian memberi ilmu sastera bermenfaat. Semoga sifu sentiasa dalam keadaan afiat dan peroleh keberkatan dalam menabur bakti membimbing pencinta sastera berkarya  sebaiknya.
            Mengulang secebis kata-kata sifu; “mereka yang ingin berjaya menukil karya adalah mereka yang reda menerima teguran.” Kalau asyik perasan karya kita terbaik tanpa sedari kesilapannya sudahnya tidak akan kemana.
          Buku-buku terbitan SPTA mengisi rak perpustakaan negara sebagai karya warisan kepada anak bangsa seterusnya atas usaha sifu Tabir Alam.

Terimakasih kawan kawan grup seperjuangan SANIAH MASRI, YAHTI HAYATI, NOR AZIZAH MAK RUSS  SRI MAWAR, SAUDAH LAZIM, SETI ZALEHA  PAK ENGKU , WAHIDAH SYAHIDA IDA, ISSEY, CIKGU Pauzi, cikgu Nazim, NANDA TOK BATIN, PADIN MAJID, MASS ON, JALIMAH, SAUDAH, PENA PERMAI DLL yang saling berkongsi kefahaman dan kerjasama.

Monday, 26 March 2018

CELUPAR...

ASSALAMUALAIKUM....




SELOKA CELUPAR

Anak dara bermulut celupar,
mendapat jodoh agaklah sukar.

Mulut celupar rumah kenduri,
sinis dipandang malukan diri.

Celupar kata di dalam hutan,
tersesat jalan barulah padan.

Mulut celupar bertemu ruas
Akan tak sudah berbalas-balas.

Sebab celupar bergaduh-gaduh,
menyakit badan beraduh-aduh.

Sunday, 25 March 2018

POLITIK SATE...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...BERISTIRAHAT LEGAKAN STRES...SENYUM SELALU...LA NI SENYUM SORANG DIRI ORANG TAK KISAH PUN...TAMBAH ADA GAJET DI TANGAN...ELOK JUGA BERBALAS SENYUM DENGAN SESAPA YANG MELINTAS DEPAN KITA....MANA SENYUMAN USAHLAH DIFIKIRKAN SANGAT HEH..HEH..


Tuesday, 20 March 2018

HATI ANAK KECIL TAHUN SATU...

ASSALAMUALAIKUM...





um Kerenah Murid2

Khaziah Bte Yem
11 hrs ·
Hari pertama di sekolah setelah bercuti 1 minggu.

Babak 1

Cikgu dengan trolinya penuh dengan buku berjalan ke kelas darjah 1. Belum sampai sudah dikeroyok oleh murid2. Salam tangan cikgu dan peluk cikgu. Seorang murid siap dengan beg dan jaketnya, berlari ke arah Cikgu.

Cikgu : Eh, kenapa tak pergi kelas dan letak beg.
Anak murid 1 : Rindu...
Cikgu : Apa, rindu? (Dalam hati berkata2, "Betul ke apa yang aku dengar ni?)
Anak murid 1 : Ya, rindu....
Cikgu : Alahai...

... lalu dia pun menyalam tangan Cikgu. Dia malu sedikit untuk menunjukkan kasih sayangnya tidak seperti murid-murid lain.

Babak 2

Anak murid 2 : Cikgu Khaziah, saya tidur sampai mimpi-mimpi cikgu. Kenapa cikgu tak datang-datang? (Muridku yang seorang ini memang bijak bercakap.)
Cikgu : Alahai... Sampai termimpi-mimpi! Kasihannya!

Inilah sebabnya aku suka ajar darjah 1. Sayang mereka ikhlas. Sayang mereka tak simpan. Macam mana nak beralih angin...

Babak 3
Di luar kelas darjah 5, seorang anak muridku bersusah payah mengeluarkan dua mangkuk plastik.
Anak murid 1 : Cikgu, saya belikan ini untuk cikgu.
Cikgu : Apa ni?
Anak murid 1 : Belacan, Cikgu.
Cikgu : Belacan! Awak beli di mana?
Anak murid 1 : Saya bercuti di Melaka.

Cikgu pernah berkongsi yang cikgu suka belacan dari Melaka. Agaknya kalau cikgu suka bulan dan bintang... Ada yang nak bawakan untuk cikgu tak?

Sunday, 18 March 2018

SISI GELAP...

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU MOGA CERIA DI SAMPING YANG TERSAYANG SAMBIL BERAKTIVIITI KESUKKAAN....SUDAH BACA AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA HARI NI?...ALHAMDULILLAH SAJAK PI SISI GELAP DIPILIH EDITORNYA UNTUK SIARAN ANTARA KARYA DI RUANG PUISI...

TERIMA KASIH EDITOR MINGGUAN MALAYSIA ATAS KESUDIAN MENERBITKAN KARYA KECIL PI


Saturday, 17 March 2018

LUPA..

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...LEGAKAN STRESS







Friday, 16 March 2018

DUDUK SEJENAK MENGADAP KIBLAT...

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

Duduk sejenak dengan penuh tawadhu setiap kali usai melaksanakan solat. Mengadaplah ke arah kiblat selama sepuluh minit atau lebih sambil berzikir dan berdoa
Mohonlah kepadaNya :
Sebuah hari yang indah yang penuh barakah
Sebuah hari yang di warnai dengan kebahagian
Sebuah hari yang terisi dengan kejayaan
dan yang paling penting hari yang bersih dari noda dan dosa.
Hanya kepadaNya kebahagian dapat di minta, rezeki dapat di harapkan dan meraih pahala yang di rindukan.
Dengan izin Allah, duduk sperti ini akan memberi kekuatan untk menyambut segala ketetapanNya

USTAZAH SITI NURBAYA USMAN


Thursday, 15 March 2018

PUISI BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT...

ASSALAMUALAIKUM...



PUISI BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT
SAHABAT PENA ISTIMEWA

Adakah kau percaya jika kukatakan sahabat penaku istimewa; seorang figura ternama
lewat lembar warkah yang dikirim berulang kepadaku kelmarin dulu?
Kau  tertawa tidak yakin konon ilusi angan bermimpi siang hari
tapi itu adalah kebenaran usah menafikannya
bukan sekadar dakwa dakwi rekacipta semata
Akhirnya kau terkesima kala kutayangkan warkah istimewa itu ke mukamu
Dan kita bersama menatapi wajah tampan sasterawan lunak perawakan kembaran foto kiriman   sambil berusaha meraih markah tertinggi sastera tahap SPM
Kala yang lain kalut menyurati artis femes sedang aku tertunggu-tunggu kunjungan balasan warkahku kepada Sasterawan yang dikirim berminggu lalu
Berkat dorongan seorang Sasterawan terbilang melonjak genre karya
Dianugerahi sekolah pencapaian terbaik sastera 75. Alhamdulillah 
TONGKAT WARRANT membimbingku menulis ulasan tentang antologi sajak DURI
DAN API
menelaah karya novelnya TULANG TULANG BERSERAKAN
lewat surat berserta buku buku rujukan karya Sasterawan itu

Sayangnya kenanganku hanya milikku
akuanku diceberkan aku peduli apa
rakaman sekelumit nostalgia indah bersejarah  seorang penggemar sastera bersama figura
 idolanya kala masih anak sekolah

Dengan izin Allah bertemu seketika bertukar senyum ramah
dalam acara sastera tidak terduga
Usai persekolahan terputus hubungan dengan kawan-kawan sealiran yang bertebaran merata membawa nasib diri. Puluhan tahun berpisah kau masih mengungkit tentang warkah sahabat penaku itu di sisi pertemuan semula sekolah kita.
Terjeda malaikat lalu diiring doa dan lafaz suci Al-Fatihah semoga dilimpahi karunia-Nya Sasterawan Negara USman Awang berada di sisi-Nya di kalangan solehin yang dicintai-Nya berbahagia dilimpahi rahmat-Nya.
 Tika kehilangan Sasterawan Negara yang berjasa menyantuni rumpun sastera negara
yang mengharum puspa aneka
ada titis air mata bergenang
jasa budimu abadi dikenang

PARIDAH ISHAK
Serendah Selangor
24.02.018

Saturday, 10 March 2018

BALADA BUAT SN TONGKAT WARRANT...

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...JOM BACA SAJAK PI YANG DISIAR DALAM SINAR HARIAN HARINI SABTU 10 MACH 018.

TERIMA KASIH EDITOR RUANG SASTERA SINAR HARIAN ATAS KESUDIAN MENYIARKAN SAJAK KECIL PI


Friday, 9 March 2018

PUISI SAIDINA ALI.....

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA


Hampir kesemua ulama di dunia terdahulu mempunyai “Diwaan” ya itu kumpulan puisi yang menandakan bahawa kebanyakan para ulama besar di seluruh dunia mulai zaman para sahabat hingga hari ini juga bolih kita katakan seorang seniman
Ada karya hebat “Diwaan Umdatul Mathalib li Sayyidina Ali bin Abli Thalib” yang merangkai syair syair hebat. Demikian juga dengan syair syair Imam As Syafie
Jarang sekali seorang ulama dikenali kesempurnaan keilmuannya tidak memiliki karya sastera.
Imam Syafie, Imam Ghazali, Imam Nawawi dan ulama besar bermazhab Syafie semuanya memiliki karya sastera.
Aliran jiwa mereka mengalir deras dalam semua karya mereka. Mereka adalah seniman ilmu yang memperindahkan dakwah dengan karya sastera.
Semasa saya mengambil Ijazah Doctoral bahasa Arab dan sasetra arab
saya sempat mengumpulkan beberapa diwaan.
Ingin saya hadirkan ‘diwaan’ buat santapan dakwah kerohanian hadirin yang saya hormat.
Berikut adalah “Diwaan Umdatul Mathalib Sayyidina Ali bin Abi Thalib” untuk kita renungkan keindahan dan ketajaman bahasa halus beliau

Aku khawatir terhadap suatu masa
yang roda kehidupannya dapat menggilas keimanan
kerana keimanan hanya tinggal pemikiran yang
tak berbekas dalam perbuatan
Banyak orang baik tapi tak berakal
ada orang berakal tapi tak beriman
Ada lidah yang fasih tapi berhati lalai
ada yang khusyuk tapi sibuk dalam kesendirian
Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis
ada ahli maksiat tapi rendah hatinya bagaikan sufi
Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat
dan ada yang menangis karena kufur nikmat
Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat
ada yang berhati tulus tapi wajahnya menakutkan
Ada yang berlisan bijak
tapi tak memberi teladan
Ada orang yang punya ilmu tapi tak faham
ada yang faham tapi tak menjalankan
Ada yang pintar tapi membodohi
ada yang bodoh tapi tak tahu diri
Ada orang beragama tapi tak berakhlak
ada yang berakhlak tapi tak bertuhan
Kemudian saya sampaikan juga “Diwaan Imam Syafie”
Kepada-Mu -wahai IIlah segenap makhluk
Wahai Pemilik anugerah dan kebaikan
kuangkat harapanku
walaupun aku ini seorang yang bergelimang dosa
Tatkala hati telah membatu dan sempit segala jalanku
kujadikan harapan pengampunan-Mu sebagai tangga bagiku
Kurasa dosaku sangat besar
tetapi tatkala dosa-dosa itu kubandingkan dengan maaf-Mu
wahai Rabb-ku-, ternyata maaf-Mu lebih besar
Terus menerus Engkau Maha Pemaaf dosa
dan terus menerus Engkau memberi maaf
sebagai nikmat dan kemuliaan
Andaikata bukan karena-Mu
tidak seorang pun ahli ibadah yang tersesat oleh Iblis
bagaimana tidak...
sedang dia pernah menyesatkan kesayangan-Mu, Adam
Kalaulah Engkau memaafkan aku
Engkau telah memaafkan seorang yang sombong
zhalim lagi sewenang-wenang yang masih terus berbuat dosa
Andaikata Engkau menyiksaku...
tidaklah aku berputus asa
walaupun diriku telah engkau masukkan ke dalam Jahannam
lantaran dosaku
Dosaku sangatlah besar
dahulu dan sekarang
namun maaf-Mu...
wahai Maha Pemaaf
lebih tinggi dan lebih besar
Dari syair di atas kita melihat betapa mulia hati beliau ( Imam Asy-Syafi'i ), walaupun beliau seorang imam besar, tapi beliau begitu menghamba, begitu merasa berdosa.
Bagaimana dengan kita?
Hazamkan dan amalkan ...


