Wednesday 10 January 2018

ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM


ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018 1 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas minat dan sokongan anda untuk projek kecil ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR. Projek ini merupakan projek persendirian bawah PERSATUAN PENULIS DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR (KEMUDI) dan merupakan projek kerjasama antara penulis dan penyelenggara antologi. SYARAT PENYERTAAN:

1. Penulis berumur 18 tahun ke atas. 2. Berasal dari Selangor atau bekerja / belajar di Selangor. 3. Meminati pantun dan boleh menulis pantun. 4. Mengenali negeri Selangor dengan baik. 5. Berfikiran terbuka. PENGHANTARAN KARYA: 1. Setiap peserta dikehendaki menulis 20 buah pantun, iaitu 2 buah pantun bagi setiap tema.


 Sebuah pantun maksimum 5 rangkap pantun. 2. Hanya pantun 4 kerat sahaja, ditaip secara zigzag (baris satu dan tiga mula dari tepi dan baris dua dan empat ditaip satu inden. Pembayang/sampiran mestilah berunsur alam dan bertaut kedua2 barisnya - Maksudnya bertaut kedua-dua barisnya dan bukan berbentuk soalan. - Suku kata / rima akhir a-b-a-b, bukan a-a-a-a. - Suku kata / rima tengah juga mesti a-b-a-b atau yang paling hampir a-b-a-b ikut suku kata. Contoh: Rima akhir sampiran baYANG BUKAN borANG atau dindiNG Rima akhir mesti suku kata sama misalnya saYANG 3. Ditaip menggunakan font Arial, saiz 12, langkau sebaris. 4. Letakkan nama pantun dan nama penulis di setiap muka surat pantun. ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018 2 5. Karya mestilah dihantar dalam format Microsoft Word dan dihantar dalam salinan lembut (softcopy).

6. Sertakan satu biodata diri penulis sepanjang dua ayat. 7. Penerbitan adalah secara kerjasama. Pihak kami akan menguruskan urusan penerbitan manakala penulis akan berkongsi pembiayaan kos penerbitan. 8. Yuran penyertaan adalah RM30. Sila buat bayaran setelah mendapat makluman penerimaan karya. Akaun bank akan diberikan dalam emel yang seterusnya. 9. Setiap penulis akan mendapat satu naskhah percuma. Sekurang - kurangnya RM10 untuk setiap naskhah yang seterusnya. Minimum tempahan adalah 15 buah.

10.Penulis BEBAS berkarya dan perlu menyentuh mengenai negeri Selangor secara am tetapi tidak semestinya setiap rangkap ada disebut Selangor. 11.Karya adalah asli dan tidak pernah disiarkan di mana - mana media cetak mahupun media elektronik. 12.Setiap karya BEBAS mengikut tema tetapi harus menjaga sensitiviti masyarakat, tidak menyentuh perkara yang dilarang dalam agama dan tiada unsur penghinaan. Tarikh akhir penyertaan; 4 MAC 2018 (Ahad) jam 2300. ANTOLOGI PANTUN NEGERI SELANGOR | 2018 3

TEMA: 1. Pendidikan 2. Pelancongan 3. Sejarah 4. Budaya 5. Kerohanian/Agama 6. Ekonomi 7. Kelestarian/Alam Sekitar 8. Kenegaraan 9. Budi Bahasa 10.Keamanan Sejagat Sila emelkan pantun anda ke karyaselangor@gmail.com Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada penyelenggara; Puan Nurul Syahida di talian 0107907388. Panel penilai: Dipilih oleh JK KEMUDI.

Terima Kasih atas penyertaan anda. Selamat berpantun. YANG MENJALANKAN TUGAS, NURUL SYAHIDA HASSAN SETIAUSAHA PERSATUAN PENULIS DAN KEBAJIKAN NEGERI SELANGO

12 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist