Thursday 18 January 2018

HAJAT IBU MENULIS BUKU....

ASSALAMUALAIKUM....
TAK SAMPAI SETAHUN HAJAT IBU MENULIS BUKU TERCAPAI.....

Saya menulis cerita ini pada awal pagi.
Malam semalam kami meraikan kejayaan seorang ibu yang pertama kali menulis buku dalam hidupnya.
Hajat dia membantu ibu lain yang mengalami dilema dalam menyediakan pendidikan agama kepada anak, iaitu persediaan menjadi hafiz.
Penulis ini berkata banyak perkara bermain dalam fikiran seorang ibu, misalnya apakah yang meragukan dalam mendorong anak menjadi hafiz?

Benarkah bukan semua tahfiz tak sesuai kepada anak kita? Bagaimana mahu memilih?

Akhirnya dia memilih menulis buku, Anakku Bakal Hafiz

Buku ini membantu ibu-ibu yang masih mencari rentak dan membuat keputusan yang wajar.

Hajat ibu ini menulis pengalaman dan pengetahuan dalam bentuk how-to dan cerita akhirnya tercapai. Buku pertama dalam tangan pada tahun baharu, bulan baharu.
Kita mempunyai empat jenis aset dalam diri yang dapat dijadikan bahan menulis.
  • Pengetahuan datang daripada pembacaan dan pendidikan.
  • Pengalaman kehidupan sebagai keluarga, jiran dan manusia.
  • Pengalaman kerja yang melibatkan proses, manual dan tabiat orang.
  • Hobi melibatkan perkara kita suka lakukan.
Apa yang mesti dikuasai adalah bagaimana menyusun maklumat agar dilihat relevan pada mata pembaca dan dibaca?
Mahukah saudara belajar menguasai cara memenuhi impian sendiri menulis buku pertama?

Kita bertemu pada hari Sabtu, 27 Januari 2018 bagi menjadikan sebelas bulan di depan sebagai peluang menjadikan buku pertama muncul sekali dalam seumur hidup.

Mendaftar di sini sebelum 20 Januari 2018, klik subscribepage.com/bengkel_kursus_penulisan_buku

EMEL ZAMRI MOHAMAD

11 comments:

  1. hajat menulis buku
    tercapai di bulan baru tahun baru
    sungguh menginspirasiku
    semangat menulis seperti pencapaian ibu

    ReplyDelete
  2. TKSH ANISAYU MINAT N AZAM MENGINSPIRASI PENCAPAIAN

    ReplyDelete
  3. sy x reti menulis buku cuma boleh jadi editor aje...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya banyak perkara yg boleh ditulis menjadi buku..tapi nak organise fakta, pemikiran mmg memerlukan bimbingan supaya ia mengalir dgn sempurna dan menarik minat orang utk mmbaca..

    tapi sekarang ni mcm dah tak ramai yg nak beli buku, yg nak membaca secara konvensional..lbh suka baca online..

    ReplyDelete
  5. Allhamdulillah... smg bukunya dpt sambutan kelak

    ReplyDelete
  6. TKSH CIKGU AK..PNDAI MGEDIT MMG CIRISORANG PENULIS...SIAPKN MSKRIP HNTR JE PADA PENERBIT TUNGGU LULUSNYA.

    ReplyDelete
  7. TKSH NOHAS JIKA ORGANISE FAKTA SEBAIKNYA TERUTAMA BIDANG YG KITA ARIF TNTU RAMAI YG MINAT BACA...ILMU YG DIPEROLEHI DRPD BUKU LBH MNARIK BRBNDING ARTIKEL PENDEK DLM ONLINE

    ReplyDelete
  8. TKSH SHIELA..AMIIN...INSYAA ALLAH

    ReplyDelete
  9. Moga buku ini mendapat sambutan...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist