Wednesday 26 February 2014

RUMAH IDAMAN...

ASSALAMUALAIKUM...

REPUBLISH..

Rumah adalah keperluan yang sangat utama dalam kehidupan kita.Tidak ada sesiapa yang mampu menafikannya.

Agaknya apakah bentuk rumah/kediaman idaman anda? Mungkin ramai yang berangan-angan hendak miliki rumah besar yang indah lengkap semua isi yang diingini. Apalagi pabila menjelang hariraya tatkala semua ahlinya yang merantau jauh untuk memenuhi tuntutan hidup kembali mengisinya.

Cita-citaku dulu pun begitu juga. Dan mata pun mulai meninjau-ninjau bentuk rumah yang mungkin dibina. Bersama teman hidup; melawat sebuah rumah cantik bertingkat dua milik saudaranya. Selesai melawat ruang di bawah yang menempatkan dapur dan beberapa buah bilik kaki pun melangkah ke tingkat atas pula.

Rupanya ruang atas tidak lagi diguna. Hanya dipenuhi sawang sarang labah-labah. Mungkin suatu ketika dulu digunakan anak-anak kepada pasangan pemilik rumah ini. Setelah anak-anak dewasa dan punyai kehidupan sendiri, mereka pun meninggalkan sarang mereka.

Tinggallah pasangan ibubapa ini yang tidak terdaya menguruskan rumah yang terlalu besar tanpa bantuan anak-anak dengan mengambil jalan mudah menggunakan saja ruang bawah.

Aku rasa aku tidak mahu rumah bentuk begini. Manatahu kut-kut umur panjang menyusahkan aku kelak untuk mengemasnya. Maklum kala tua tenaga sedikit saja sisanya.

Seorang ustaz pernah bercerita dalam ceramah agama yang diberikannya bagaimana sepasang suami isteri saudaranya kini tinggal di pondok dalam kebun getah meninggalkan rumah agam mereka. Apa yang ada di dalam minda dan hati mereka tidak siapa boleh membacanya kenapa keputusan mereka begitu.

Mungkin mereka lebih selesa dengan kehidupan yang seadanya sambil mengenang kembali nostalgia kesusahan kehidupan lalu dan mencari ketenangan jiwa.

Kini aku juga sedang berfikir untuk membina rumah chalet yang kecil untuk diri sendiri justeru penat sangat mengemas rumah idamanku semasa muda sebelum.berpindah ke bilik 3 X 6 kaki seperti dialog Aziz Satar dalam filem SENIMAN BUJANG LAPUK...




16 comments:

  1. for KA , x kisah rumah macam mana pown, yg penting selesa dan hati tenang dlm rumah

    ReplyDelete
  2. yelah KA rumah besar r kecil bukan penting yang paling utama kebahagian penghuninya...

    ReplyDelete
  3. saya bab rupah x fikir panjang lagi.. asalkan boleh duduk kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasala sedang muda belia xterfikir semua tu lagi asal ada tempat menginap dh cukup ya...tq Pha Is.

      Delete
  4. ya..yg penting kbahagian yg dicari..
    betul ada juga dgr kisah suami isteri yg kaya.. last duduk di kebun getah..
    ada alasan mreka tsendiri.. :P
    rumah idaman saya.. simple n moden :P he..he..

    ReplyDelete
  5. ya bagus sobri sudah ada cita-cita utk miliki kediaman dgn bentuk yg diingini....tq Sobri Yaakob.

    ReplyDelete
  6. Saya pon tak kisah. Janji rumah tu selesa. Saya skang ni mengidam landed house. Tapi tak tau bila lah bley dapat ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sya Allah ada rezeki tu kelak...rumah yg ada sedikit kwsn tanah untuk bercucuk tanam mmg jadi impian kebanyakn kita...tq Fiza Rahman.

      Delete
  7. tulah pasal, Adik kata kalau dier byk duit, perkara pertama yng dier nak beli rumah ! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah fikiran adik jauh kehadapan penuh dgn cita2 n impian.....tq Kesuma Angsana.

      Delete
  8. yang penting selesa dengan rumah yang kita diami.. rumah idaman aiza rumah bawah kak.. betul kata kak, kalau rumah dua tingkat macam, bila kita dah tua susah untuk mengemasnya di bahagian atas..

    ReplyDelete
  9. ya rumah biar kecil xmengapa asal selesa didiami....rumah dua tingkat ni cantik dipandang tapi pabila ramai2 hendak berkumpul di bawah saja.....tq Mizz Aiza.

    ReplyDelete
  10. Kakak duduk sekarang rumah 3 bilik aje. Rumah besar kami sewakan. Punca dulu kesian maid nak mengemas, jaga anak lagi jadi buat pilihan duduk rumah yg kecik. Tapi bila dah selesa kami terus tinggal hingga kini. Cuma bila ramai keluarga dtg kakak terpaksa sewakan homestay lat 3 pintu dari rumah kakak.

    Rumah kecik senang nak urus. Tapi kakak idamkan rumah punya halaman luas boleh tanam banyak pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...tapi rumah kita pabila telah disewa susah juga nk dapatkannya semula ya...tinggal di rumah kecil ada kwsn utk bercucuk tanam mmg menyelesakan menghuninya....tq Kakzakie.

      Delete
  11. Kakak tertunggu "Sebuah Versi Cinta".
    Kalau sambung jgn lupa give me a tickle sebab kakak kadang terlepas.

    ReplyDelete
  12. terima kasih banyak Kakzakie minat juga ikuti novel sy tu...selalu sy update novel tu hari isnin...kalau terlepas boleh klik pada label SEBUAH VERSI CHINTA kat tepi blog tu...nanti semua bab akan dipapar....tq Kakzakie.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist