بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM


GURINDAM GAGAL

Andainya gagal apa dirancang,
kaji selidik segera bincang.

Andainya gagal ujian pertama,
rujukan ilmi biarlah lama.

Andainya gagal dalam perkahwinan,
suratan takdir lerai bebanan.

Andainya gagal dalam percintaan,
hati kecewa lumrah perasaan.

Andainya gagal difikir selalu,
tiada jaya melintas lalu.

Andainya gagal beramal soleh
murabbi benar segera pilih

Andainya gagal mendidik laku
gejala keji  mudah berlaku

Andainya gagal berkali-kali
salah dan  silap wajar sesali.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
9/05/019 

6 comments - "GAGAL..."

dear anies delete icon 20 August 2019 at 13:26

jangan gagal sebelum mencuba

norhidana delete icon 20 August 2019 at 14:32

biarlah selepas mencuba, kerana selepas itu insyallah kita akan berjaya

paridah delete icon 20 August 2019 at 21:42

tksh anies betul sgt tu

paridah delete icon 20 August 2019 at 21:43

tksh dana dgn usaha pasti jaya

Warisan Petani delete icon 21 August 2019 at 15:30

Gagal sekali bukan bermakna kita tidak boleh berjaya

paridah delete icon 21 August 2019 at 22:36

TKSH WP GAGAL SEKALI USAH PUTUS ASA

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”