Thursday 14 December 2017

TADDABUR AL-WAQIAH AYAT 76 - 80

ASSALAMUALAIKKUM

DAH MASUK MALAM JUMAAT SEKEJAP LAGI...YANG BERPUASA SUNAT HARI KHAMIS SELAMAT BERBUKA PUASA....MALAM JUMAAT KEBIASAN SURAH YASIN DIBACA WALAU SEBENARNYA SURAH YASIN PERLU DIBACA SETIAP HARI...BAGI YANG MENGAMALKAN SURAH ALP-WAQIAH UNTUK MEMPERMUDAH MENGALIRNYA REZEKI JOM KITA TADDABUR MAKNANYA HASIL CORETAN PAK ENGKU 


CORETAN PAK ENGKU
JOM KITA TADABBUR KALAM ALLAH (AL-QUR'AN).
Sambungan kupasan Surah Al-Waaqi'ah ayat 76 hingga 80
(QS 56: 76 - 80)
Dalam ayat ke 76 ini Allah berfirman:
76. {Wa’innahu laqasamullu taqlamuu na’azim}
Yang maksudnya berbunyi:
[Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya,]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita akan kesan akibat bagi orang yang telah mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu. Sesungguhnya ia adalah suatu sumpah. Sumpah yang amat besar. Jika kita tidak beramal dengan ayat atau pun kalam yang telah dibicarakan dan disampaikan kepada kita, maka tunggu sahajalah mudarat besar yang akan datang menimpa diri kita. Mudarat ini akan menimpa diri kita tanpa mengira sama ada kita masih di dunia ini lagi mahu pun setelah berada di akhirat kelak. Di kedua-dua tempat ini kita pasti akan dapat merasakannya. Begitu jugalah sebaliknya, jika kita amalkan kalam yang telah sampai kepada kita manfaatnya juga adalah besar kepada diri kita. Manfaat ini akan diperolehi sama ada kita masih di dunia ini atau pun ketika kita di akhirat kelak. Oleh sebab itu berhati-hatilah dengan ayat atau kalam Allah yang telah kita bicarakan kerana kesannya adalah amat berat dan kita sendiri yang akan menanggung akibatnya nanti.
Dalam ayat ke 77 ini Allah berfirman:
77. {‘Innahu laqur ‘aa nunkarim}
Yang maksudnya berbunyi:
[Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa Al-Quran ini adalah kalam Allah. Sesungguhnya Kalam Allah itu pula adalah suci lagi mulia. Maka barang siapa yang membaca dan beramal dengannya, mereka seolah-olah berguru dengan Allah Yang Maha Mulia. Al-Quran ini adalah kata-kata Allah yang mendidik serta mengajar kita agar menjadi insan yang mulia. Barang siapa yang tidak beramal dengannya, maka jadilah mereka orang yang hina. Hina dan mulia kita bukanlah kerana salahnya Al-Quran tetapi adalah kerana kita sendiri tidak mahu beramal dengannya.
Dalam ayat ke 78 ini Allah berfirman:
78. {Fiikitaa bimmuknun}
Yang maksudnya berbunyi:
[Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa maksud Al-Quran yang terpelihara itu adalah ianya terpelihara dari sebarang kekurangan dan penambahan dari segi hurufnya. Maksud terpelihara itu juga adalah ianya dari ketidak-suaian mengikut zaman. Terpelihara ini juga bermaksud diri seseorang itu akan terpelihara dari neraka Allah jika dia berpegang teguh kepada Kalam Allah. Maksudnya juga termasuk terpelihara dari kesesatan hidup di dunia ini. Apa yang penting adalah kita harus beramal dengannya. Akhirnya sesiapa juga yang menjaga Al-Quran dengan menuruti titah perintahnya maka Allah itu sendiri akan sentiasa menjaga diri mereka.
Dalam ayat ke 79 ini Allah berfirman:
79. {Laayamassuhu ‘illal muthohharun}
Yang maksudnya berbunyi:
[Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa dari segi zahirnya untuk menyentuh Al-Quran kita mestilah berwuduk. Dari segi yang tersiratnya pula ia bermaksud hanya orang yang telah bersih dari segi zahir dan batinnya dari dosa-dosa besar dan syirik sahaja yang boleh membawa Al-Quran ini dalam kehidupan seharian mereka. Selagi kita masih melakukan dosa-dosa besar dan syirik maka Al-Quran itu tidak akan terlekat atau tersentuh di hati kita. Maka jadilah Al-Quran itu sebagai bahan bacaan sahaja bagi mereka.
Dalam ayat ke 80 ini Allah berfirman:
80. {Tanzii lummir rabbil ’alamin}
Yang maksudnya berbynyi:
[Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.]
Ayat ini memperjelaskan kepada kita bahawa bahasa makhluk di seluruh alam ini adalah dalam bahasa Al-Quran. Begitulah yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis. Ayam bertasbih melalui kokoknya, anjing bertasbih melalui salakannya, harimau bertasbih melalui ngaumannya dan burung bertasbih melalui kicauannya. Ini adalah seperti apa yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran, “Telah bertasbih apa yang di langit, di bumi serta isi di antara keduanya”. Semuanya itu bertasbih dalam bahasa Al-Quran mengikut Rab masing-masing. Apakah kita tidak yakin Al-Quran yang kita baca ini adalah bahasa bagi Rab diri kita? Dalilnya adalah: “Walaupun bangsa yang berbeza-beza namun apabila membaca Al-Quran mestilah dalam bahasa yang sama. Tiada bezanya sama sekali.”
(Bersambung dengan kupasan ayat 81 hingga 85)

9 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini kak PI.. Salam Jumaat yg diberkati :)

    ReplyDelete
  2. Sekejap dah Jumaatkan kak...alhamdulillah..terima kasih perkongsian ini ya kak...

    ReplyDelete
  3. baru sebentar tadi sy dgr kat youtube... alquran sebagai pelengkap semua kitab2 sanawi dan suhuf... mmg bertepatan dgn entry ni

    ReplyDelete
  4. Sangat berguna untuk dipelajari..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist