بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM....

BARU-BARU NI KE PERLIS PULA. NEGERI YANG SINONIM DENGAN GELARAN INDERA KAYANGAN. BUKAN SEBAB NAK AMBIL BAHGIAN DALAM SUKAN SUKMA ATAU NAK LIHAT SEMUA ACARA SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN TAPI SAJA JALAN-JALAN BERTUKAR SUASANA.

PERJALANAN DARI KL TENTU SAJA MELINTASI  NEGERI SELANGOR, PERAK, PULAU PINANG, KEDAH SEBELUM TIBA DI KANGAR PERLIS.

MELALAUI SAWAH BENDANG YANG HIJAU  KERANA BARU DITANAM USAI KEMARAU BARU-BARU INI, SEJUK MATA MEMANDANGNYA DAN TENANG JIWA. HILANG RASA KELETIHAN SEHARIAN BERKERETA.

 TERHENTI PERJALANANNYA TIDAK JAUH DARI SINI. DISEBUAH INAPDESA YANG SANGAT MENYELESAKAN. RUANG BILIKNYA LUAS DAN MAMPU MENAMPUNG KAMI SEKELUARGA. RAMAI JUGA TU TERMASUK PI DAN ANAK CUCU JUMLAH KESEMUANYA 7 ORANG. BAYARANNYA CUMA 100 RM. KAMI MENGINAP DUA MALAM DI SINI.
 TEMPATNYA DI ABI 14  DALAM DAERAH KANGAR. BERDEKATAN PULA DENGAN GERAI-GERAI YANG MENJUAL MAKANAN. SENANG NAK DAPATKAN MAKANAN SARAPAN PAGI ATAU MALAM.
BEREHAT PADA MALAMNYA DENGAN TENANG KERANA KEESOKAN PAGINYA HENDAK JELAJAH PERLIS DALAM SEHARI.

TEMPAT PERTAMA DISINGGAHI DI AWAL PAGI ADALAH DI SINI. DI GERAI YANG MENJUAL MEMPELAM HARUM MANIS  DAN PELBAGAI PRODUK YANG BERKAITAN DENGANNYA. ADA DADIH HARUM MANIS, JUS HARUM MANIS DAN PULUT LEMAK YANG DIMAKAN BERSAMA MEMPELAM HARUM MANIS.

KEBUN MEMPELAMNYA LUAS DAN BOLEH DILAWATI KALAU TERINGIN. TAPI KAMI TAK MASUK PUN DALAM KEBUN TU. HANYA MENINJAU DARI TEPI JALAN.
HARGA SEKILO MEMPELAM ITU 30RM...HMM MAHAL JUGA KAN.
KATA MEREKA SEKITAR SITU HARGA TINGGI GARA-GARA SUKMA YANG BERLANGSUNG BARU-BARU INI. BIASALAH KAN PABILA PERMINTAAN MELEBEHI PENGELUARAN.

TAPI MEMPELAMNYA MEMANG BERKUALITI TINGGI DAN MANIS SANGAT RASANYA.

ESOK SAMBUNG LAGI  CERITA PI DAN ANAKCUCU MELAWAT PERLIS YA...PENAT JUGA NAK MENAIP PANJANG BERJELA NI...

15 ulasan - "INDAHNYA PERLIS INDERA KAYANGAN..."

Muhammad Khairuddin Lim delete icon 11 Jun 2014 9:58 PTG

Wah best pelam harum manis

Etika Maria delete icon 11 Jun 2014 10:06 PTG

Masya Allah, indah sekali kak.. Sejuk nian nampaknya :)

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 11 Jun 2014 10:59 PTG

Sis mai kat negeri zumal yer :)

babYpose delete icon 12 Jun 2014 7:43 PG

cantiknya, bersihnya udara, duka gambar kedua tu..

babYpose delete icon 12 Jun 2014 7:43 PG

*suka :)

paridah delete icon 12 Jun 2014 10:05 PG

ya mempelamnya sangat manis...tq Muhammad Khairuddin Lim.

paridah delete icon 12 Jun 2014 10:07 PG

perlis indera kayangan negeri kecil yg indah...tq Etika Maria.

paridah delete icon 12 Jun 2014 10:11 PG

ya tapi xdpt jumpa zumal di sana...tq Ahmad Zumal Md Rayi

paridah delete icon 12 Jun 2014 10:17 PG

ya cantik sungguh nyaman suasananya...tq babYpose

acik idah delete icon 12 Jun 2014 12:13 PTG

woww... banyak nyer harumanis... tapi mahal nyerr... dah macam harga kat kl dah...

Kakzakie delete icon 12 Jun 2014 1:01 PTG

Kakak dpt rasakan seronoknya di sana. Memang negeri-negeri macam Perlis, Kedah, Kelantan, T'ganu best tak macam JB ni tak ada yg buat saujana mata memandang..

paridah delete icon 12 Jun 2014 3:46 PTG

ya mahal harganya walau dibeli dari kebunnya...tq acik idah.

paridah delete icon 12 Jun 2014 3:55 PTG

benar tu jalan2 ke utara r timur belanjanya sederhana n kita masih boleh menikmati kedamaian keindahn suasana

Sobri Yaacob delete icon 12 Jun 2014 6:18 PTG

owh ingatkan nak masuk sukma he..he..
klau p perlis nakshoping memng best cari jersi nak piala dunia..
x pun beli harum manis.. terbaik..


mcm biasa mabaung :P

paridah delete icon 12 Jun 2014 6:32 PTG

HARUM MANIS tu beli juga...bab shopping ada cerita menarik dlm entry seterusnya...bersambung lagi tu..tq sobri rajin menabung.

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”