ASSALAMUALAIKUM
REZEKI TERNAKAN
Subuh tadi lepas solat, wife buka peti ais. Tengah dia belek-belek, aku dah tahu dah, mesti ada sesuatu.
Tak lama lepas tu dia panggil aku,
“Awak ni banyak makanan yang tak elok dah, pergi bagi haiwan.”
Aku senyum je, sambil jawab,
“Ok mem.”
Dalam hati aku rasa macam menang cabutan bertuah Mydin.
Sebab sebenarnya, aku memang tunggu dia cakap macam tu.
Setiap kali aku buka peti ais, aku tengok buah dah lembik sikit, sayur dah mula kuning, ayam dah senget sebelah,
Tangan ni gatal betul nak ambil bagi haiwan. Tapi tak boleh. Tak dapat green light lagi.
Tapi aku tak berani buat keputusan sendiri.
Sebab sekali aku bagi sebelum dia cakap “ok,” memang aku kena khutbah pagi percuma.
“Awak ni semua benda nak bagi haiwan! Nanti kalau saya tak masak dua hari pun awak bagi saya kat buaya ke?”
Aku tak berani lawan.
Sebab bila isteri tengah marah, semua fakta sains boleh jadi hujah agama.
Sebab pernah aku bosan-bosan aku bukak peti ais aku kasi semua makanan kat haiwan aku
Jadi aku sabar.
Tunggu isyarat rasmi daripada isteri. Bila dia cakap “pergi bagi haiwan,” itu maknanya aku dah boleh beri pada haiwan.
Biasanya yang aku bagi tu buah dan sayur yang dah lebih seminggu.
Maklumlah, aku kalau pergi pasaraya, beli stok terus untuk seminggu. Kononnya nak jimat minyak.
Tapi jimat minyak, tak jimat sayur. Sebab sayur semua sempat berzikir dulu dalam peti ais sebelum dimasak.
Buaya tu kalau dapat ayam expired ni, dia bukan makan, dia sambut macam orang dapat parcel Shopee.
Kalau roti pula, dah seminggu keras macam helmet bomba, itu rezeki ayam dan burung.
Ayam aku siap berebut. Ayam aku ni jenis tak cerewet. Kadang roti tu dah boleh buat lontar lembing pun dia bedal juga.
Buah dan sayur yang dah layu-layu, aku bagi musang, landak, kancil.
Pendek kata, kat rumah aku ni tak ada istilah makanan bazir. Semua ada destinasi akhir masing-masing.
Kalau makanan dah dimasak tapi tak habis, itu biasanya itik dan ayam punya bahagian. Kadang aku rasa ayam aku ni dah makan lagi mewah dari aku.
Kadang-kadang aku tengok ayam-ayam aku ni, aku terfikir
“Kalau korang tahu yang aku bela ni bukan sebab kasih sayang tapi sebab kitar semula makanan, mesti korang rasa betrayed kan?”
Tapi aku tak kisah. Sebab bila haiwan-haiwan ni membiak, rezeki tu pusing balik kat aku.
Ayam, itik dan buaya bertelur, aku ambil sikit buat lauk.
Cuma bila dah banyak sangat, aku terpaksa kurangkan populasi. Ya lah, takkan nak bela sampai jiran pun minta tolong aku bela anak dia sekali.
Kadang aku tengok balik semua ni, rasa kelakar juga.
Dari makanan yang orang buang, boleh jadi rezeki untuk makhluk lain, dan akhirnya jadi rezeki kita balik.
Jadi aku rasa, kalau ada makanan lebih, jangan terus buang.
Kongsi lah dengan makhluk lain. Biar semua rasa bahagian dia dalam rezeki tu.
Sebenarnya kalau fikir balik, seronok bila tengok makanan yang orang lain buang boleh jadi rezeki untuk makhluk lain.
Bukan setakat jimat, tapi rasa hidup ni macam ada tujuan.
Cuma itulah
Kena tunggu green light dari wife dulu.
Kalau tak, nanti bukan ayam kena sembelih, aku dulu yang kena.



.jpg)