USTAZAH SITI NURBAYA USMAN..
Semoga bermanfaat

Tuesday, 6 March 2018

UKHWAH KASIH...

ASSALAMUALAIKUM...


Cerpen
Oleh
Paridah Ishak


                                                    UKHWAH KASIH

                                                   
Rindu sugguh aku. Setiap kali berada di situ rinduku menggebu. Amat menyiksaku.melihat  kasih mesra yang terpamer menimbulkan  iri yang tidak  kuingiini. Terasa ingin menjauh pula.agar apa yang kurasa tidak menjerutku sehinga sukarku bernafas. Kegembiraan mereka umpama jarum peniti halus yang menikam jantungku.  Sakit amat. Tapi itulah hakikat walau kucuba tidak pedulikannya.
            Kebahagiaan yang tidak berpeluang kurasakan kini. Ianya berakhir setelah usiaku remaja.. Sekelumit rasa bahagia milikku sebentar cuma. Tidak mengapalah. Sudah sedemikin takdir-Nya menjengah lorong hidupku. Reda saja. Semakin mangli. Tiada rasa keluh kesah lagi.
            “Mama dan ayah nak balik kampung lagi, adik.”
            “Kampung mana? Kampung mama atau kampung ayah? Kalau kampung ayah seronok juga. Dapatlah kita berlari-lari di tepian pantai.”
            “Balik kampung mama pun seronok juga. Boleh kita berjumpa dengan tok Sidah dan tokwan Man. Entahkan abang Amir pun balik bercuti juga. Dapatlah bermain dengannya. Abang Amir suka mancing. Tentu dia ajak kita mancing kat sungai belakang rumah tok Man. Lepas mancing dapat ikan, tok Sidah masak dan bagi kita makan macam selalu. ”
            “Kenapa abang tak suka balik kampung ayah?” suaraku mencelah tanya.
            “Tapi adik suka.”
            “Abang bukan tak suka balik kampung ayah. Tapi sejak atok dan nenek tak ada, rumah tu sunyi je. Tak ada sapa lagi nak teman adik dan abang ke pantai main-main kutip kulit siput.”
            “Apa pulak sunyi. Kalau kita balik ramai je sepupu-sepupu kita datang bermain dengan kita.” Sanggah adik.
            “Tapi abang tetap rasa tak seronok sebab atok dan nenek tak ada.”
“Nak buat macam mana abang. Sudah sampai masanya atok dan nenek kembali ke sana.” Suamiku mengusap-ngusap ubun-ubun abang, anak sulungnya.  Pasti suamiku turut mengongsi kesedihan anakya kerana kehilangan atok dan  neneknya beberapa bulan lalu. Mulanya ayah mertuaku menghembus nafas terakhirya tika sedang sujud terakhir solat isyaknya.
Belum lupus kesedihan meratapi kehilangan bapa mertuaku, bersambung pula menangisi pemergian emak mertuaku yang mengikut langkah Allahyarham suamiya di dalam tidurnya sebulan kemudian.
Emak dan bapa suamiku tempat aku bermanja. Mengongsi kasih sayang tulus  kedua-duanya, mengisi kelompongan ruang hatiku dengan rasa bahagia. Telah berlalu dari sisiku menantuya. Juga anak cucu kesayangan mereka.   Namun kenangan baik budi kedua-dua insan tercinta bersemadi abadi. Tidak luput di hatiku. Emak dan bapa suamiku adalah emak bapaku jua. Tiada beza. Walau sedikit.
“Kali ni kita balik kampung mama. Rumah mama di kampung tu kita kena jenguk juga..Ayah dan mama nak cuci rumah dan membersihkan kawasannya. Tambah masa ni selalu hujan, mudah saja rumput-rumpai meninggi, menyemak kawasan rumah. Penatlah ayah nak memesinnya.”
“Kata Amir yang fon saya baru ni  tok Man pun tak berapa sihat.” Tukasku.
“Iakah? Eluk sangatlah kalau kita dapat balik. Boleh menziarah tok Man dan tokwan Sidah juga.”     
Abang dan adik terdiam tidak terkata. Mugkin di hati kedua beradik itu merasa terharu dengan khabar yang kusampaikan kepada mereka. Maklum tok Man dan tokwan Sidah sangat baik melayani mereka. Walau sepasang suami isteri itu hanya jiranku. Bukan ada sebarang hubungan darah dengaku. Kecuali ukhwah jiran tetangga yang erat.
“Naiklah Maira, Azmi. Eh! Cucu tokwan berdua yang comel ni pun ada.” Abang dan adik tersengih saja kala tokwan Sidah memeluk mereka rapat dan menciumi dahi kedua beradik itu berulangkali. Anak-anakku  menyalaminya dan memaut pinggangnya. Hatiku diserbu haru menyaksi isiden itu. Nilai hati budi tertinggi bersemi kasih sayang dimiliki wanita baya Allahyarham  mamaku.   
“Kata Amir, cik Man sakit, sudah ke hospital?” suamiku menghampiri Pak Cik Man yang sedang berbaring di sofa. Dan cuba bangun membetulkan duduknya
“Dah Maira. Doktor periksa, beri ubat dan balik. Doktor nasihatkan masuk wad. Tapi cik Man kau tak nak.”
“Malaslah nak duduk wad. Bukan ada apa yang boleh dibuat. Asyik baring tidur saja. Kalau duk rumah boleh juga buat kerja apa-apa. Kalau terasa lemah, badan sakit,berehatlah sekejap. Dah lega sikit, sambung semula kerja.” Tukas Pak Cik Man. Ceria lagaknya. Namun wajahya di mataku pucat lesi.
“Cik Man kau gitulah Maira, Azmi. Semangat je kuat. Setiap hari nak ke kebun sawitnya. Bukan dekat. Nun jauh di bukit sana.terpaksalah  cik Sidah temankannya. Bimbang kalau terjadi apa-apa.”
“Habis kalau aku tak kerjakan, siapa yang nak buat. Amir kan kerjanya kat sekolah. Lagipun itulah punca rezeki kita. Tak boleh nak dibuat mudah..”
Mak Cik Sidah menceber bibirnya. Aku tahu ada sesuatu yang terkilan di hatinya. Pernah Mak  cik Sidah memberi tahuku bahwa Amir  mengupah pekerja menguruskan kebun sawit ayahnya. Tapi Pak cik Man tetap juga akan ke kebun sawit untuk memantau pekerjaan pekerja-pekerja  kebunnya sambil dia juga turut bekerja.
“Meh ikut wan ke dapur abang, adik. Abang adik nak minum apa? Beritahu wan. Pagi tadi wan buat cekodok pisang dan ada kek buah abang Amir beli. Bolehlah kita makan sama.”
“Eh! Susahkan cik Sidah saja. Kami dah minum di rumah sebelum ke sini  tadi.”
Mak Cik Sidah tidak mempedulikan kata-kataku. Abang dan adik diheret mengikutinya. Aku juga mengekorinya.
Sambil tangannya ligat menyediakan hidangan untuk kami, mulutnya riuh bertanya itu ini kepada anak-anakku. Jawapan yang diberi abang dan adik kadang lucu juga. Tercetuslah hilai tawa yang gemuruh.
“Kau tak pergi melawat papa kau Maira?”
Kenapa pulak nak kena melawat papa. Cik Sidah kan tahu papa dan mama bencikan saya. Entah apa salahnya saya pun tak tahu.”
“Khabarnya papa kau sakit.”
“Yakah? Apa nak heran kalau papa sakit,mama boleh cari doktor terbaik untuk merawat papa. Papakan banyak duit.berjuta-juta.”
“Tapi sebagai anak tak patut kau tak pedulikan papakau Maira”
“Bagaimana saya nak pedulikan papa kalau papa tak pedulikan saya? Sejak umi saya meninggal dan papa kahwin lagi, saya hidup sendiri Cik Sidah. Mujur tika tu saya dah di universiti. Fikiran pun dah matang dapatlah saya berdikari. Itupun dengan bantuan cik Sidah, cik Man, Amir dan Azmi. Kalau ikutkan hati sedih, entah kemana hanyutnya saya. Pelajaran di U pun kandas. Sebab kosnya tak mampu nak bayar. Papa ingat pusaka yang umi tinggalkan untuk saya banyak sangat. Sehingga dia tak perlu bantu nafkah kehidupan saya walau sesen pun. Terkilan sungguh saya sikap papa.”
“Apa pun dia tetap papa kau. Maafkanlah salah silapnya. Dulu-dulu masa kau bersama umi dan papa kau, cik Sidah tenguk kehidupan kamu sekeluarga sangat bahagia. Saling sayang menyayang. Papa kau pun selalu tolong cik kalau cik susah..”
“Itu kisah dulu cik Sidah. Bila papa dapat mama baru semuanya berubah.”
“Lupakanlah tu Maira. Sebagai anak mengalah saja.”
“Cik Sidah tahu saya memang dah lama lupakan salah silap papa. Beberapa kali saya dan Azmi bawa anak-anak untuk menemui papa di rumahnya. Tapi tak pernah jumpa. Rumah bertutup sentiasa walau pada hari raya. Diberi salam tiada yang sambut. Nak dikata tak ada orang di rumah, Nampak ada kereta motor mewahnya di tempat parker. Apa makna semua tu cik Sidah?”  Mak Cik Sidah menentang mataku tajam.
“Saya rasalah, papa memang tak mahu berjumpa saya. Mungkin mama tak izinkan papa berjumpa saya.”
“Kenapa pula tuduh begitu. Tak baik Maira. Memutuskan silaturahim, dicela Allah. Walau dia Cuma mama tiri kau tapi haknya sama seperti mama kau Maira.”
“Itu saya tahulah cik Sidah. Tapi saya rasa mama tak anggap saya anaknya.”
“Hati orang mana kita dapat baca kan Maira”
“Haa! Itulah soalnya. Papa tu kan kaya. Duitnya juta-juta. Saya pulak miskin. Kalau papa rapat dengan saya nanti jatuh miskin pula papa sebab menghamburkan duitnya pada saya. Tambah la ni papa sedang sakit, tentu mama tu sedang fikirkan apa-apa kemungkinannya.”
“Sampai begitu sekali kau fikirkan Maira?”
“Demi duit berjuta-juta orang sanggup buat apa saja cik Sidah.”

TAMAT    
         

Sunday, 4 March 2018

ULASAN BUKU HIJRAH MERDEKA...

ASSALAMUALAIKUM....

MINGGUAN MALAYSIA HARI INI AHAD 4 MACH 018 MENYIARKAN ULASAN BUKU HIJRAH MERDEKA TULISAN PI....ALHAMDULILLAH...TERIMA KASIH EDITOR RUANG SASTERA ATAS KESUDIAN MENYIARKAN KARYA KECIL PI...





HIJRAH  MERDEKA
Genre : Antologi Sajak
Penyelenggara :
Ilhami Hisham
Penulis : 61 orang (Malaysia 59), (Thailand 1), (Singapura 1)
Penerbit : BeTA IBH
Nombor ISBN : 978-967-13893-7.9 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 248
Pengulas : Paridah Ishak

             HIJRAH MERDEKA menggabungkan ramai penulis tanah air bersajak dalam antologi ini. Aksara sajak yang dinukil penuh bersemangat setiap stanza sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan Malaysia yang ke 60.
            Karya puisi sajak semuanya sangat puitis berseni untuk dihayati. Penulis-penulisnya menelusuri makna kemerdekaan dalam berbilang erti dan menilainya menyantuni karya yang ditulis menyentuhi hati yang membacanya.
            Antara penulis- penulis yang terlibat ialah Abdul Hamid Halim, Ahmad Safarman, Hassuna Abd.Rahman, Intan Suhana Saaim, Jefri Mohd Zain, Jelison Jupin, Juarina Hasan Md Sharee Abd.Ghani, Mohd Afiq Syazwan, Mustafa Siraj, MS Rindu, Norgadis Labuan, Nor Syafikah Mohd Nor, Nur Hafishah Azmi, Nurul Syahida Hasan, Paridah Ishak, Pauzi Mohd Isa, Sarji Kasim, Shahirah Ali Zana, Shahiran Roslan, Siti Robiah Ismail, SMahazir Syed Ibrahim, Tun Kreatif, Yasin Yesyen, Yus Efendy, Ali Almuradi. Asmira Suhadis, CT Nurza, JA Anilaz, Masnita Aladin, Masriyah Misni, MZ Halim Hasan, Nazim Mohd Subari, Nurimas Sn, Rosly Mohamed, Sabariah Nor Saleh, Sauadah Shafei, Siti Zaiton Ahmad, Syifaq Hanani, Sufian AM, Fathanah Shafei. Aizamin Abd. Aziz, Anie Din, Arifwacana, Ezrin Asyikin Zakaria, Hanif Hashim, Ilham Pujangga, Kursiah Hanum, Linda Mohd Nor, Nanda Kumar Darmadoran, Nora Markom, Norhaida Shamsudin, Nurhannan Abd.Rafar, Piao Liang Adawiyah, Sarji Kassim, Shahiran Ruslan, Sosonjan A Khan, Syifuddin Jun Duakim, Wacana Minda dan Wong Hung Fun.
            Memetik aksara sajak Dato’ Ibrahim Ghafar selaku penasihat Beta IBH, di halaman utama antologi ini;

             Lima puluh sembilan tahun ulang tahun kemerdekaan
            Merdeka bukan sekadar pesta pestaan
            Hidupkanlah roh+jiwa+semangat nian…
            Kitalah titis+asab+salasilah+keturunan
            Para leluhur; perjuangkan kemerdekaan
            Hak+hakikat+hakiki bangsa dan kedaulatan
            Awas; perhati kiri kanan kita
            Keluar-dalam diri kita sejujurnya
            Tanya; merdeka sebenar untuk siapa
            Hijrahlah menuju kemerdekaan jiwa…

            Dato’ Dr. Ibrahim Ghafar
            Penasihat BeTA

            Dengan membaca buku antologi sajak  HIJRAH MERDEKA ini, ia pasti akan menyuburkan lagi rasa kecintaan kita kepada negara selagi kita adalah warganya tanpa mengira tarikh 31 Ogos yang ditetapkan pada 1957. Selari makna pilihan penyelenggaranya saudara Ilhami Hisham dimuka  antologi ini iaitu SEMANGAT HIJRAH JIWA MERDEKA.

Saturday, 3 March 2018

UKHUWAH KASIH..

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT  BERHUJUNG MINGGU...MEH BELEK SURAT KHABAR UTUSAN MALAYSIA SABTU HARI NI....BACA CERPEN PI YANG MENCELAH RUANG SASTERANYA....ALHAMDULILLAH NASIB BAIK SUNGGUH.

TERIMA KASIH BANYAK EDITOR  UTUSAN MALAYSIA SABTU ATAS KESUDIAN MEMILIH KARYA KECIL PI UNTUK SIARAN..

MyBloglist