Friday 22 July 2016

ISTIGHFAR DAN SOLAT TAUBAT...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA...

MUHASABAH DIRI...

Kita menginginkan Allah sayang kepada kita. Kita mendambakan Allah sentiasa mencintai kita. Mana mungkin Allah akan menyayangi dan mencintai kita kalau kita sendiri tidak menunjukkan sifat sayang dan cinta kepada Allah itu sendiri. Kita sering lalai dan alpa dalam tanggung jawab kita terhadap Allah. Kita langgar akan perintah larangan-Nya. Kita tidak patuhi akan setiap suruhan-Nya.
Sebagai insan kita tidak terlepas dari berbuat dosa. Setiap hari kita melakukan dosa. Kalau tidak dosa yang besar kita akan melakukan dosa yang kecil. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu untuk lari dari berbuat dosa. Maka yang demikian Allah berikan kita jalan yang mudah untuk kita menebus dosa-dosa tersebut. Allah hanya mahukan kita mengakui bahawa kita telah berbuat salah dan dosa. Mengakulah akan kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan itu. Kesalahan dan dosa yang sehabis-habis kecil hinggalah kesalahan dan dosa yang sehabis-habis besar. Kesalahan dan dosa yang kita lakukan dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Kesalahan dan dosa yang kita lakukan di dalam sedar mahu pun di luar sedar. Termasuk juga kesalahan dan dosa yang kita lakukan kerana terpaksa. Kesalahan dan dosa yang terdahulu, terkini dan yang akan datang. Mohonlah keampunan dari-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Caranya adalah dengan bersolat taubat dan beristiqfar. Jikalah sekali-kali kita berhenti melakukannya kerana setiap hari kita pasti akan melakukan kesalahan dan dosa.
Kesimpulannya, jika kita menginginkan Allah sayang dan cinta kepada diri kita, maka sayangi dan cintailah akan diri kita dahulu. Kemudian buatlah sesuatu yang melambang kita sayang dan cinta kepada-Nya.
Sekian buat renungan kita bersama. Fikir-fikirkanlah.

13 comments:

  1. Moga menjadi peringatan pada diri untuk sentiasa muhasabah diri serta mengakui kesalahan lalu

    ReplyDelete
  2. Kakak teringat pesan Prof. Dr. Muhaya, katanya kalau kita tidak sayang diri kita bermakna kita tak sayang Allah. Sebab itu katanya menjaga kesihatan menjadi kewajipan diri kita sebenarnya, kena sayang diri kita. Bila sihat mahu beribadat pun senang..

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaah kak PI.. t kasih atas peringatan dan perkongsian ini.

    ReplyDelete
  4. Betul kak...sayangi diri dulu...baru Allah sayangkn kita..lebih dekat kita padaNya

    ReplyDelete
  5. salam jumaat. :) tq atas peringatan..

    salam singgah dan follow. awk dijemput join GA sy! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat PI....semoga Allah sentiasa menyayangi kita.Takut sebenar nya bila terkenang kan dosa2 silam ...

    ReplyDelete
  7. Salam Jumaat, kak...syukran di atas peringatan...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas peringatannya kak.

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar. semoga Allah ampunkan dosa2 kita sepanjang masa

    ReplyDelete
  10. Astagfirullah.
    Semoga Allah mengampunkan dosa2 kita.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah perkongsian yg baik kak PI. :) terima kasih share :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist