بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH SKRIP MELODRAMA ADIK FARAH KARYA PI DISIARKAN RADIO KLASIK SEMALAM AHAD 25 OGOS...KEBETULAN RADIO KLASIK SEDANG ON...TERKEJUT JUGA PI DIBUATNYA.
TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PENERBIT PUAN NORHAYATI ABAS ATAS KESUDIAN MENYIARKAN KARYA PI YANG SEADANYA ITU.

                                                                                  PIC RADIO KLASIK (C)


RANCANGAN: MELODRAMA.
PENERBIT:        NORHAYATI ABBAS
TAJUK:               ADIK FARAH.
PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT:          DESA  MELOR, SERENDAH, SELANGOR.
K/P:                    
HP/ E-MEL:        paridahishak@gmail.com
AKAUN BANK:      


                           
PELAKON:        1. …………………………..........sebagai .Adik/Tengku Farah
                            2…………………………........... sebagai .Abang
                            3…………………………........... sebagai .Aidil
                            4…………………………........... sebagai .Wan Jamilah
                            
                           
EFEK:                 1. SUARA KAMBING  MENGEMBEK
2. SUARA RIUH RENDAH.
                            3. SUARA OMBAK.
                            4. SUARA MARHABAN
                           

SINOPSIS:         
Farah dipanggil adik dalam kalangan keluarganya. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di universiti di Kuala Lumpur. Farah keberatan menerimanya                      walaupun ibu bapa dan adik beradiknya menggalakannya. Mulanya dia telah berjanji untuk meneruskan pengajian bersama kawan baiknya. Dia merasa berat hati hendak meninggalkan ibu dan ayahnya yang uzur juga kambing-kambing peliharaannya. Farah telah mengikuti kursus menternak kambing setelah selesai pengajian diploma. Ekoran itu Farah memulakan  usaha menternak kambing. Sambil itu Farah juga suka memancing di kuala dan sering membawa kambingnya bersama menemaninya.
Aktivitinya menemukannya dengan seorang wanita separuh usia yang sering jua ke situ mengambil angin petang. Farah menolong menurunkan wau cucu wanita itu yang tersangkut di pohon ketapang dan memberi wanita itu  ikan yang berjaya dipancingnya. Setelah itu mereka sering bertemu di pantai dan bergaul mesra. Baik budi bahasanya membuat wanita itu berkenan untuk menjadikan Farah menantunya.  Niatnya disuarakan kepada anaknya. Aidil menyiasat siapakah Farah pilihan uminya itu untuk dijadikan pasangan kepada abangnya.
Akhirnya  Aidil mengetahui bahawa  Farah adalah kawan baiknya yang sering menemaninya memancing sewaktu mereka bersekolah rendah  dulu. Dan telah lama terpaut hati dengannya. Dia amat kecewa.


GRAM:                   MUZIK PENGENALAN.
JURUHEBAH:        Melodrama dengan kisah “ADIK FARAH” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “ADIK FARAH”.

GRAM:                   MUZIK.
LAGU
ABANG :                Betulkah Adik tak nak sambung belajar lagi? Apa masalahnya? Dulu  Adik juga  yang cakap, lepas habis diploma nak sambung buat ijazah pula di universiti. Ini soal masa depan Adik. Ibu ayah pun tidak menghalang.
ADIK:                      Itu dulu bang! Sekarang ni abang tenguklah bagaimana keadaan ibu  dan ayah. Ibu nak berjalan pun dah tak berapa larat. Ayah pula terpaksa berulang ke hospital untuk dapatkan rawatan sakit tiga serangkainya. Kalau terjadi sesuatu kepada ibu ayah kita bagaimana? Tak ada siapa  yang nak perhati kebajikan ibu ayah kalau adik sambung belajar. Nak harapkan  abang dan kakak. Masing-masing sibuk dengan kerja  kan! Biarlah  Adik yang jaga ibu ayah kita. Ini keputusan Adik.                
ABANG:                 Kalau dah itu keputusan Adik, Abang tak boleh nak kata apa. Memang betul juga kata Adik, kalau Adik tak ada siapa yang nak tengukkan ibu ayah kita. (PAUSE) Abang sebenarnya dah lama mohon bertukar ke sini. Tapi tak lulus. Angah  pun mohon juga tapi tak ada nasib nak dapat.                                                                                                                   
ADIK:                      Nampaknya Adik sorang yang tiada masalah kan bang! (GELAK KECIL) (PAUSE) Biarlah adik  di sini bersama ibu dan  ayah. Adik pun memang tak mahu berpisah dengan ibu dan ayah.                                                     
ABANG :                Tapi kalau Adik cuma di rumah menjaga ibu  dan ayah kita tentu jemu juga tanpa ada apa-apa kegiatan lain.
ADIK:                      Abang nih! Macamlah tak kenal dengan Adik. Adik kan tak reti nak duduk diam. Abang juga dulu hantar adik kursus ternak kambing! Jadi Adik jagalah kambing yang  adik ternak tu. Banyak juga kerja Adik dengan kambing tu. Makanannya, kesihatannya semua kena perhati. Malam pun Adik tak lena  tidur tau  fikirkan keselematan mereka. Bimbang  dicuri orang lagi!
ABANG:                 Abang memang tahu perangai Adik yang terlebih cergas ni! Suka memancing, suka menjala ikan, suka bersampan di kuala. Suka memanjat pokoklah. Lagaknya macam orang lelaki lagi. Suka berkawan dengan budak-budak lelaki (PAUSE) Sapa ya nama budak lelaki yang  rajin ikut Adik memancing tu? Abang pun dah lupa! (PAUSE) Tak payahlah buat  semua tu  dik! Tiap bulan  abang dan kakak kirim duit belanja. Adik di rumah saja. Jangan ke mana-mana.
ADIK:                      (GELAK KECIL) Abang nak control adik pulak ya! Adik ni anak laut bang. Sudah mangli dengan cara hidup orang laut. Usahlah risau tentang Adik. Taulah Adik jaga diri.
Babak 2
GRAM:                   MUZIK.
LAGU

8 comments - "MELODRAMA ADIK FARAH"

Warisan Petani delete icon 26 August 2019 at 22:45

Tahniah penulis berbakat besar PI

paridah delete icon 27 August 2019 at 08:09

TKSH WP..BAKATNYA SIKIT JE TAPI MMG SUKA MENULIS HEH..HEH..

AtieYusof delete icon 27 August 2019 at 10:11

Alhamdulillah.. tahniah kak.. :)

paridah delete icon 27 August 2019 at 11:53

AMIN TKSH ATI PAKABAR

norhidana delete icon 27 August 2019 at 11:56

tahniah kak PI, menarik melodrama nih

paridah delete icon 27 August 2019 at 13:01

TKSH DANA HEH..HEH..CUBA2 JE

Anonymous delete icon 9 September 2019 at 20:47

puan nak tanya, macam mana ya nak hantar skrip melodrama?

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”