Marhaban Romadhan al-mubarak
Romadhan penghulu segala bulan
moga takwa kian marak
ibadah puasa diterima Tuhan
Penuh barokah bulan Romadhan
menghapus dosa bathin zahir
Lailatulkadar kita impikan
gandakan amal sepuluh malam terakhir
Pahala fardhu 70 kali berganda
pahala sunat seperti fardhu
Anugerah Allah kita rebut bersama
Romadhan ditunggu penuh rindu
Mendidik diri lapar dahaga
mulut berbau harum kasturi
Tadarus terawih meningkat takwa
zakat sedekah dimurah rezeki
oleh: Noorlaila Ghafar
Apa Itu Among Us?
-
*Among Us *ialah sebuah permainan video dalam talian yang dibangunkan oleh
syarikat InnerSloth dan mula dilancarkan pada tahun 2018. Namun begitu,
pop...
6 hours ago
Idea spontan selepas menghadiri usrah di rumah anak saudara suami. Perlu banyak lagi dimurnikan. Apa pun terima kasih Ida. X terfikir pun SMS pantun Lela, Ida masukkan dalam blog...
ReplyDeleteKarya seni seindah itu mesti dihargai dan dilayarkan ke alam maya untuk dinikmati bersama. Terserlah kemampuan penulisnya yang bukan calang-calang.
ReplyDelete