Friday 16 September 2016

POKOK TETULANG..

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...

UBAT PATAH TULANG.


BOMOH PATAH TERJUN.....
Ketika saya masih belajar di Univesiti dulu, saya ada ikut seorang kawan ke pendalaman Rompin Pahang untuk jumpa seorang tok batin. Sahabat saya ni kena masalah patah tulang kat bawah buku lali kaki akibat dilanggar seorang mat rempit.. Masa tu dia dalam perjalanan pulang kuliah malam..
Pendek cerita, saya lihat Tok Batin tu tak baca apa-apa pun. Dia cuma ambil beberapa batang pokok dan tumbuk. Kemudian dia sapu ditempat yang patah dan balut dengan daun pisang. Katanya jangan dibuka selama 3 hari dan tak boleh kena air selama 3 hari tersebut.
Lepas 3 hari, kami pergi semula berjumpa Tok Batin tu.. Saya ni pantang tengok ilmu baru terus je nak menadah..
Saya: Tok tampal apa kat kaki kawan saya tu.. Cepatnya boleh baik?
Tok Batin: Alah, pokok tulang jer...
Saya: Tak payah baca jampi ker Tok..?
Tok Batin: Tak payah.... memang dah itu ubatnya.. Jampi buat apa?
Saya: Saya nak ilmu ni boleh tak Tok..?
Tok Batin: Boleh jer.. Jarang sangat anak muda macam kamu ni minat berubat... Meh ikut aku kita tengok pokok tu.
Saya dan Tok Batin pun berjalan di belakang rumahnya... Ditunjukkan pokok tersebut dan diajar petua nak ambik macam mana.
Katanya, nak buat untuk kes patah, bengkak atau seliuh, pokok ni elok ambil petang sebelum malam.. Nak ambik pulak biar yang bahagian bawah tapi bukan yang jenis sentuh tanah.. Ambil ranting yang lekuknya ke atas.. Yang turun ke bawah tak boleh jadi ubat.
Cara rawatnya pulak mudah jer.. Hanya tumbuk, tampal dan balut dengan daun pisang...semudah A..B...C
"Kalau balut dengan kain jer tak jadi ker Tok?"
Katanya tak berkesan sebab tujuan balut dengan daun pisang tu nak bagi kulit tu sejuk dan tak melepuh. Biasanya lepas 3 hari baru boleh bukak dan Insyaallah sembuh..
Bila dah dapat ilmu tu, saya pun try la test kat seorang kawan yang patah tulang lutut.. Alhamdulillah, menjadi tapi bukan 3 hari la.. 6 hari (dua kali balutan).. So, dibulan yang mulia ni, saya izinkan sapa2 nak guna ilmu ni.. Insyaallah, sembuh... Amin..
*Pokok ni dikenali sebagai pokok TETULANG...
Pokok hiasan dan boleh dicari di Nursery..
Selamat Beramal... :D
Via-Darul Manzil
KHASIAT PERUBATAN TAMBAHAN
1) Merawat bisul, kesan bengkak dan patah.
– untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting
dahannya yang segar atas api yang sederhana besar. “Layurkannya atas api dalam beberapa
minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada
tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah. Balutlah dengan kain bersih. Amalkan
sehingga kesan kesakitannya hilang.
2) Pokok ini juga digunakan untuk menghilangkan ketuat
– ambil cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang
sudah matang, selawat dan sapu pada kawasan yang terkena ketuat setiap hari sehingga
hilang.
3) Digunakan untuk sakit sendi tulang
– patahkan beberapa ranting pokok tulang bersama getahnya…rebuskan pokok tersebut..dan
air rebusan tersebut dijadikan air mandian.
 SUMBER FACEBOOK


22 comments:

  1. tak pernah jumpa pokok ni..mujarab hasilnya..

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam.
    Biasa tengok pokok ni tapi tak pernah lagi memanfaatkan khasiatnya.
    Tk info.

    ReplyDelete
  3. nice share.. boleh dibuat kajian ni..

    ReplyDelete
  4. rileksnya pakai herba nak ubat sakit camtu..
    tok batin memang pro..

    ReplyDelete
  5. ha..aa... memang org buat ubat patah pokok ni... nak tanam pun mudah... dan bestnya tak semakkan rumah sbb takde daun kan...

    ReplyDelete
  6. pokok ni ada kat kampung selalunya nohas...di kampung kak jadi hiasan taman dkt bus stop...tq

    ReplyDelete
  7. ada di persikataran kita tu WP...kalau terdesak carilah...tq

    ReplyDelete
  8. cuba buat kajian phais...sakit patah tulang ni sakit sgt n lambat pula nak baik tu...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan dalam bidang saya dah.. tapi sebuah penemuan yg baik.. bagi sesiapa yg boleh buat kajian lanjut...

      Delete
  9. yela gee perubatan secara ubat herba semulajadi mmg kepakaran mrk yg sentiasa dekat dgnnya...tq

    ReplyDelete
  10. hmm betul tu mar pokok ni tak berdaun tapi tumbuh segar menghijau dgn bentuknya yg unik...tq

    ReplyDelete
  11. Baru tahu ttg pokok ni kak PI... thanks sharing ye :)

    ReplyDelete
  12. Pokok ni dh jarang kita jumpa org tanam la ni dik KK...tq

    ReplyDelete
  13. tak pernah tengok pokok ni kak,tak sangka ya banyak juga manfaatnya,sesungguhnya alam ciptaan Tuhan ni banyak manfaatnya pada manusia,hanya kita yang rajin mencari dan brilmu dengan orang dulu-dulu

    ReplyDelete
  14. YEKE IRDA...UNIK POKOKNI TAK BERDAUN TAPI BATANGNYA SEAKAN TULANG YG BERSAMBUNG...ILMU ORG DULU XWAJAR DIREMEHKAN...TKSH IRDA

    ReplyDelete
  15. YE MAS RAMAI YG XTAU KHASIAT POKOK TULANG NI...TKSH

    ReplyDelete
  16. PHA IS BERILMU DLM BIDANG FARMASI WALAU TLH MENINGGALKANNYA TAPI ILMU YG DIPELAJARI TETAP JUGA KEKAL DI MINDA N DPT MEMBERI SUMBANGAN KPD YG MEMERLUKAN...TQ

    ReplyDelete
  17. insyaAllah.. harapnya begitulah.. dapat kembali berkhidmat menabur bakti kepada masyarakat dgn apa yg telah saya pelajari.. heheheh

    ReplyDelete
  18. Kena cari ni sebab ada ketuat kat jari kaki

    ReplyDelete
  19. pokok ni senang hidup PI . rupanya byk khasiatnya ...

    ReplyDelete
  20. Perkongsian yang bermanfaat..
    Alhamdulillah.. Semoga diberkati atas perkongsian ini..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist