Tuesday 18 February 2014

ULAR SAWA DAN MELOR....

ASSALAMUALAIKUM...

MESTILAH KENAL DENGAN ULAR SAWA YANG PANJANG DAN BERLENGKAR KADANG-KADANG TU KAN...ADA YANG SERAM UNTUK MELIHAT ATAU MENDEKATI MAKHLUK INI...TERMASUKLAH PI JUGA NGERI SESUNGGUH HATI.

MELOR PULA TENTULAH BUNGA PUTIH YANG CANTIK BERKELOPAK TERSUSUN LAGI HARUM DAN BANYAK TUMBUH DI DESA-DESA.

APA KAITANNYA MELOR DAN ULAR SAWA NI?

BEGINI KISAHNYA...

MELOR SI GADIS DESA YANG SUKA MENYUNTING BUNGA MELOR DI RAMBUTNYA TINGGAL BERSAMA IBU DAN ADIK TIRINYA YANG SANGAT MEMBENCINYA. KEDUA-DUA IBU DAN ANAK ITU BERUSAHA UNTUK MENGHAPUSKAN MELOR YANG BAIK, CANTIK LAGI RAJIN MENGERJAKAN SETIAP YANG DIPERINTAHKAN KEPADANYA OLEH IBU DAN ADIK TIRINYA. NAMUN TETAP TIDAK BERPUAS HATI DAN KEKAL MEMBENCI MELOR.

MEREKA TERJUMPA SEEKOR ULAR SAWA YANG SEDANG TIDUR TIKA BERJALAN DI TEPI HUTAN LALU MEREKA BERUSAHA MENANGKAPNYA DAN MEMASUKKANNYA KE DALAM GUNI. GUNI BERISI ULAR SAWA ITU DIBAWA PULANG DAN DILETAKAN DI BILIK MELOR.

"INI ADALAH SUAMI KAMU...MALAM INI DIA AKAN TIDUR BERSAMA KAMU..." KATA IBU TIRI KEPADA MELOR. ADIK TIRINYA TERSENYUM SAJA. SEDANG MELOR KEHAIRANAN.

"NANTI KAMU KELUARKAN SUAMI KAMU DARI DALAM GUNI NI...SEKARANG NI DIA SEDANG TIDUR.."

'BAGAIMANA SUAMIKU BOLEH TIDUR DI DALAM GUNI PULA..' MELOR BERTANYA HATINYA.

NIAT KEDUA BERANAK ITU TENTULAH HENDAK MENGANIAYA MELOR. MEREKA BERHARAP SETELAH MELOR MEMBUKA GUNI ITU ULAR SAWA DI DALAMNYA AKAN MENJULUR KELUAR DAN MENELAN MELOR.

KALA MALAM TIBA MELOR MEMBERANIKAN DIRI MENDEKATI GUNI DAN MEMBUKA PENGIKATNYA. TERKEJUT SUNGGUH MELIHAT SESUATU MUNCUL DARI DALAM GUNI ITU. SEORANG PEMUDA YANG KACAK SIAP BERSAMPIN BERTANJAK BERDIRI DI HADAPANNYA LAKSANA SEORANG PUTERA RAJA.

IBU TIRI DAN ADIK TIRI MELOR TIDAK SABAR HENDAK MELIHAT MELOR BERADA DALAM PERUT ULAR SAWA SAMBIL MENGINTAI APA YANG BERLAKU TAPI TIDAK MELIHAT APA-APA.

SETELAH PAGI MELOR DAN ANAK RAJA ULAR NEGERI ENTAH BERENTAH ITU KELUAR DARI BILIK. KEDUA BERANAK YANG SUDAH BERSEDIA HENDAK MENOLAK PINTU ITU PULA YANG TERKEJUT MELIHAT MELOR TIDAK MATI DITELAN ULAR SAWA TAPI KINI BERSAMA SEORANG PEMUDA KACAK.

"SEKARANG BETA HENDAK PULANG KE NEGARA BETA KERANA SUMPAHAN KE ATAS BETA TELAH BERAKHIR KERANA BERTEMU DENGAN GADIS CANTIK YANG HARUM SEPERTI BUNGA MELOR...GADIS CANTIK INI AKAN JADI PERMAISURI BETA..."

"MAK SAYA PUN NAK KAHWIN JUGA DENGAN ANAK RAJA..." RENGEK ANAKNYA MENARIK-NARIK TANGAN IBUNYA...

"NANTI MAK CARIKAN LAGI ULAR SAWA YANG LEBIH BESAR DARIPADA SEMALAM...KALAU ULARNYA BESAR TENTU RAJA YANG AKAN MENJELMA LEBIH KAYA DAN HEBAT."

IBU TIRI MELOR PUN BERUSAHA MEREDAH HUTAN DAN PAYA MENCARI BAKAL SUAMI ANAKNYA SEEKOR ULAR SAWA BESAR. ADA REZEKINYA DAPATLAH SEEKOR.

"NAH SUAMI KAMU.." IBU ITU MENGUNCI PINTU BILIK ANAKNYA BERSAMA ULAR SAWA ITU.

"MAK SUAMI SAYA TELAN KAKI SAYA.." JERIT ANAKNYA.

"TAK MENGAPA ITU TANDANYA DIA SAYANG.." SAHUT IBUNYA.

"MAK SUAMI SAYA TELAN SAMPAI BADAN..." ADU SI ANAK.

SETIAP KALI ANAKNYA MENGADU, IBUNYA HANYA MENJAWABNYA DENGAN TAK MENGAPA. SUDAHNYA SELURUH TUBUH ANAKNYA BERADA DALAM PERUT ULAR SAWA YANG KEKENYANGAN MENELAN MANGSA YANG DISUAKAN KE MULUTNYA.


PIC GOOGLE HIASAN JER
...PS..
BAGAIMANA DENGAN CERITA RAKYAT YANG PI TULIS NI...CERITA NI SEBENARNYA DICERITAKAN MAK PI PADA ZAMAN KEGELAPAN DI DALAM KELAMBU MENIDURKAN KAMI ANAK-ANAKNYA.

20 comments:

  1. Assalamualaikum, cerita waktu tidur, menarik ceritanya, balasan berdasar niat dan perbuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..masa kecik2 dulu tiada tv tiada radio.mak pun jadi penglipurlara...moral ceritanya..buat baik dibalas baik n bgtu jg sebaliknya...tq babYpose.

      Delete
  2. sedikit merinding juga membayangkan ceritanya...tapi ending nya seru mbak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...sesekali berdongengdongengan seronok juga....tq Purnomo Jr.

      Delete
  3. ni cerita versi orang Melayu, kalau versi orang putih, katak..kiss the frog...kalau jumpa ular sawa, tak cukup tanah nak lari..geli nya tengok gambar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya cerita rakyat versi kita xde bab kissing2...samalah dgn kak takut sangat dgn benda alah ni...tq nohas

      Delete
  4. ada pengajaran yang hendak disampaikan melalui cerita ini kak.. jangan pernah ada perasaan hasad dengki terhadap orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu aiza...orang dulu2 membayangkan sesuatu yg indah hasil drpd berbuat kebaikan...tq Mizz Aiza.

      Delete
  5. Banyak versi cerita begini. Tapi yg pasti ada pengajaran buat kita.
    Padan muka nak sangat raja lebih kaya itu dia raja ular heeee.....

    ReplyDelete
  6. mendalam maksud cerita ni sis
    ptama org tamak selalu rugi..org baik dibalas baik..
    jagan ada perasaan iri hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam sobri llama xjmpa...betul tu cerita orang dulu sarat dgn maksud tersiratnya...kebaikan senang dilakukan bagi sesetengah org tp bagi yg lain ianya sukar dilakukan kecuali dgn niat terselindung....tq Sobri Yaakob.

      Delete
  7. ya pelbagai versinya cerita rakyat beggini...tergelak dgn komen kakzakie...nak sangat berkahwin dgn anak raja ular kan dh ditelan raja ular sawa..hahaha...tq Kakzakie.

    ReplyDelete
  8. Ceritanya sangat enak di baca :)
    maap baru mampir ke blog ini ya

    ReplyDelete
  9. yeke...terima kasih xmengapa sesekali datanglah berkunjung ke blog karyaku ini...tq game begog.

    ReplyDelete
  10. KA mmg takut ular tp cerita ini bagi satu teladan yg baik kan kak

    ReplyDelete
  11. kisah dongeng dulu2 penuh dgn thamsilan n ibaratnya...samalah kita takut sgt dgn ular.

    ReplyDelete
  12. eh eh saya pernah baca cerita ni !

    ReplyDelete
  13. pernah baca ya...bagus ceritanya utk teladan kan...tq PearlVelvet SueQys.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist