MANDAI NANGKA
Bagi masyarakat Banjar,
Mandai terdengar tidak asing dan bahkan sangat terkenal.
Mandai
adalah sebutan untuk kulit cempedak @ nangka yang sudah di buat jeruk @perapan. Untuk masakan bahan utamanya adalah kulit
cempedak@nangka di mana boleh dijadikan lauk menemani makanan utama seperti
nasi, rasanya sangat nikmat dengan tekstur berserat serta lembut, kelembutannya
tergantung seberapa lama kulit cempedak @ nangka di rendam.
Pembuatan Mandai adalah
mudah. Kebiasaannya masyarakat banjar, akan membuat mandai melalui proses
rendaman bersama dengan sedikit garam selama beberapa hari tetapi cara yang
saya nk share ni special sikit cara pembuatannya.
Cara ni mak saya yg ajar.
Lebih cepat, lebih mudah dan sedia di masak dan dihidang hanya dalam masa
beberapa jam sahaja berbanding proses rendaman mengambil masa bebrapa hari.
Jom try cara mak saya buat
mandai. Kali ni saya buat guna kulit nangka madu:
1) Buah nangka@cempedak haruslah
dalam keadaan matang, setelah itu isi buahnya di ambil dan dimakan atau
diasingkan.
2) Kulit nangka@cempedak
kemudian dikupas hingga kulit bagian yang paling luar tidak ada lagi, dan kulit
bahagian dalamnya yang putih gebu inilah yang akan di digunakan dan diolah
menjadi Mandai.
3) Setelah itu kulit dalam
ini di potong-potong menjadi beberapa bahagian ikut pada kesukaan masing2.
.
4) Kulit yang sudah dikupas tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bersih dan ditoskan.
.
4) Kulit yang sudah dikupas tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bersih dan ditoskan.
5) BAHAGIAN INI PALING
PENTING:
Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan kulit nangka ke dalam periuk sekejap @ dicelur seketika. Jangan terlalu lama kerana kulit nangka @cempedak ini akan jadi lembik (Anggaran 1 min - 3 minit @ hingga isinya agak lembut).
Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan kulit nangka ke dalam periuk sekejap @ dicelur seketika. Jangan terlalu lama kerana kulit nangka @cempedak ini akan jadi lembik (Anggaran 1 min - 3 minit @ hingga isinya agak lembut).
6) Tos kan kulit yang sudah
direbus tadi hingga betul-betul sejuk.
7) Kemudian boleh la
ditabur dengan sedikit garam mengikut kesesuaian dan diratakan keseluruh
bahagian.
8) Kulit nangka @ cempedak
yang sudah digaram tadi disimpan dalam bekas atau boleh disimpan dalam peti
sejuk.
9) Proses perapan tidak
lama. Hanya mengambil masa 1 @ 2 jam sahaja. Kemudian mandai sedia di masak dan
dihidang mengikut selera masing-masing.
Siap! Ringkas, Cepat dan
mudah...
Berikut adalah salah satu
cara memasak dan menghidangkan Mandai.
Bahan-bahan:
Mandai
Minyak goreng
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah atau hijau
Sedikit Garam
Mandai
Minyak goreng
Bawang besar
Bawang putih
Cili merah atau hijau
Sedikit Garam
Cara Pembuatan:
Bawang besar, bawang putih di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili.
Bila bahan-bahan tumis tadi sudah agak layu barulah dimasukkan mandai. Letak sedikit garam jika perlu.
Digaulkan sebati dan digoreng hingga masak atau sedikit garing.
Bawang besar, bawang putih di tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan cili.
Bila bahan-bahan tumis tadi sudah agak layu barulah dimasukkan mandai. Letak sedikit garam jika perlu.
Digaulkan sebati dan digoreng hingga masak atau sedikit garing.
Sedia dihidang bersama nasi
nasi panas2. Siap!
CARA MEMBUAT MANDAI..
Kulit yang sudah dibuang kulit kerasnya dimasukkan dalam bekas
Kulit tadi kemudian dibasuh sekejap @ dibilas dengan air bagi menghilangkan habuk2 sekiranya ada
Kulit yang sudah ditabur garam diperam dalam peti sejuk selama 1 @ 2 jam sebelum boleh dimasak. Selebihnya biar sahaja disimpan dalam peti sejuk.
Ni cara paling simple... Goreng mandai kemudian taburkan bawang dan cili. Goreng hingga garing
first time tengok sayur mandai nangka ni..mcm kerabu jg kan..sedap nmpaknya..
ReplyDeletesedap ni mandai yg direndam dgn air garam dulu sebelum di masak nohas...tq
DeleteKak PI sedapnya...saya dah lama tak buat dan dah tentu dah lama tak makan .Saya juga keturunan banjar PI,mandai ni arwah pak saya yang mahir buat.
ReplyDeleteyeke...sedap mandai ni kan saniah nk buatpun mudah...tq
DeleteBaru tahu kak PI..
ReplyDeleteTak pernah buat pun..
Selalu masak nangka muda jer kak PI..
Nanti kalau ada kulit nangka masak nak cuba buat lah Mandai ni :)
cuba buat mandai pula yati mkanan tradisi yg ramai xtau ni...tq
DeleteBaru first time dengar ni, yg saya pernah dgr kulit tembikai tu, buang kulit kerasnya kemudian bolelsh buat masak lemak putih kr..
ReplyDeleteMak mentua saya org nogori, bunga durian pun boleh digoreng buat lauk
tq
DeleteBaru first time dengar ni, yg saya pernah dgr kulit tembikai tu, buang kulit kerasnya kemudian bolelsh buat masak lemak putih kr..
ReplyDeleteMak mentua saya org nogori, bunga durian pun boleh digoreng buat lauk
makanan tradisi banjar ni nor...sedap dimakan dgn nasi panas...tq
ReplyDeleteHadeuh salah baca tak kirain Mandi...masa ada mandi Nangka, ternyata bukan mandi tapi MANDAI NANGKA....mesti lezat dan nikmat
ReplyDeleteheh..heh..silap baca ya CT makanan tradisi org banjar ni..tq
DeletePertama kali tengok dan tahu pasal ni PI
ReplyDeletekak pun baru tahu yan nampaknya kulit nangka msk pun boleh dijadikan sayur yg sedap...tq
ReplyDelete1st time tengok ni Kak...hihi
ReplyDeletemakanan rare kan fidah heh..heh..tq
DeleteSelalu nampak orang masak mandai nangka ni. :) Macam saya, masih berpantang nangka, orang tua-tua kata sejuk sangat kan nangka ni. Walaupun anak da setahun lebih, takut nak makan. Selera nampak masakan tu. :)
ReplyDeleteyeke tahu tntg mandai ni ya...eloklah berpantang dulu hingga rasa diri dh sht sbb mandai nangka ni berangin ain chuin.
ReplyDeleteWahh bestnya... tengok pun dah selera ni... marveles!!
ReplyDelete