ASSALAMUALAIKUM...
Arwah bapaku sering mengalami eksiden tika memandu keretanya dan berhari-hari dirawat di hospital. Pernah juga keretanya dilanggar lembu yang meluru laju entah dari mana. Namun bapaku tidak menjadi mangsa kemalangan jalan raya tapi beliau meninggal dunia tika sedang solat subuh di surau berdekatan rumahnya.
Hingga kini hatiku sentiasa sebak kehilangannya meski reda...alfatihah...
Adik iparku HASSANI terlibat dengan eksiden yang merenggut nyawanya...sayu hatiku memikirkan kepergiannya meninggalkan lima orang anak kecil yang menjadi yatim.
Syukur Alhamdulillah kini kesemua anak yatim itu telah berjaya ke IPT berkat kesungguhan adikku mendidik mereka dan dengan izin ALLAH jua.
Baru-baru ini adikku itu ditimpa musibah pula apabila kereta yang dipandu anak gadisnya yang ketiga diseret lori hingga remuk separuh. Mujur sungguh kedua-duanya terselamat cuma trauma tidak terhingga.
Sebelum semua catatan itu tertulis sebenarnya akulah yang terlebih dahulu merasai kesakitan akibat eksiden 25 tahun lalu. Akibatnya deritanya kutanggung hingga hari ini.
Kami sekeluarga dalam perjalanan ke KL; di highway KL-KARAK bertembung dengan lori yang sarat muatan ayamnya. Lori yang tidak dapat dikawal itu melaju ke arah kereta yang dipandu suami.
Tika itu yang aku ingat hanya doaku kepada ALLAH...YA ALLAH YA TUHANKU KAU SELAMATKANLAH ANAK=ANAKKU...AKU MATI TIDAK MENGAPA...
Anak-anakku yang sulung tahun satu tika itu, yang kedua tadika, yang ketiga 3 tahun dan anak keempat baru 50 hari usianya.
Doaku Allah makbulkan...syukur ALHAMDULILLAH..anak-anakku semuanya selamat cuma kecederaan yang tidak merisaukan.
Hanya aku yang koma hampir sebulan. Setelah sedar lumpuh penuh selama tiga tahun.
Kini kembali hidup seperti biasa walau tidak pulih sepenuhnya half-paralised namun tetap bersyukur kerana kehidupanku tidak terlalu menyusahkan mereka disekelilingku.
Kesimpulan daripada entriku ini adalah berhati-hatilah sebelum ditimpa kemalangan yang akan menyebabkan kesedihan, kesakitan yang berlarutan selagi hayat dikandung badan
salam takziah dari KA ye. Dokan yang terbaik for u n family ! moga kita sama2 dibawah lindungan Allah swt
ReplyDeletetq Kesuma Angsana salam takziah drmu membuatkan air mata bergenang...
ReplyDelete