Monday 8 August 2016

SAKIT TAPI TIADA PENYAKIT?

ASSALAMUALAKUM….

MENYEMBUHKAN SAKIT




Sakit sungguh terasa seluruh tubuh. Tiada daya hendak menggerakannya. Apalagi dibawa berjalan untuk mengurusi kehidupan selazimnya dilakukan.

 Puas pula mereka yang terdekat dan menyayangi kita mengusung ke hospital untuk mencari sebab musabab sakit dengan berpandukan ilmu kepakaran doctor perubatan untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.
Sekujur tubuh pun disorong ke dalam mesin scanner. 

Mengimbas apa saja yang menyebabkan tubuh penderita sakit tidak keruan. Sayang tidak ditemui apa puncanya. Struktur tubuh elok saja. Ginjal elok berfungsi, jantung berdegup normal, tekanan darah tidak tinggi tidak rendah. Pendekata tiada masalah kronik yang tiba-tiba menyekat pergerakan tubuh dan menyakitkannya.

Kalau tidak ada sakit yang perlu disembuhkan maka tidak adalah ubat yang diberi oleh doctor melainkan pil pain killer-penahan sakit. Bukannya menghilangkan rasa sakit.

Habis apakah pilihan kita untuk menyembuhkan sakit yang amat perih itu? Tentulah rawatan alternative yang berlandaskan kesyumulan Islam atau secara perbomohan tradisi. Yang sakit pastinya tidak sabar hendak pulih seperti sediakala. Sudah berusaha berubat dengan perubatan canggih terkini baru pula beralih kepada selainnya. 

Tetapi cara perubatan yang menjadi pilihan mestilah yang tidak menyeleweng daripada akidah pegangan kita. Sebab selalunya jika perubatan moden tidak dapat mengesan punca kesakitan dan ditemui pula pengamal perubatan alternative yang akan dikatakan mereka ini hanya berkenaan saka, gangguan jin, iblis.
Kesemua itu tidak boleh kita tolak kenyataannya kerana kita berkongsi alam kehidupan dengan kejadian yang Allah dahului ciptaannya berbanding kita.


Apapun ikhtiar dan usaha harus berterusan dengan tawakal dan reda kepada-Nya. Insya-Allah ujian yang diberi Allah kepada hamba yang dicintai-Nya pasti dicabut jua.

15 comments:

  1. Siapa yg sakit ni kak PI..
    Adakah kak PI..
    Jika akak.. semoga cepat sembuh ye..

    Betul tu kak..
    Jalan penyelesaiannya jika perubatan moden mengatakan tiada sakit kronik kan..
    Cari lah rawatan cara Islam pula..

    ReplyDelete
  2. Allahurobbi... sungguh benar bukan kita aje di bumi Allah ini. Berkongsi dgn jin/syaitan yg tak mampu dilihat mata kasar kita. Kena cari mereka yg Allah kurniakan kelebihan utk menjadi alternatif sebagai penyembuh kerana yg menyembuhkan tetap Allah. Dia yg memberi sekadar usaha kita.

    Semoga terus sabar dan kuat dgn setiap ujian. Itu yg kakak selalu bisik pada bapak kakak juga.

    ReplyDelete
  3. Kak mmg dh lama sakit yati lps eksiden dulu...kshtn ok sikit dh syukur sgt...tapi yg kak sedih mak kak tiba2 jatuh sakit...bila gi check kat doktor katanya xde penyakit pula...tksh bnyk doanya yati.

    ReplyDelete
  4. benartu kakzakie...kita mestiberusaha merawat penyakit yg kita xtahu puncanya spt ayah kakzakie yg rajin menebas semaksamun tiba2 saja boleh sakit terduduk...tks.

    ReplyDelete
  5. Setiap penyakit ada penawarnya.
    Kita kena berusaha dan bertawakkal.
    Semuga semuanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
  6. Moga diberi kesembuhan dan dimudahkan segala urusan. Aamiin

    ReplyDelete
  7. macam kena sihir tu la kan kak??pi hospital doktor pun tak tau nak bagi ubat apa..bahaya..

    ReplyDelete
  8. semoga dengan rawatan alternative lain dapat beri kesembuhan.Kita hanya berusaha hanya Allah yang menentukan nya kan PI.

    ReplyDelete
  9. saya pun ada customer macam ni, dia sakit tapi bila jumpa doktor kata takde sakit apa. saya pun naik pening. saya pun jadi tak tahu nak prescribe apa suplemen untuk bantunya. semoga mak kak PI kembali sihat

    ReplyDelete
  10. Kita hanya mampu berusaha mencari kesembuhan... hanya Allah jua yang berkuasa atas segala-galanya.. Allahu Rabbalalaamiin...

    ReplyDelete
  11. Tksh hana doanya amiin...itulah masalahnya hana badan sakit tapi doktor xdpt kesan apa sakitnya.

    ReplyDelete
  12. setiap penyakit ada penawarnya..

    ReplyDelete
  13. Semoga Allah memberi kesembuhan pada mak akak. Dan semoga akak juga terus kuat menempuhi hari2 mendatang.

    ReplyDelete
  14. segalanya kehendak ilahi. Mohon padaNya. Semoga di permudahkan oleh Allah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist