Kata suaminya kepadanya, dia tidak payah berkerja kerana suaminya itu mampu memewahkan kehidupannya dengan pendapatannya seorang. Memang pendapatan suaminya itu boleh tahan juga untuk menyara hidup mereka seadanya. Kerana kemahuannya tidak banyak tentulah sangat mencukupi pendapatan suaminya sebagai staff sebuah syarikat swasta itu. Mentelah pula cuma hidup berdua.
Ketegasan suaminya tidak boleh dirubah lagi dan dia terpaksa akur dengan keputusannya. Sehari suntuk pula dia tidak bertegur sapa dengan suaminya sebagai tanda protes hatinya yang tidak langsung menyetujui kehendak suaminya walau tidak berani membantah. Hinggakan jiran-jiran yang tinggal bersebelahan rumah mereka menganggap pasangan itu tidak ada di rumah. Sebetulnya masing-masing sedang melayan perasaan.
Bermulalah rutin hidupnya sebagai seorang isteri sepenuh masa. Sama seperti isteri-isteri jiran-jirannya yang lain yang sentiasa ternanti-nanti saat suami pulang dari pejabat. Dan segala-gala yang dilakukan adalah untuk kebahagian bersama.
Musim awal perkahwinannya tetap ada masalah yang mengganggu keharmonian rumahtangganya. Namun tetap dilaluinya dengan tabah.
Sekali kejutan yang membuat jantungnya berhenti berdegup tatkala suaminya mengatakan keinginannya untuk berhenti kerja. Pelbagai yang menghantui mindanya memikirkan tentang masalah bakal ditempuh setelah suaminya tiada berperkerjaan. Bukan masalah kecil tu.
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
2 hours ago
Idea yang menarik... Novel yang memaparkan realiti kehidupan. lela yakin 95% kisah benar. Tahniah... Lela ternanti2 sambungan seterusnya. Kena tulis episod2 atau bab2 supaya pembaca tak keliru....
ReplyDeleteTerima kasih lela. Didasarkan dari realiti kehidupan tapi tidaklah sepenuhnya. Ada pengolahan dan penyesuaian juga.
ReplyDelete