Wednesday 27 April 2016

ROTI CANAI LEMBUT...

ASSALAMUALAIKUM....

KALAU RAJIN MENGULI TEPONG UNTUK MEMBUAT ROTI CANAI MALAM INI BAGUS JUGA....YAKIN DENGAN HASILNYA TANPA RAGU....ROTI CANAI SEGERA YANG DIBELI KITA TIDAK TAHU BAGAIMANA CARA PEMBUATANNYA DAN SIAPA YANG MEMBUATNYA...DAN ADA YANG BERLINDUNG DISEBALIK NAMA YANG DIPERCAYAI PENGGUNA YANG PENTINGKAN HALALAN TOYIBAN LUNAS ISLAM....TAPI SEBALIKNYA PULA.

PERLU SANGAT BERHATI-HATI KINI DENGAN APA YANG NAK DISIAPKAN KE MULUT MENJADI REZEKI YANG MENGALIRKAN DARAH MEMBINA TUBUH.

JOM MENGULI ROTI CANAI.

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT



Bahan

*1 kg Tepung gandum 
750ml Air
*1biji Telur
*1sudu Garam
*1suduBesar Mentega / marjerin ( suka guna marjerin seri pelangi -felda )

5suduBesar Tepung gandum( jika doh roti canai anda terlalu lembik-tambahkan sedikit tepung gandum ni )

Cara Membuat

1.Masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati

2.Masukkan air tadi kedalam tepung.

3.Menguli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min

4.Uli lagi selama 6min- 8 minit ( ulangi langkah ini sebanyak 3 kali - uli dan rehatkan doh )

5.Sehingga doh menjadi kenyal dann tak melekat.( jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan.
kalau ianya masih lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 suduBesar @ 2)

6.Bentukkam menjadi bebola. kepada 20 biji. salut dgn margerin. perap selama 3 jam atau lebih.

7.Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min utk mengelakkan mengecut bila di tebar.

8.ambil satu keping yg telah di nipiskan & diperap, bolehlah di tibar atau di tarik, utk mengelakkan koyak,
tangan mesti sentiasa berminyak. bila dah cukup nipis, renjiskan byk skit minyak, dah lipat. kalau kurang minyak ,
boleh kering dan mudah terkoyak ditengah.

9.Panaskan pan dgn api sederhana.. letaklah sedikit minyak. masak hingga perang. sambil terbalikkan roti,
hendaklah sentiasa merenjis minyak diatas roti.

10.Doh Roti canai ni boleh disimpan dlm fridge atau peti ais sehingga 2 hari
(Perlu diingat: jangan uli terlalu kenyal doh nya, akan menyebabkan roti susah nak ditibar dan keras )

9 comments:

  1. sedapnya roti canai yg lembut dicicah dgn kari...makan dgn gula pun sedap..

    ReplyDelete
  2. Kebetulan masak kari ayam hari ni. Petang tadi sempat makan dgn roti canai (tapi yang segera)..
    Kalau buat sendiri lagi best ni.

    ReplyDelete
  3. Saya dh ada bread maker, tingin gak nk mencanai sendiri, tapi entah bila jadi rajinnya, he he..

    ReplyDelete
  4. Saya dh ada bread maker, tingin gak nk mencanai sendiri, tapi entah bila jadi rajinnya, he he..

    ReplyDelete
  5. Roti canai mmg tk pernah tolak kalau kt rumah ni kalau ada lebihan kari mesti nk cari roti canai

    ReplyDelete
  6. oo minyaklah rahsianya untuk elakkan terkoyak semasa menebar ya.

    ReplyDelete
  7. Wahh best... kebetulan baru je makan roti caai ni tadi sblum santai2 blogwalking hehee

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok roti canai kak PI tu..
    Rajin lah akak ni..
    Saya tak pernah buat sendiri..
    Selalu mkn kat kedai ajer..
    Nanti nak cubalah :)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist