Friday, 15 December 2017

MENULIS DAN MENULIS...

ASSALAMUALAIKUM...



CATATAN PUAN RAHMAH SAAD PENULIS PENERBIT MAJALAH IBU,,,

Dalam keluarga saya, kami empat beranak menulis secara serius. Saya , suami saya, Salleh Hamzah, anak saya , Mimi Salleh dan anak lelaki syahrulfikrin Salleh.
Kami tidak mendapat pendidikan dalam bidang penulisan secara formal, hanya latihan di tempat kerja. Suami saya behenti dari guru terus sertai Utusan dan menjaga Utusan Pelajar. Kemudian berpindah ke BH. Jawatan terakhir editor Berita Minggu, sebelum kami bergabung membuka syarikat penerbitan sendiri.
Mimi, pengajiannya dalam bidang bisnes. Ketika bekerja dengan syarikat keluarga saya memberi peluang kepadanya menulis dalam majalah PESONA. Mimi sekarang bertugas sebagai perunding editorial/konten dan turut menerbitkan beberapa buah buku secara self publish.
Razin pula mula menulis ketika dia mengembara selama dua tahun pada tahun 2012-2014. Dalam pengembaraan itu dia membuat catatan perjalanannya, boleh dikatakan setiap hari selama dua tahun itu. Tulisan itu dalam bahasa Inggeris.
Anak saya yang nombor dua, Iskandar juga boleh menulis tetapi dia tidak sambung. Pada usianya 12 tahun, dia sudah menghasilkan novel.
Apa yang saya hendak cerita, sesiapa pun boleh menjadi penulis, dengan syarat dia sangat berminat, menulis secara paksa rela atau ada keperluan hendak menulis.
Jika anda berminat hendak menjadi penulis, dan akhirnya menjadi penulis buku, tidak ada masalah. Berlatihlah dari sekarang. Ketika usia saya 66 tahun, saya belajar membuat skrip kerana skrip ada formatnya tersendiri.
Nak jadi penulis? Jom saya ajar...

3 comments:

  1. Minat,semangat...insyaAllah berjaya.

    ReplyDelete
  2. TKSH PC...YA PUPUK MINAT DGN BERSUNGGUH

    ReplyDelete
  3. Teruskan menulis biar ringkas pasti ada ilmu dikongsikan

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist