Wednesday, 31 May 2017

KELIP KELIP KUSANGKA API...

ASSALAMUALAIKUM...


SAMBIL BERIBADAT PUASA DAN LAIN LAIN AMALAN KEBAIKAN DI BULAN RAMADAN KAREEM YANG PENUH KEBERKATAN INI KEPADA YANG BERMINAT DALAM PENULISAN TENTU SENTIASA ADA RUANG UNTUK MENGASAH BAKAT DENGAN BERKARYA...FIKIR DAN TULIS....MUDAH KAN...TAPI KALAU PELITA IDE MALAP MEMANG TAK TERTULIS JUGA HEH..HEH..

TAPI TAK SALAH MENCUBA..ILHAM ITU DARIPADA YANG ESA...JIKA DPOHON SESUNGGUH HATI INSYA ALLAH DIBERI..

JOM CUBA TULIS CERPEN UNTUK ANTOLOGI KELIP KELIP KUSANGKA API...
WALAU SEHARI SEBARIS AYAT LAMA LAMA SIAP JUGA..



Tuesday, 30 May 2017

PENGOMEN TEGAR BLOG CIKGU ABAM KIE 2017

ASSALAMUALAIKUM...

SYUKUR ALHAMDULILLAH REZEKI RAMADAN KE 4 PI DIPILIH ANTARA 5 PEMENANG  PENGOMEN TEGAR BLOG http://www.zukidin.com/2017/05/keputusan-cabaran-pengomen-tegar-blog.html.

BLOG CIKGU DARI KELANTAN INI SARAT DENGAN INFO MENARIK TERUTAMA TENTANG BIDANG KARYA PERGURUANNYA SEBAGAI KERJAYA MURNINYA.

TERIMA KASIH CIKGU ABAM KIE SUDI MEMILIH PI SEBAGAI PEMENANG ANTARA YANG DISENARAI....TAHNIAH KEPADA SAHABAT SAHABAT BLOGGER TERPILIH.

SINGGAHLAH DI BLOG CIKGU AK INI SAMBIL BERKONGSI INFO BERILMU DAN RAJIN-RAJIN TURUNKAN KOMEN...MANATAHU CIKGU AK BERMURAH HATI MEMBERI HADIAH LAGI HEH..HEH..

SHARE ENTRY CIKGU AK

Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2017


Assalamualaikum kepada semua sahabat blogger yang dihormati sekalian. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga puasa kali ini akan lebih barokah daripada tahun lepas. In Shaa Allah. Tanpa melengahkan masa, abam kie ingin mengumumkan lima orang rakan blogger bertuah yang terpilih sebagai pengomen tegar di blog abam kie ini. Blogger2 yang bertuah itu adalah:

1. Puan Perdu Cinta
2. Abang Khairuddin Lim
3. Kak Paridah Ishak
4. Sdra At-Tarmizi
5. Mek Ayunie Ramli

Tahniah kepada pengomen2 tegar di atas. Untuk menuntut hadiah, sila wassap nama penuh dan alamat surat-menyurat ke no 012-9820100 sebelum 3 Jun 2017. Anda bakal menerima kad raya yang direka khas oleh pelajar abam kie dan pemegang kunci setiap satu. Sekiranya lewat maka hadiah dan kad raya tu abam kie bagi kat orang lain la..... 

Sekian. Terima kasih.

Monday, 29 May 2017

REGIS di Perpustakaan Hailstone Haiku Circle Genjuan Jepun

ASSALAMUALAIKUM...

HAIBUN DWI BAHASA INGGERIS/MELAYU REGIS SUDAH TERBANG KE JEPUN DAN TIBA DIPERPUSTAKAAN GENJUAN DENGAN SELAMATNYA...SYUKUR ALHAMDULILLAH... ANTOLOGI PUISI YANG MENDAPAT PEINGIKTIRAFAN ANTARA BANGSA..SEBAGAI SALAH SEORANG PENYUMBANG KARYA PI TURUT BERBANGGA.


Kongsi status fb Saniah Masri

Info ini kukongsikan dari sifu kami Tabir Alam
Buku "REGIS" adalah coretan kisah benar penulis dalam sajak genre sastera Jepun kini buku ini berada di perpustakaan negara Jepun.
Alhamdulillah karya dan namaku melayari lautan.bersama 14 penulis
Yang terlibat. .
Tahniah penulis yang terlibat
Bayu Pagi
Ct Nurza
Khaziah Bte Yem
Kamalliehudie NS
Nor Azizah Idris
Padin Majid
Paridah Ishak
Pauzi Mohd Isa
Saniah Masri
Siti Zaiton Ahmad
Sri Mawar
Sifu Tabir Alam
Yahti Hayati
Zuraida Dewi


Inilah hala tuju sastera Jepun yang kami pelajari...)
Pihak Genjuan International Haibun, Genjuan, Jepun, Ms. Eiko Mori telah memaklumkan penerimaan naskhah antologi "REGIS - Projek Haibun Dwi-Bahasa" melalui e-mel, dan naskhah tersebut akan disimpan di Perpustakaan Hailstone Haiku Circle di Genjuan, Jepun.
Terima kasih kepada semua Haijin yang terlibat dalam REGIS!


Friday, 26 May 2017

SAYEMBARA PUISI KATERPILAR...



ASSALAMUALAIKUM...

SAYEMBARA PUISI KATA-PILAR 2017

Pengenalan:
Penerbitan Kata-Pilar (Kata-Pilar Books) selama beberapa tahun giat meraikan penulisan puisi melalui penerbitan hampir 30 judul kumpulan dan antologi puisi (sebelum ini menerusi GKLN). Sebahagian daripadanya turut mendapat perhatian pengkritik dan peminat puisi serta mendapat tempat dalam Hadiah Sastera Perdana dan Hadiah Sastera Darul Iman (kumpulan puisi terbaik). Sebagai meneruskan kesinambungan ini, Kata-Pilar Books mengambil inisiatif menganjurkan sayembara puisi buat julung kalinya secara terbuka bertujuan merancakkan selain mencari naskhah-naskhah yang berpotensi untuk diterbitkan.
Syarat pertandingan:
1) Minima 50 buah puisi (per manuskrip/penyertaan). Panjang setiap puisi adalah bebas.
2) Tema bebas. Penilaian adalah secara kolektif (per manuskrip) maka tema yang seragam atau harmoni boleh memberi kelebihan.
3) Puisi sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.
4) Tujuan sayembara adalah mendapatkan manuskrip kumpulan puisi terbaik. Sebaik-baiknya kesemua puisi tidak pernah diterbitkan di mana-mana penerbitan.
Walaubagaimanapun, penganjur membenarkan maksimum hanya 10 puisi yang pernah diterbitkan secara eceran (dengan syarat tidak terikat dengan sebarang hakcipta dengan penyiar asal dan bukannya diterbitkan dalam bentuk buku atau antologi). Puisi yang pernah diterbitkan perlu dinyatakan di mana dan bila diterbitkan.
5) Tiga manuskrip yang dirasakan layak akan menerima Hadiah Utama berupa RM3000 (minimum) advanced royalty dan diterbitkan sempena PBAKL 2018.
6) Manuskrip lain yang dirasakan baik dan sesuai juga berpeluang untuk diterbitkan (sebagai Hadiah Khas).
7) Bagi mendapatkan koleksi dan konsep penerbitan terbaik, pihak penganjur / penerbit berhak untuk menentukan susun atur, konsep, dan kandungan manuskrip (ini termasuklah menambah, menggugurkan atau meminta penulis melakukan suntingan terhadap naskhah).
8) Jumlah penyertaan tidak terhad, tetapi hanya seorang penulis untuk setiap penyartaan (tidak boleh berkongsi/gabung penulis).
9) Karya mestilah asli. Bukan terjemahan. Puisi yang tersiar di blog atau media sosial perlu didelete atau diprivatekan.
10) Penyertaan hendaklah
12/05/017


 ditaip langkau satu baris dalam file MS word dan diemelkan ke: katapilarsayembara@yahoo.com.
11) Sertakan bersama butir lengkap termasuk:
* Nama
* Tarikh lahir
* Alamat
* No telefon
* Akaun media sosial
12) Tarikh tutup penyertaan pada 1 November 2017.
13) Keputusan hakim adalah muktamad.
14) Sebarang pindaan, perkembangan, dan pengumuman mengenai sayembara ini akan dibuat di page Kata-Pilar Books. Jangan lupa 'search' dan 'follow' untuk tidak ketinggalan mengikuti sebarang makluman.
Sebarang pertanyaan boleh kemukakan (mesej) ke laman Kata-Pilar Books.
SELAMAT BERKARYA!
Kata-Pilar Books
Metamorfosis dengan buku.

NAZAM RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ...MOHON MAAF SEMUA KESILAPAN....SEMOGA KITA AKAN DAPAT BERIBADAH DENGAN CEMERLANG MULAI DETIK PURNAMANYA BERSINAR INDAH MEMBAWA RAHMAT-NYA PENUH BAROKAH KE SERATA RUANG ALAM....BERIBADAH DENGAN TULUS RENDAH DIRI JUSTERU KITA HANYALAH HAMBA KEJADIAN-NYA...INN SYA ALLAH.

NAZAM SINAR PURNAMA RAMADAN

Marhaban Ramadan al-Mubarak
cahaya purnama meriang riak
sujud tawaduk amal digalak
iman dan takwa bersemarak.
 
Ramadan penghulu segala bulan
ganjaran berganda Allah janjikan
ibadah puasa diterima Tuhan
amalan baik jadi tuntutan.

Ramadan bersinar cahaya indah
membawa rahmat penuh barokah
giat diri beramal ibadah
mohon ampun dan reda Allah.

Agar terhapus segenap dosa
zahir batin suci sempurna
bagai bayi lahir semula
tenang hati riang ceria.

Mendidik umat  berlapar dahaga
letih lemah jiwa dan raga
menahaninya tidak bersangga
kuat semangat tidak terhingga.

Bersedekah berzakat dimurahkan rezeki
janji Ilahi sudahlah pasti
amat melimpah di Ramadan ini
mesti direbut mesti dicari.

Tadarus terawih meningkat takwa
siang dan malam amal dibawa
mengisi waktu dengan sesungguhnya
mengisi rohani bekalan ke sana.

Lailatul-Qadar kita impikan
sepuluh malam terakhir ganda amalan
moga peroleh akan keberkatan
penuh  dengan nikmat kebahagian.

Ramadan dinanti penuh rindu
pahala sunat seperti fardu
moga kita bakal ketemu
memeluk cinta-Mu rindu syahdu.

Paridah Ishak
Selayang Utama
12/05/017





Usia yang telah berlalu tidak mungkin dpt di gantikan. Isikan selalu dgn ketataan. Niatkan setiap perbuatan utk taqarub kepadaNya

USTAZAH NURBAYA USMAN


Wednesday, 24 May 2017

SONETA MARHABAN RAMADAN...

ASSALAMUALAIKUM...



MARHABAN RAMADAN MUBARAK

Ramadan indah hadir berseri
sinar purnama serlah berkah
menghulur rahmat sehari-hari
menggalak umat amal ibadah.

Bersolat kusyuk penuh tawaduk
puasa pula hinggalah Maghrib
hadapan Allah sujud menunduk
jiwa hamba sopan bertertib.

Amal ibadah ikhlas lakukan
Allah janjikan ganjar berganda
bersujud tulus demi ampunan
Kasihnya Allah hanya di damba.

Purnama Ramadan sinar cerlang
aura bahagia gilang-gemilang.

Paridah Ishak
Selayang Utama

11/05/017

HADIAH ISTIMEWA PENYAIR SABAH...

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH RABBI
MASIH DI SINI
MASIH BERDENYUT NADI
MASIH ADA REDA-MU
KUMENCICIPI
LIMPAH NIKMAT-MU
SEIRING NAFAS YANGDIHELA
SELAMA INI.
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN DUHAI DIRI...


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and indoor

PIC  FB GABRIEL KIM JUAN

PARIDAH ISHAK

(hadiah ulangtahun kelahiran)
Perempuan pemberani
Alunkan tulisan rumi
Ramai yang menikmati
Indah makna penuh isi
Dialah serikandi
Anugerah jiwa dari Ilahi
Hingga jadi penikmat sejati.
Ikut gaya tersendiri
Sifat ibu yang dimiliki
Hati ini semakin merindui
Akan kuhadiahkan puisi ini
Kegembiraan itu pasti dirasai.
Hasil Nukilan;
GABRIEL KIMJUAN
Taman Mutiara,
Labuan, Malaysi
a.
24 Mei 2017

TERHARU SUNGGUH HATI PI MENERIMA  UNTAIAN SAJAK INDAH AMAT PUITIS HADIAH PENULIS SABAH YANG TERKENAL INI SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN PI HARI INI...ALHAMDULILLAH ...BERGELOMBANG RASA GEMBIRA...PENULIS MUDA INI AMAT WIBAWA MENZAHIRKAN KARYANYA YANG SENTIASA BERKIBARAN DI LAYAR MEDIA...

TERIMA KASIH BANYAK DIK gABRIEL KIM.

Monday, 22 May 2017

TRIBUNAL CINTA

ASSALAMUALAIKUM....




ANTOLOGI CERPEN DAN SAJAK SELENGGARAN PENULIS AKADEMI SANGGAR NURIMAS TELAH BERJAYA DI TERBITKAN BARU SAJA SEMALAM.........
SETIAP CERPEN BERDASARKAN KISAH CINTA YANG DIBERI ULASAN ILMIAH KAUNSELOR CINTA...MENARIK KAN...

RAMAI PENULIS TANAH AIR YANG TERLIBAT....ANTARANYA:-

1. fadynur fad
2. nurul syahida
3. paridah
4. siti nurza
5. siti fatimah
6. suhaila sharif
7. wadisofi
8. yus effendy
9. zalina ena
10. nurimas sn
11. abh Abd Hamid
12. fyda anim
13. Sabariah Nor Salleh
14. tunza
15. dr mahyuddin
16. Ilham Pujangga
17. Nurdiyanah Dzulkarnain













FYDA
 FADYANUR

TUNZA

 ZALEENA ENA
 NURUL SYAHIDA



Sunday, 21 May 2017

ANTOLOGI BERBALAS PANTUN..

ASSALAMUALAIKUM...


                                          PIC DELLA SHARIF

SIFU TABIR ALAM TELAH BERJAYA MENERBITKAN ANTOLOGI BERBALAS PANTUN BARU-BARU INI....DENGAN KETERLIBATAN PENULIS YANG DISENARAIKAN DI SINI..SYUKUR ALHAMDULILLAH...ANTOLOGI PUISI BERSAMA SELEPAS SONETA, SAJAK AIDILFITRI, HAIKU SAYEMBARA, HAIKU PELANGI , HAIBUN REGIS...BERMAKNA PI SUDAH DAPAT MENAMBAH KOLEKSI ANTOLOGI PUISI SEBANYAK TUJUH BUAH SELAMA PI BERADA DI DALAM SPTA..SIRI PENERBITAN TABIR ALAM...BANYAK JUGA TU

BEBERAPA LAGI PROJEK ANTOLOGI BERSAMA SEDANG DIUSAHAKAN SIFU TABIR ALAM PENERBITANNYA.

TERIMA KASIH BANYAK SIFU TABIR ALAM  ATAS KESUDIAN MELIBATKAN PI DAN SAHABAT SAHABAT DALAM SETIAP PROJEK PENERBITAN YANG DIRANCANG.


SENARAI PENUKIL  BERBALAS PANTUN

(1) Pauzi Mohd Isa 
(2) Padin Majid 
(3) Lya Jamielya Amie 
(4) Yahti Hayati 
(5) CT Nurza 
(6) Sazalee Sulaiman 
(7) Paridah Ishak 

(8) Faridah Shamsudin 
(9) Seti Zaleha 
(10) Sri Mawar 
(11) Kamarsinah Sarkam 
(12) Zuraida Dewi 
(13) Pak Engku 
(14) Saniah Masri 
(15) Saudah Mat Lazim 
(16) Khaziah Bte Yem 
(17) Nazim Mohd Subari 
(18) Siti Zaiton Ahmad 
(19) Lynn Linda Ardi 
(20) Della Sharif 
(21) Siti Fatimah Zainol 
(22) Sabariah Nor Salleh 
(23) Mahani Binti Mustafa 
(24) Ira Melati 
(25) Mak Russ 
(26) Jalimah Jaudin 
(27) Meor Azman 
(28) Nor Azizah Idris 
(29) Qurniaan Pencinta JiWa 
(30) Bayu Pagi 
(31) Teruna Desa 
.

Saturday, 20 May 2017

GANDARUSA..

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....AWAL PAGI RAMAI YANG DUK SELAK AKHBAR BACA BERITA-BERITA TERKINI SARAT INFO, SENSASI ATAU GOSSIP SEMATA....TAPI JANGAN LUPA BUKA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA RUANG SASTERA...TENANGKAN ROHANI DENGAN MEMBACA KARYA KARYA CERPEN DAN PUISI YANG DISIAR DI LAMANNYA...
TERIMA KASIH EDITOR SASTERA SABTU UTUSAN MALAYSIA...

SYUKUR ALHAMDULILLAH NASIB BAIK CERPEN PI DAN SAHABAT PENULIS CIKGU SAMIRON/ALONG DI ANTARA YANG TERPILIH...PENULIS PUISI GABRIEL KIM TURUT JUGA DIPILIH PUISINYA... TERIMA KASIH EDITOR SASTERA SABTU UTUSAN MALAYSIA...

CIKGU ALONG DAN GABRIEL KIM SAHABAT FB PI YANG SANGAT AKTIF BERKARYA DI MEDIA MASSA.


KONGSI WALL PROF IRWANABU BAKAR

MENYABTUI DIRI LAGI
SABTU 20.05.2017. Lima buah sajak disiarkan di ruangan "PUISI ESASTERA" akhbar Utusan Malaysia seksyen S2 pada hari ini untuk merebut hadiah bulanan RM500 tajaan Esastera Enterprise. Sajak-sajak itu melibatkan lima buah sajak dari Malaysia, termasuk dari Sarawak dan Labuan, dan tiada dari negara lain. Dua buah cerpen disiarkan untuk merebut hadiah bulanan RM1,000. Karya-karya yang tersiar adalah seperti yang berikut:
PUISI:
1. Aku Bukanlah Terlalu Istimewa - Suzana Jumadil, Limbang Sarawak.
2. Anak-anak Bermain Hujan -Johari Jonet, Taman Soga, Batu Pahat.
3. Bahasa Tuhan - Gabriel Kimjuan, Labuan.
4. Mereka Yang Tertindas - Rosnani Ahmad, Merbok, Kedah.
5. Saksi Sakaratul - Zarida Rasdi, Batu Pahat, Johor.
CERPEN
1. Gandarusa - Paridah Ishak.
2. Kelalen - Nurimas SN.
Tahniah buat mereka yang karyanya terpilh untuk siaran pada hari ini.
----------
PEMENANG APRIL 2017
Tiada pengumuman pemenang pada minggu ini.
----------
Untuk menghantar karya sdr ke ruangan Sastera S2 ini, sila e-melkan karya ke:
PUISI: puisi.s2@utusan.com.my
[Syarat puisi: Penulis ialah pencipta asal karya. Penulis mengakui karya yang dihantar tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak.]
CERPEN: cerpen.s2@gmail.com
[Syarat Cerpen: Tema bebas selagi tidak melanggar tata susila dan undang-undang negara. Maksimum 1000 patah perkataan. Bahasa mudah diutamakan. Sertakan biodata dan gambar penulis. Penulis ialah pencipta asal karya. Penulis mengakui karya yang dihantar tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana

Friday, 19 May 2017

SENJAKALA HENING...

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA...


SENJAKALA HENING
Rona jingga menabiri kaki langit
layang layang melayang-layang merentasi samudera
langkah diatur memijak pasir berdesir
semakin lemah semakin payah.

Senjakala di serambi sunyi
berteleku mengenangi fitrah diri.

Senjakala mengakhiri suasana
muazin  menggema azan syahdu
beralun sendu suram kelabu
dan
seorang kawan baik kawan bersenda
kehabisan nafasnya
hilang bicara.

Langkah mendahului

bakal dituruti pasti..

