Friday 22 December 2017

TADDABUR AL WAQIAH AYAT 86 HINGGA 91

ASSLAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QURAN).
Sambungan kupasan Surah Al-Waaqi'ah ayat 86 hingga 91
(QS 56 : 86 - 91)
Dalam ayat ke 86 ini Allah berfirman:
86. {Falaula ‘inkuntum ghairomadiinin}
Yang bermaksud:
[Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami),]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa jika diri kita tidak dikuasai oleh Allah bagaimana pula kita boleh hidup. Ini disebabkan yang hidup itu hanyalah Allah semata-mata. Bagaimana pula kita boleh ada sedangkan yang ada itu hanyalah Allah? Apabila kita mengetahui yang ada dan yang hidup itu yang sebenarnya adalah Allah maka tidak boleh tidak kita kena mengesakan dan tunduk kepada Allah. Kita tidak boleh membuat hukum-hakam sendiri melainkan memakai hukum-hakam Allah serta panduan dari Nabi Muhammad S.A.W. Dalam keadaan apa pun kita tidak boleh lari daripada Allah. Tiada alasan langsung bagi kita untuk syirik kepada-Nya. Ini adalah disebabkan bahawa Allah itu sahaja yang berkuasa terhadap diri kita dan seluruh isi alam ini.
Dalam ayat ke 87 ini Allah berfirman lagi:
87. {Thorji’uu nahaa ‘inkumtum soodiqin}
Yang maksudnya:
[Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa orang yang mengenal Allah dan mengenal hukum itu adalah golongan yang lurus. Mereka adalah golongan yang mengembalikan hak kepada yang hak. Apa yang ada pada diri mereka, termasuk nyawa mereka akan dikembalikan kepada Allah. Ianya dilakukan semasa mereka masih lagi hidup di dunia ini. Inilah kembali yang sebenar-benarnya. Tetapi bagi orang yang tidak mengenal Allah tetapi hanya mengenal hukum Allah iaitu Golongan Kanan, mereka bukan mengembalikan tetapi akan diambil kembali oleh Allah apa juga hak Allah yang ada pada dirinya. Ini termasuklah nyawa mereka disaat-saat terakhir kehidupan mereka. Bagi orang yang tidak langsung mengenal Allah dan melanggar hukum Allah iaitu Golongan Kiri, mereka akan dipaksa untuk mengembalikan hak kepada yang empunya hak. Dalam istilah mudahnya, “Telah diberi pinjam tetapi tidak tahu hendak memulangkannya semula kepada yang empunya”. Maka Allah memaksa mereka memulangkannya.
Dalam ayat ke 88 llah berfirman:
88. {Fa’ammaa ‘inkaa naminal muqarrabin}
Yang bermaksud:
[Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin”] ",
Dan dalam ayat ke 89 ini Allah berfirman:
89. {Farauhun waraihaa nunwajannatu na’im}
Yang bermaksud:
[Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.]
Kedua-dua ayat 88 dan 89 ini memperjelaskan kepada kita bahawa bagi golongan yang di dekatkan kepada Allah maka kematian itu adalah nikmat baginya. Itu adalah saat untuk mereka akan bertemu dengan Allah iaitu Rab dirinya. Ditambah pula orang yang di dekatkan kepada Allah ini, kenikmatan itu semuanya telah mereka dapati semasa mereka masih hidup di dunia ini lagi. Di atas kenikmatan itulah mereka mendapat rezeki dan ketenangan hati. Jadi bagi golongan ini kenikmatan hidup di dunia pun dia sudah mereka dapat iaitu dengan mendapat rezeki dan memiliki jiwa yang tenang. Maka pastilah kenikmatan yang 70 kali ganda lebihnya sedang menunggu mereka di akhirat nanti.
Dalam ayat ke 90 dan ini Alah berfirman:
90. {Wa’ammaa ’inkaanamin ’as khoo bilyamin}
Yang bermaksud:
[Dan jika ia dari puak kanan,]
Dan Allah menyabung firman-Nya pada ayat ke 91:
91. {Fasalaa mullakamin ’as khoo bilyamin}
Yang bermaksud:
[Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".]
Kedua-dua ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa selain dari golongan dahulu lagi mendahulukan yang Allah telah perjelaskan dalam ayat-ayat sebelum ini dengan ciri-cirinya, maka terdapat lagi satu golongan yang mendapat jaminan keselamatan dari Allah. Jaminan sama ada semasa berada di dunia mahu pun sewaktu di akhirat nanti. Namun ianya adalah dengan syarat golongan ini hendaklah memperbanyakkan amal mereka. Ianya bermakna timbangan baiknya mestilah mengatasi timbangan amal jahatnya. Diwaktu yang sama dia juga perlu memperbanyakkan memohon keampunan dari Allah serta berselawat ke atas Nabi. Mereka perlu melakukan ini walaupun mereka tidak mengenal Allah. Ada pun tujuan berselawat itu adalah untuk mendapatkan syafaat Nabi.
(Bersambung kupasan dari ayat 92 hingga tamat iaitu ayat 98

7 comments:

  1. Nice sharing! Salam Jumaat Kak PI. Semoga kita sama sama memperoleh rahmat dan keampunan dariNya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH FATIN SALAM JUMAAT MOGA ALLAH REDA N MGAMPUNI DOSA2 KITA.

      Delete
  2. Surah ni menceritakan hal2 syurga & neraka dgn secara detail...sebagai motivasi utk kita beramai makruf nahi munkar..

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah limpahkan berkat rahmat ..Quran Kalam Allah

    ReplyDelete
  4. tq 4 sharing.Smoga tabah beramal dan istiqamah dlm ketaatn

    ReplyDelete
  5. Semoga kita mendapat keampunan Allah dan syafaat nabi.
    Aamiin.

    ReplyDelete
  6. Surah Al Waqiah...antara surah yang digalakkan untuk membacanya.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist