Umpama
Seindah jambangan bunga nan meriah
lalu
bayu mulus dari gunung turun mengusapinya
dan menyapa seolah mengoles pipi gadis nan putih
Sirnalah kebenaran dan kepercayaan
cairlah panas amarah
sukar pula menilai seluruh diri
hanya sekujur imej zahir
Malanglah dirimu seterusnya
kerana kebenaran yang ingin diraih
tenggelam hanyut
Alun bayu yang lembut itu
telah menukarnya dengan gubahan kata
membawanya ke kota bantah
yang teguh jitu
Bukah ada Dia
tempatmu mengadu resah
mengapa tidak menggubah kata seindahnya
Sibuk Sedikit, SR Sedang Adapt Semula!
-
Assalamualaikum semua! Sehari dua ni SR agak sibuk sikit. Maklumlah, cuti
belajar bergaji penuh SR dah pun tamat, jadi sekarang dah mula kembali
bekerj...
1 day ago



No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”