Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.
What to do?
Create a new post + Insert picture above
List 25 things that make you happy
Mention the blog that have tagged you
Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged!
Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)
PI DITAG BLOGGER KAKZAKIE DALAM SEGMEN NI..TERIMA KASIH BANYAK KAKZAKIE...INSYA ALLAH DAPAT JUGA MENULIS SEADANYA WALAU TAK SESEMPURNA MANA...
1. 1. Zaman awal persekolahan rendah amatlah
menggembirakan sebab selalu dapat tempat pertama atau kedua setiap kali ujian. Bukan
sebab pandai sangatpun cuma markah lebih sedikit daripada yang lain jer.
2. 2. Masuk
sekolah menengah pun sama juga.
3. 3. PI
sejak sekolah rendah hingga menengah asyik bertukar sekolah saja tapi yang
sangat menggembirakan kesemua cikgu yang mengajar PI mengatakan PI sukakan
sastera.
4. 4. Dapat
jadi redaksi majalah sekolah di SMKM bukan main suka lagi.
5. 5. Pertama
kali menangi peraduan menulis sajak di SMKM
6. 6. Semasa
di SMART Kuantan dapat hadiah subjek sastera yang disampaikan Menteri Pelajaran
ketika itu Tun Dr.Mahathir Mohamad
7. 7. Tamat
sekolah aktif menulis dan karya pertama berupa cerpen disiarkan akhbar Utusan
Malaysia.
8. 8. Femes
sekampung pabila beberapa tulisan berita tempatan disiar Utusan Malaysia.
9. 9. Mendapat
honorarium kerana tulisan yang disiarkan membuatkan tersenyum sentiasa.
1 10.. Berpeluang bertemu Sasterawan Negara
yang pertama Usman Awang sewaktu hadiri kursus penulisan DPMP di Temerloh. Sebenarnya
PI mengenali SN itu lewat surat-surat yang dikirim kepada beliau dan SN Usman Awang
pernah kirimkan buku-buku sastera tulisan beliau kepada PI.
111. Mendapat perkerjaan yang bersesuaian
tapi tak lama menjawatnya.
112. Bertemu, bertunang dan berkahwin
dengan pilihan hati.
113. Melahirkan lima orang anak yang
comel. Yang sulungnya perempuan. Anak ketiga meninggal dunia tika dilahirkan.
114. Anak-anak berjaya dalam peperiksaan
walau tidak terlalu cemerlang tapi mampu ke peringkat tinggi.
115. Anak-anak memperoleh pekerjaan yang
mereka inginkan.
116. Dapat berkongsi kegembiraan anak-anak
dengan mengadakan kenduri majlis perkahwinan mereka seadanya.
117. Syukur Alhamdulillah dikurniai Allah
anak menantu yang sangat baik.
118. Dapat memesrai cucu-cucu yang keletah
dan comel kesemuanya.
119. Sering bersama anakcucu bercuti ke mana saja
jikalau ada masa dan kesempatan.
220. Pabila anak-anak dah dewasa minat menulispun
tumbuh semula.
221. Sajak SELAMAT KEMBALI dipilih DBP
untuk antologi MH17
222. Dua buah cerpen dipilih penulis
TATISITAIM untuk antologi cerpen wanita.
223. Lima buah sajak dipilih untuk
antologi penyair nusantara.
224. Beberapa antologi sajak bersama
beberapa penulis sedang dalam proses penerbitan.
PI TAG SEMUA KAWAN-KAWAN BLOGGER YA...
1. IRFA
2. NORHAYATI
3. SANIAH
4. ARYAN AZRA
5. FIDAH
Assalamualaikum Puan..
ReplyDeleteWah...tahniah artikel tersiar...suka juga dengar Adila Dia Dan Lagu....masa bawa kereta balik kerja...
wsallam fida..tksh.syukur alhamdulillah suka2 jer fida. disiarkan pula.
DeleteAlhamdulillah kehidupan penuh cemerlang, berjaya keudara memang kagum dengan sis Pi, berjaya mendidik anak menjadi PI keutamaan, dibawa diteman. Syukur.
ReplyDeletetksh BP...syukur alhamdulillah suka n tangis bersilih ganti.
DeleteWow wow wow... tahniah, nak cuba arr dengar slot adila tu, tp kat rumah x de radio, dapat dgar dlm keta je...oppss, tuan blog mmg hebat berkarya, tahniah... cemburu kehebatan rakan2 krn x mampu utk menulis walaupun hari2 'memaksa' anak didik agar menulis!
ReplyDeletetksh ezaiza wah kagum sgt tu heh..heh..kak ni penulis picisan di pinggiran je pun,,,suka juga dgr slot adila ya mungkin sesekali timbul karya kak di situ insyaAllah...menulis perlu minat n masa senggang
DeletePI saya kena tag juga ke...Insyaallah akan saya cuba buat.
ReplyDeleteBegitu berminat PI dgn sastera sejak sekolah rupanya....kagum sungguh dgn PI
heh..heh..jgn marah ya saniah tulis ya, kak ni bergembira dlm dunia sastera je mutakhir ni.
DeleteTerima kasih sudi memenuhi tag kakak:)
ReplyDeleteDari kecik lagi kepakaran bersastera sudah terserlah pada diri PI sebenarnya
Sebab itu tak mustahil hingga kini masih terserlah bila berblog. Syabas PI!
tksh kakzakie tag kak. kalau tak kak simpan je rasa gembira kak dlm hati heh..heh.. nak menulis pun bukan rajin sgt walau hdp dlm dunia sastera n penulisan.
DeleteAssalamualaikum kak,
ReplyDeleteGembira dengan kegembiraan akak. Kagum melihat pencapaian akak dalam penulisan, tiba-tiba membuatkan saya merasa sangat 'rendah', tetapi dalam masa yang sama bertuah kerana banyak yang boleh saya belajar daripada akak untuk menulis.
#Semoga akak sentiasa diberikan kegembiraan dalam kehidupan..aminn
tksh Maria.
ReplyDeletewsalam dik ustaz...berbanding kak dgn ustaz mestilah yg sgt rendah heh..heh..kak menulis kerana kak gembira melakukannya ...insyaAllah usaha yg sedikit itu ada juga hasilnya...syukur kepada-Nya. dalam kegetiran n kepahitan hidup yg dilalui msh ada rasa sukacita gembira membuat kak tersenyum bhgia...amiin doa tulusnya.
ReplyDeleteHihihi..
ReplyDeleteKak PI tag saya ke...
InshaAllah saya cuba ye...
Nampak sangat kegembiraan akak pada sastera ye..
Mcm kwn saya seorg guru tu..
Bila sajaknya diterbitkan dimajalah..
Suka bukan main dia..
HEH..HEH..TLS YA YATI TKSH.
ReplyDeleteKEGEMBIRAAN KAK N MRK YG MINAT SASTERA MCM KAK DLM DUNIA NI JA..
alhamdulillah , banyak kejayaan yg PI capai dalam hidup . itu yg jadi lbh bermakna ...
ReplyDeleteheh..heh..sedikit saja tu qv tapi syukur alhamdulillah...tq
ReplyDeleteTahniah PI atas kejayaan dlm bidang yg disukai.
ReplyDeleteTerima kasih tag saya, inshaAllah saya akan buat ya
TKSH YAN..INSYA ALLAH...TKSH JUGA SUDI TLS TAG KAK...
Deletetahniah P kerana sajak2 yang berkualiti tu.
ReplyDeletewah kita sama lah kita kena tag dan mengetag balik
TKSH NOOR INSYA ALLAH...SAJAK BIASA2 SAJA XSEKUALITI MANA PUN HEH..HEH..
DeleteYELA NOOR KALAU KENA TAG KENA HARGAI N BARU ADA SEMANGAT NK MENULIS KAN..
Tumpang kagum have ga, tahniah kak PI;)
ReplyDeleteTKSH NOR..HEH..HEH..XYAHLH KAGUM SGT KAK NI PENULIS PICISAN JE PUN.
ReplyDeletePencapaian yang sangat cemerlang. Tahniah Kak
ReplyDeleteThanks tag saya...
Xderlah cemerlang manapun fidah biasa2 saja..tksh.
DeleteAssalam. Seronok membaca pencapaian Kak PI. Salute.
ReplyDeletewsalam OZ tksh..pencapaiian walau kecil sdh sgt menggembirakan kak heh..heh..
ReplyDeleteAlhamdulillah.... bnyk kenangan manis... slmt bersegmen kak PI... :)
ReplyDeleteInsyaAllah dik KK...saja2 bersegmen suka2 heh..heh..
ReplyDelete