بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM..


Sangat meriah sekali sambutan Hari Peneroka pada tarikh tersebut di felda Ulu Jempol tempat tinggalku. Ramai yang tidak keberatan menggabungkan diri. Maklumlah teruja hendak meraikan sambutan Hari Peneroka yang diadakan buat kali pertama lah katakan...

Pada sebelah siangnya diadakan pameran kraftangan, masakan kuih-mueh, lauk-pauk, kek, gubahan bunga dll oleh wanita perkumpulan GPW rancangan.

Bahan-bahan itu dipertandingkan pula. Maknanya yang dipilih juri dan diletakan nombor 1 2 atau 3 akan ada hadiah yang menantinya.

Hadiah-hadiahnya disampaikan YB ADUN TAJAU untuk pelbagai kartegori pada acara tersebut. Banyak gambar- gambar menarik yang dirakamkan sempena insiden bersejarah tersebut oleh seorang sahabat juga staff felda di sini.

Aku membelinya sekeping saja dan bercadang menjadi kembaran kepada berita yangku tulis mengenainya. Mencuba nasib sebagai penulis berita secara suka-suka.

Wah! Sungguh takku duga tulisanku itu disiarkan dalam Utusan Malaysia terbitan July...tarikhnya dah lupa.

Ekoran berita yang disiarkan UM itu ada pula yang merungut kononnya aku tidak masukan fakta sebenar siapa yang terlibat.

Aku diam saja. Mengaku saja kesilapan yang tidak tersengaja. Lagipun akuni baru belajar menulis di akhbar.


Dan kini setiap kali sambutan HARI PENEROKA pada 7 July setiap tahun terimbau kembali peristiwa 7777.


22 ulasan - "SELAMAT HARI PENEROKA...7777"

Outbound Training Malang delete icon 7 Julai 2012 11:48 PG

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

paridah delete icon 7 Julai 2012 6:57 PTG

salam sukses untukmu juga. terimakasih banyak kesudianmu mengunjungi blog ini...yes hari semalam adalah kenangan...esok mungkin mimpi n harini milik kita sepenuhnya...

Kakzakie delete icon 7 Julai 2014 8:21 PG

Ada tak yg menurun ilmu kewartawanan PI sekarang ni.
Mesti banyak menimpa pengalaman walau kadang ada yg pahit tapi manisnya banyak.
Komen ketua pengarang tu biasalah kan..

Yun Sing delete icon 7 Julai 2014 8:35 PG

Eh kat mane eh event ni? Tak pernah tawu .__.

Ahmad Zu Mal Md Rayi delete icon 7 Julai 2014 11:34 PG

Peneroka banyak berjaya kepada negara...

paridah delete icon 7 Julai 2014 12:07 PTG

Ketua pengarang xkomen kakzakie tapi mrk yg marah sbb nama mrk kak xmasukan dlm tulisan tu...nampaknya anak2 biarkan saja mak mrk hanyut dlm bidang ni sdg mrk dlm bidang pro yg lain...tq kakzakie.

paridah delete icon 7 Julai 2014 12:08 PTG

setiap 7 july event ni di sambut di merata felda...tq Yun Sing.

paridah delete icon 7 Julai 2014 12:10 PTG

ya setiap kita berperanan memajukan negara....tq zumal.

babYpose delete icon 7 Julai 2014 12:12 PTG

Alhamdulillah masuk dalam urusan, memamg PI patut diberi penghargaan.. tertengok cupcake pulak hehe..:)

Pha Is delete icon 7 Julai 2014 12:40 PTG

owh.. baru tahu kewujudan hari peneroka..

paridah delete icon 7 Julai 2014 2:51 PTG

tq babYpose...sedap cupcake tu..

paridah delete icon 7 Julai 2014 2:52 PTG

baru tau ya...diraikan sejak taun 77 lagi....tq Pha Is.

Purnomo Jr delete icon 7 Julai 2014 3:43 PTG

kembang yang berwarna ungu paling atas itu..jenis sayuran kembang kol ya kak :)

acik idah delete icon 7 Julai 2014 4:02 PTG

broccoli purple? gubahan ke real tu?

Sobri Yaacob delete icon 7 Julai 2014 10:35 PTG

salam sis.. hari peneroka peringkat apa?
saya pun anak org felda :)

Sobri Yaacob delete icon 7 Julai 2014 10:35 PTG

menabung di sini :)

BUNDA a.k.a KN delete icon 8 Julai 2014 4:12 PG

Hari Peneroka satu hari yang boleh mengenang jasa2 Peneroka kepada semua..syabas...

paridah delete icon 8 Julai 2014 10:01 PG

ya sayur broccoli ungu tu...cantik kan...tq Purnomo Jr.

paridah delete icon 8 Julai 2014 10:03 PG

gubahan bunga real heh..heh...tq idah.

paridah delete icon 8 Julai 2014 10:11 PG

wsalam dik sobri hari peneroka setiap tahun disambut diperingkat tanah rancangan, wilayah r kebangsaan...anak felda kena ambiltahu semua tu...tq sobri rajin klik2.

paridah delete icon 8 Julai 2014 10:15 PG

ya mengenang jasa peneroka yg memakmurkan negara dgn aktivit perladangan sawit n getah...tq BUNDA aka KN

Sobri Yaacob delete icon 8 Julai 2014 10:54 PTG

oic.. tq for information :)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”