CERPEN SUATU SENJA
OLEH PARIDAH ISHAK
AQIL HARISS ralit
mengetik papan kekunci komputer. Dia
memuat turun permainan kereta yang disukainya. Mulailah dia menolak cursor dan
mengetik abjad yang berfungsi dengan permainan
perlumbaan kereta itu. Perhatiannya tertumpu kepada permainan itu.
“Aqil Hariss!” mamanya
memanggil namanya. dia tidak menjawab panggilan mamanya. Terlalu asyik dia
hendak memintas kereta yang dikawal komputer dengan amat laju.
“Aqil Hariss!” Ulang
mamanya memanggil namanya.
“Apalah mama tu nak
lagi. Kacau aku nak main saja.” Dia merungut dengan suara perlahan.
“Apa ma?”
“Tanya pula dia! “ Mamanya
menggumam perlahan.
“Naik atas cepat. Tolong
jaga adik ni. Mama nak solat sekejap.”
“Ariff kan ada.
Suruhlah Ariff tu jaga.” Sahutnya pantas membalas.
“Ariff sedang buat
kerja sekolah ni. Abang tu main game
saja.” Kedengaran Arif bersuara.
“Naiklah cepat! Mama
nak solat ni.” Jerit mamanya justeru dia menyedari waktu solat Asar semakin
hendak berakhir.
“Iyalah Aqil naik ni,”
sahutnya lemah. Dia berlari menaiki
tangga ke tingkat atas. Rumah yang dihuninya bersama ibu bapa dan adik-adiknya
bertingkat dua jenis semi-D. Di tingkat bawahnya ada ruang tamu, bilik kecil
dan dapur. Sementara di tingkat atasnya ada tiga bilik tidur. Ruang di atas
digunakan dengan keperluan yang ditentukan. Seperti untuk bersolat, belajar dan
berehat.
Adiknya Damia Maisara
yang baru sahaja berusia tujuh bulan itu sudah pandai melonjakan tubuhya ke
mana sahaja untuk mencapai keinginannya. Ariff sibuk menyiapkan kerja sekolahnya. Mamanya
pula sedang mendirikan solat Asar. Aqil Hariss sedang leka mengetik punat kecil
yag memaparkan permainan “Pokemon” di
telefon tangan kepunyaan mamanya.
Damia Maisara semakin
melonjak jauh. Sambil meniarap dia melungsurkan tubuhnya. Tangannya sudah
diturunkan ke anak tangga. Damia Maisara hendak melungsurkan tubuhnya menuruni
tangga yang menghubungkan tingkat atas dengan tingkat bawah.
“Mana adik?” Tanya
Ariff yang menyedari ketiadaan adiknyadi situ. Dia memandang abangya.
Aqil menoleh merata. Tadi
dia merasa adiknya itu ada di sisinya.
“Mana Damia ni?”
tanyanya dengan gelabah.
Ariff bergegas bangun
menuju keluar bilik. Mungkin dia mengagak adik kecilnya itu sudah melonjak
jauh. Dan telah keluar daripada bilik itu tanpa disedari mereka.
Abangnya Aqil Harris
juga mengikutinya. Masing-masing mulai risaukan keselamatan adik kecil mereka.
Juga bimbang dimarahi mama mereka jikalau adik mereka ditimpa bahaya.
“Dah sampai sini kau ya
Damia.”
Ariff segera mendokong
adiknya setelah menemuinya.
“Cepatnya Damia
melungsur,” tukas Aqil Hariss.
“Mujur Damia tak jatuh
tangga. Kalau Ariff lambat tadi mesti Damia dah tergolek ke bawah. Abang ni
kenapalah. Mama suruh jaga adik sekejappun tak boleh. Kalau adik jatuh tadi,
macam mana abang nak jawab dengan mama.” Ariff memarahi abangnya. Mengecam
sikap abangnya yang mengambil mudah dalam menjaga adik kecil mereka.
“Adik tak jatuh pun
lagi,” tukas Aqil dengan rasa serba salahnya.
“Eh! Kalau jatuh macam
mana? Kalau terlambat sikit mesti dah jatuh.”
Ariff menjawabnya tanpa ragu. Nada
suaranya berbaur rasa marah dengan sikap abangnya yang cuai itu.
“Dahlah! Tak payahlah
nak marah abang. Pergilah buat kerja sekolah kau tu. Damia tak apa-apapun tu.”
Jawab Aqil Hariss sambil lewa seolah kejadian yang berlaku sebentar tadi tidak
perlu dikhuatirkan sangat.
“Habis siapa nak jaga
Damia?” Tanya Ariff.
“Abanglah!”
“Boleh percaya ke?
Abang tu asyik main game saja. Kat
tingkat bawah main game komputer. Kat
tingkat atas main hp mama atau papa.” Komen Ariff panjang lebar. Ragu pula dia dengan
kemampuan abangnya.
“Habis nak buat apa
lagi. Kerja sekolah abang dah buat. Nak main kat luar mama tak bagi. Takut
itulah! Takut inilah! ” Aqil Hariss mengatakan kekesalan hatinya.
“Jagalah adik tu
sekejap. Nanti bila petang sikit mama bawalah kita pergi main kat taman. Kan
mama cakap rumah kita ni dalam kawsan bandar banyak orang jahat. Jadi kita
budak kecik ni kenalah hati-hati.”
“Tunggu mama lambatlah.
Asyik terkurung saja dalam rumah. Bosan abang. Abang nak ikut Aman pergi main
bola kat taman, mama tak bagi.”
Ariff meletakan adiknya
dalam ribaan abangnya. Dan dia meneruskan semula kerja sekolah yang perlu
disiapkannya.
“Abang berani ke main
di padang tanpa ada orang tua yang perhati kita? Kan mama cakap kita ni budak
kecik lagi. Budak kecik yang orang jahat suka culik untuk diambil organ dalaman
kita dan dijual. Tak takut ke? Mesti dengar cakap mama tu.” Kata Ariff
mengulangi apa yang diberitahu mamanya kepada mereka selalu.
“Abang tengok Aman tu
selalu ke taman main bola tak ada sapa pun culik dia.” Tegas Aqil Harris. Dia
seakan tidak mempercayai kenyataan mamanya itu.
“Belum kena culik lagi.
Harapnya taklah kena culik.” Jawab mamanya. Mamanya tiba-tiba saja sudah berada
di bilik tempat belajar itu kerana dia baru saja menyelesaikan solatnya.
Sepasang tangan Damia
Maisara sudah mendepa untuk memeluk
mamanya. Mamanya segera memautnya dan mengambilnya daripada ribaan Aqil Hariss.
“Apa yang bising-bising
tadi? Sampai mama solat pun tak kusyuk.” Tanya mamanya. Dia memandang kedua-dua
anak lelakinya bersilih ganti.
“Adik tu ma, melungsur
nak turun tangga. Mujur Ariff cepat sampai.” Jawab Ariff.
“Ha! Kamu berdua ni mama
harap jaga adik sorang pun tak boleh.” Puan Sabariah menempelak sikap kedua-dua
anak lelakinya itu.
“Bukan salah Ariff ma.
Ariff sibuk buat kerja sekolah.”
“Damia tu ma, cepat
sangat dia melungsur sampai Aqil taksedar dah jauh perginya.” Beritahu Aqil
Hariss pula.
“Ada saja alasannya ya.
Mama tu bukan tak tahu kamu tu ralit sangat main game. Kalau sehari tak main game tak senang duduk kamu.” Mamanya
bersuara dengan nada keras.
Aqil Hariss diam saja
kerana dia menyedari kesilapannya. Mamanya yang garang itu pasti akan bertambah
marah sekiranya dia masih mengatakan apa saja alasannya.
“Dah siap semua kerja
sekolahya Ariff?”
“Dah ma.”
“Simpan semua buku
dalam beg. Pilih buku ikut jadual pelajaran sekolah esok. Jangan semua nak
usung bawa, Lepas tu siap. Mama bawa kamu berdua ke taman permainan. Abang kamu
tu dah tak sabar nak bermain bola. Tadi masa kat sekolah tak puas lagi agaknya
bermain di padang sekolah.”
Puan Sabariah amat
memahami kehendak anak-anakya yang masih dalam peringkat hendak membesar itu.
Kegemaran mereka yang utama hanya bermain. Seronok sungguh bermain tanpa
memikirkan yang lain-lain lagi. Dan beliau cuba untuk memenuhinya sedaya
mampunya. Di samping kesibukannya menguruskan keluarganya dan tugasnya sebagai
seorang guru.
“Okey ma.”
Aqil Hariss tersenyum. Amat bersetuju sekali dengan rancangan
mamanya.
“Mama nak tukar baju
sekejap. Ariff pegang adik ni.” Puan Sabariah meletakan anak kecilnya itu ke
dalam pangkuan anak lelaki keduanya itu. Setelah dia bersiap, segera pula
mencapai beg tangan yang sering dibawanya ke mana-mana sahaja.
“Cepat siap Ariff.”Aqil
Hariss berkata kepada adiknya.
“Macamana nak bersiap?
Tak Nampak ke Ariff sedang pegang Damia ni. Abang tu dah siap, tolonglah pegang
adik nI kejap. Ariff nak tukar seluar yang Ariff pakai ni dengan seluar trek.”
“Iyalah! Iyalah! Bak
sini abang dokong Damia.” Sahut abangnya.
“Abang bawalah Damia
turun. Mama dah hidupkan enjin kereta tu.” Ariff memberi saranan.
“Cepatlah siap. Abang
tunggu kat dalam kereta dengan mama.” Aqill Hariss mendokong adiknya menuruni
tangga dari tingkat atas. Dia membuka pintu rumah kemudiannya grill beranda
luar sebelum memasuki kereta yang diparkir mamanya berdekatan situ.
“Ariff cepatlah!” Laung
mamanya.
“Ya Ariff turun ni.”
Ariff segera keluar dari rumahya.
“Jangan lupa kunci
pintu dan semua grill.” Mamanya bersuara mengingatkan.
Setelah Ariff memasuki
kereta kecil Kancil berwara biru itu, Puan Sabariah menekan pedal minyak
perlahan dan menggerakkannya ke jalan utama. Akhirnya sampailah ke destinasi
tujuan mereka. Kereta itu diberhentikan di pinggir jalan berhampiran taman
permainan itu. Taman yang diredupi dengan pohon yang rimbun itu dilengkapi
dengan pelbagai alatan permainan yang bersesesuaian untuk kanak-kanak.
“Tengok tu! Aman bukan
main leka main bola dengan kawan-kawannya. Aqill pergi main dengan Aman ya ma.
Jom Ariff ikut abang sekali.”
“Pergilah. Jangan lama
sangat main tu. Dah petang sangat ni. Nanti ajak Aman balik sekali dengan
kita.” Kata mama mereka. Aqil Hariss dan adiknya berlarian mendapatkan Aman
dan kawan-kawannya yang sedang bermain bola dengan riang gembira itu. Ariff dan
abangnya turut bermain bola bersama mereka.
Puan Sabariah hanya
duduk di bangku batu sambil meriba Damia, memerhati anak-anaknya dan
kawan-kawan mereka mengejar bola dan menyepaknya ke sasaran. iaitu ingin
menjaringkannya ke dalam gol.
“Damia jom kita pergi
main buaian sambil tengok abang-abang Damia main bola.” Puan Sabariiah mengagah
anak kecilnya lalu mencium pipinya yang montel itu kiri dan kanan. Kakinya
sedang melangkah arah buaian yang didirikan berhampiran permainan papan
menggelongsor. Beberapa orang budak-budak kecil sedang leka menggelongsor di
atasnya.
Kelihatan beberapa
orang dewasa lelaki dan perempuan berada di situ. Puan Sabariah beranggapan
mereka adalah ibu bapa kepada budak-budak itu. Dia sebenarnya tidak megenali
siapa mereka. Sebab kawasan perumahan sekeling taman permainan itu amat
luas dan penghuninya ramai.
Suasana semakin petang beransur
senja. Puan Sabariah menggamit
anak-anaknya. Ariff dan abang berhenti bermain setelah menyedari mama mereka
mengajak pulang. Kelihatan Aqill Hariss berkata sesuatu kepada Aman. Setelah
itu kedua-dua beradik itu berlarian mendapatkan mama mereka.
“Kenapa tak ajak Aman balik dengan
kita sekali?”
“Dah ajak ma. Katanya nak main
lagi.”
Mamanya tidak berkata apa-apa lagi.
“Ariff Aqil dokong adik ni. Mama nak memandu.”
Sebentar saja kereta yang dipandu
Puan Sabariah sudah tiba di hadapan rumah mereka. Mama Aman menegur Puan
Sabariah dengan ramah.
“Tak jumpa Aman kat taman permainan
tadi?”
“Jumpa. Dah ajak dia balik sekali.
Tapi dia tak nak. Katanya nak main lagi.” Jawab Aqill Harris.
“HHish! Budak tu dah nak senja pun
tak balik lagi.”
“Sekejap lagi baliklah tu kot.”
Selesai puan Sabariah, suaminya
bersolat Maghrib, mereka dikejutkan dengan ketukan kuat di pintu.
“Jom temankan saya ke balai polis,
buat laporan. Aman hilang. Puas saya cari kat taman tapi tak jumpa. Bila saya
tanya kawan-kawannya kata mereka Aman dah balik menumpang kereta seorang pak
cik dan mak cik, mereka pun tak kenal siapa orang tu. Tapi kata mereka selalu ada
di situ masa petang.” Suami Puan Sabariah tidak bertanya apa-apa danterus mengikuti
papa Aman menaiki kereta.
Puan Sabariah memandang wajah anak-anaknya
seorang demi seorang. Dia mengurut dadanya dan beristighfar ambil mendoakan anak
jirannya itu Berjaya ditemui. Dia terbayangkanwajah seorang lelaki dan perempuan
yang berdiri di tepi permainan papan gelongsor ketika dia berbuai dengan Damia.
TAMAT
Penulis hebat ni kak PI..tahniah ya..
ReplyDeleteSinggah lalu.
ReplyDeleteBelum sempat baca
heheh pokemon plak..
ReplyDeleteMoga menjadi ingatan dan pengajaran kepada Aqill Hariss..suka PC baca kak PI..
ReplyDeleteMenarik Ceritanya....
ReplyDeleteTKSH CIKGU ETTUZA TLS SUKA2 SAJA.
ReplyDeletePerenggan last sekali..
ReplyDeleteBuat jantung saya berdebar kak PI..
Skrg banyak yg kejadian begitu..
Kita sebagai ibubapa kena ambil berat tentang anak2 ni..
Hari ini mungkin tak hilang..
takut esok lusa kan..
Suatu senja yang indah
ReplyDeleteTKSH WP ADA ASA BACALAH
ReplyDeleteTKSH LADY GITULAH KITA HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH WAN SYUHADA INSYAALLAH
ReplyDeleteTKSH YATI SBG IBU BAPA KITA SGT RISAUKAN KESELAMATAN ANAK2 KITA DAN PERLU SENTIASA MENGAWASINYA.
ReplyDeleteibu mn yg x risaukan anak-anaknya....
ReplyDeleteSeronok Mrs. A baca k.PI.
ReplyDeleteNanti sambung lagi ya...