AL FATIHAH BUAT SAHABATKU FADZILLAH ISMAIL YANG KEMBALI KE SISI-NYA SUBUH TADI ...BERHAGIALAH SAHABAT BERSAMA KEKASIH TERCINTA...JUGA DOA UNTUK SEMUA YANG TELAH MELANGKAH MENDAHULUI KITA...


Wednesday, 17 May 2017

TENTANG HANG TUAH...

ASSALMUALAIKUM...



KEWUJUDAN Hang Tuah pernah dipersoal akibat ketiadaan bukti arkeologi. Namun pakar Barat di Universiti Nasional Singapura (NUS) ini yakin bukan sahaja Hang Tuah wujud, malah pernah memerintah Singapura.

Akhbar Berita Harian Singapura baru-baru ini melaporkan, pulau itu mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana dan beliau dipercayai ialah Hang Tuah sendiri.
Laksamana berkenaan dikatakan tidak sahaja berkuasa memerintah ketika itu dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melayu Melaka yang menjadikan Singapura sebagai pangkalannya.
Sebagai laksamana, Hang Tuah menjadikan pulau yang pernah disebut Temasek sebelum diubah Sang Nila Utama kepada Singapura; menjadi tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Prof. Dr. John Miksic.
Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoalkan pihak tertentu kerana konon tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupan dirinya, seperti yang panas dilaporkan oleh pelbagai media Malaysia sekitar Mei lalu.
Ia memetik laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksamana Hang Tuah masih lagi belum ditemui untuk disahkan muktamad secara rasmi.
Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Miksic tetap percaya bahawa Hang Tuah wujud malahan pernah bermastautin agak lama di Singapura berdasarkan bukti surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa, Jepun.
“Hang Tuah pasti ada. Jawatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain Sejarah Melayu.
“Namun tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada,”ujarnya merujuk watak Hang Tuah sering disebut dalam banyak sumber asing dari China dan Jepun, selain kitab terkenal Sejarah Melayu.
“Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat rasmi atas namanya sendiri kepada mana-mana raja asing. Surat itu bahkan masih ada lagi di Okinawa.
“Banyak surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tetapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan,” tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara NUS itu.



PROF. DR. JOHN MIKSIC MEMEGANG PETA LAMA BERTARIKH 1825, MENUNJUKKAN BENTENG PERTAHANAN LAMA KERAJAAN KESULTANAN SINGAPURA PERNAH WUJUD ABAD KE-14 MENGELILINGI BUKIT LARANGAN ATAU KINI FORT CANNING HILL. – FOTO BERITA HARIAN SINGAPURA


Miksic yang fasih berbahasa Melayu mula mengajar di NUS sejak 1987, dan sebelum itu pensyarah di Universiti Gadjah Mada, institusi pengajian terkenal di wilayah istimewa Yogyakarta, Indonesia, selama enam tahun.
Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Kerajaan Melaka, beliau menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He atau juga disebut Cheng Ho dari China pada 1435.
Menurut Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka sekitar tahun 1400, Singapura yang sudah wujud lebih awal daripada Melaka tetap ada, bahkan langsung tidak musnah akibat serangan hebat oleh tentera Majapahit.
Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah akibat serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah dan dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.
Ia menunjukkan bahawa Singapura, atau ketika itu lagi masih dipanggil sebagai Temasek, merupakan sebuah pelabuhan maritim antarabangsa yang sudah memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.
Singapura juga pusat transit kapal laut dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka – tempat bagi orang dari Jawa atau Sumatera contohnya singgah dulu di Singapura sebelum menuju ke tempat lain seperti India atau China.
Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik dan terlindung berbanding dengan Melaka yang agak terbuka dan mudah diserang dari arah laut atau darat.
Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tentera tersebut turut dikerah membasmi kegiatan lanun yang dikatakan cukup berleluasa menjarah banyak kapal dagang asing di perairan Singapura.
Hang Tuah ujar Miksic juga mempunyai kuasa memerintah Singapura seumpama pemimpin tempatan bertaraf gabenor dalam sistem pentadbiran moden atau amir jika merujuk kepada zaman khalifah Islam di Timur Tengah.
“Terbukti beliau perlu ke istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus bertemu raja atau bendahara, misalnya. Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura,” kata Miksic. – Agensi/Mynewshub.cc/HA

MyBloglist