Sunday, 12 May 2019

ZAKAT ASNAF PEMUISI...11 MEI 019

ASSALAMUALAIKUM

Malam tadi Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI) menganjurkan Malam Baca Puisi Ramadan & Penyampaian Zakat Asnaf PEMUISI’ dengan jayanya di kediaman Tan Sri Penaung, Desa Haras Hulu Kelang. Seramai 20 orang Asnaf PEMUISI diberikan bantuan zakat sumbangan UMW Berhad. Majlis diserikan dengan bacaan Puisi oleh Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Hamad Kama Piah Che Othman, SN Prof. Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh, Prof. Dr. Kamaruzaman Ibrahim, Dr. A Rahim Abdullah, Adiwangsa Sukma, A Ghani Abdullah, Azmin Yusof (CFO UMW), Pyan Habib, Norazimah Abu Bakar, Morne Hashim, Asmira Suhadis, Wichian Az, Buck Lee dan juga nyanyian lagu-lagu puisi syahdu oleh Sani Sudin, Adinda Amiro, Yuzailan Yunos dan lain-lain. Majlis diacarakan Penolong Setiausaha Agung PEMUISI, Cikgu Arniza Che’ Omar. Program Asnaf PEMUISI ini adalah sebahagian aktiviti PEMUISI dalam memfokuskan hal-hal kemanusiaan dan cakna masyarakat selaras dengan visi PEMUISI ‘Suara Kemanusiaan Sejagat’. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat----Dato Radzuan Ibrahim

ALHAMDULILLAH RAMADAN KALI INI PI ANTARA YANGTERSENARAI SEBAGAI PENERIMA ZAKAT ASNAF PEMUISI SUMBANGAN UMW YANG DIADAKAN DI KEDIAMAN TAN SRI DATO HAMAD KAMA PIAH SEORANG TOKOH KORPORAT MANTAN PENGERUSI PNB....SYUKUR DIMURAHI REZEKI PEMBERIAN DATIN BARUPATI UTAMAJU YANG PI KENALI DALAM GRUP SAJAK MALAYSIA RUSSIA DISAMPAIKAN PUAN NORAZIMAH ABU BAKAR.

SEKITAR SUASANA MAJLIS TERSEBUT....



 TAN SRI HAMAD KAMA PIAH PENAUNG PEMUISI



 TN AZMIN YUSOF CFO UMW MENYAMPAIKAN ZAKAT ASNAF PEMUISI
 SASTERAWAN NEGARA PROF EMRITUS MOHD HJ.SALLEH PENULIS ASMIRA SUHADIS
TAN SRI HAMAD KAMA PIAH CFO UMW TUAN AZAMIN DATO RADZUAN IBRAHIM                                                               PENULIS ADYRA AZZAHRA
                                                               PYAN HABIB
                                            ADINDA AMIRO               SISO KOPRATASA
 PUAN NORAZIMAH ABU BAKAR SASTERAWAN GIGIH SAMPAIKAN HADIAH RAYA KEPADA PI SUMBANGAN DATIN BARUPATI UTAMAJU

Thursday, 9 May 2019

BANDUAN SAYANG WARDEN PENJARA?

ASSALAMUALAIKUM



Selamat pagi!

Sembang Ramadan pada pagi ini, bukan sekadar tip penulisan sahaja, saya belajar kehidupan daripada mata orang lain.
Saya menunggu di hadapan stesyen KTM Alor Setar, seorang lelaki dari jabatan agama negeri datang menjemput dengan van hotel.
Lelaki yang datang sudah berusia lebih 50 tahun. Misai dan rambutnya sudah putih. Pada waktu tengah hari siap memakai kot dan berkasut.
Saya pula, hanya menyarungkan t-shirt kolar bulat, berkasut sukan tanpa stokin pula...
Yalah, kelas penulisan bermula lewat petang. Tiba pun pagi. Pada saya okay sahaja.
Tiba sahaja di hotel, kami perlu menunggu lagi.

Bilik belum sedia sepenuhnya.
Kami berbual dan lelaki tadi merupakan bekas warden penjara yang kini bekerja di jabatan agama pula.
"Bayangkan, berbelas tahun mengawal orang salah, tiba-tiba uruskan bahagian dakwah pula di jabatan agama. Mati akal juga mula-mula waktu masuk, ramai ustaz dan ustazah, semua tenang-tenang sahaja," kata dia sementara menunggu kakitangan di kaunter memanggil.

Baca lagi kisah warden di sini > https://www.facebook.com/zamrimohamad/posts/10157147352396530

kursuspenulisan.com | A7-03-04 Apt Damiana Jalan Kempas 3, Proton City, Tanjong Malim
This email was sent to paridah.ishak@gmail.com | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

Wednesday, 8 May 2019

SALAM RAMADAN....

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM RAMADAN

Salam  Ramadan menegur sapa
Hamba   sahaya serata alam.
Beriman hamba kepada  Pencipta
mengharap kasih mendamba cinta.
Teguhkan iman pasak bersungguh
Jiwa murni persih ketara.
wajah berseri cerahnya citra.
Madrasah Ramadan kuliah bermula
tarbiah jiwa murni insani
Memasak yakin tugu percaya
Erat mendakap kemas genggaman
Semat di kalbu ilmi firdausi
aral  merintang langkah lintasi.

Beriman teguh pegangan diri
dilambung sengsara sabar mandiri.
Beriman tauhid amal ibadah

lestari hayat tulis riwayat
menghapus cela memadam noda
nur Ramadan  menghulur salam.
menyirat ukhuwah hamparan Islam

.PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
07/05/019

 Image may contain: one or more people

Tuesday, 7 May 2019

ASPIRASI U OK I OKU...

ASSALAMUALAIKUM..

UOK IOKU ANTOLOGI SAJAK TERBARU PI BERGANDING KARYA DENGAN RAMAI PENULIS BARU DAN TERNAMA...BIASALAH   PI TETAP JUGA MENCELAH DENGAN DUA SAJAK....ANTOLOGI SELENGGARAAN CIKGU MOHD KHAIRI/ABLISAM SEORANG                        PENULIS OKU MAMPAN DAN PROLIFIK BERKARYA.



Saturday, 4 May 2019

AHLAN WASAHLAN RAMADAN KAREEM..

ASSALAMUALAIKUM...

AHLAN WASAHLAN RAMADAN KAREEM...PERSIAPKAN DIRI JALANI IBADAH KEPADA-NYA DI BULAN MULIA...BERPUASA..BERTARAWIH, BERSEDEKAH DAN LAIN-LAIN AMAL KEBAJIKAN   TERBAIK DEMI-NYA MENGHARAP REDA-NYA



KUATRIN KASIH INI

Kasihku ini hanya untuk-Mu
tidakku ragu mengukir  kata
pernah keliru  sering bertamu
pudar gerhana tulusnya cinta

Sesalan datang tidak  terkira
rasa berdosa menimbun tinggi
sesak dihimpit perih sengsara
tidakkan mahu diulang lagi

Murni kasih-Mu daku mengharap
kudus cinta-Mu kepada hamba
tulus sayang-Mu inginku serap
ampuni salah amat didamba

Bagai  meruntun di  dalam sukma
ingin bertemu melerai rindu
saat dinanti bakal bersama
renyai tangisan tersedu-sedu

Detik  berlalu dibilang-bilang
langkah hampiri makin mendekat
tiada aral dapat menghalang
tatkala nafas sudah tersekat


                                                                                          

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/04/019                 


Friday, 3 May 2019

BARANG SIAPA GEMAR..

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


 GURINDAM BARANG SIAPA GEMAR

Barang siapa gemar berkebun,
rezeki melimpah pohon merimbun

Barang siapa gemar berdikari,
segala kerja laku sendiri.

Barang siapa gemar berusrah,
keputusan dicapai sirna amarah.

 Barang siapa gemar bernyanyi,
 meriah hidup tidaklah sunyi.

Barang siapa gemar berpura,
wajah sebenar pasti ketara.

 Barang siapa gemar masak-memasak,
 jamu selera tidaklah sesak.

 Barang siapa gemar bertoleransi,
rezeki Allah saling berkongsi.

Barang siapa gemar berkarya,
ilham dicerna semampu daya.

Barang siapa gemar melukis,
seni lukisan tidak terhakis.

Barang siapa gemar berceritera,
riwayat lama melipur lara.

Barang siapa gemar saran pandangan,
sedia hadapi sokongan tentangan

Barang siapa gemar bersiasah,
putus bicara tidak meresah.

 Barang siapa gemar kerja bertangguh,
apa dibuat tidak bersungguh.

 Barang siapa gemar bergurindam,
 puisi tradisi tidak terpadam.

Barang siapa gemar bersukaria,
akhirnya hidup tidak ceria.

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
3/05/019

Wednesday, 1 May 2019

GELANGGANG TERBUKA INI...

ASSALAMUALAIKUM

GELANGGANG TERBUKA INI

Langkah silat mula dipencak
Juara wira munculnya dinanti
Membawa gemilang menyerlahkan kemenangan
Pejuang sebenar asanya tegar
Menangkis kiri kanan serangan
Waspada maju pesaing belakang bimbang
Terhunjam tanpa amaran
Terbungkang mati ditikam tanpa sedari
Gong dipalu tiada henti
nafiri mengiring ritma senada
rancak pesilat menari
asakan bertalu pantas dikilas tanpa gentar
sorak sorai riuh rendah pemerhati
luar gelanggang sekadar cemas tidak berasas
keringat panas menitis deras

PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
18/03/019 

Tuesday, 30 April 2019

SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 019...

ASSALAMUALAIKUM...

CUTI HARI PEKERJA PREMIS SWASTA DAN KERAJAAN TENTULAH TUTUP OPERASINYA KECUALI JABATAN KRITIKAL PENTING SEPERTI  HOSPITAL, POLIS, BOMBA...RADIO TV DLL...  WALAU CUTI TU MESTI TAPI MASIH ADA YANG BERTUGAS ...MENUNAIKAN FARDHU KIFAYAH DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA...
CUTI YANG SEBENTAR CUMA DAPATLAH BERSAMA KELUARGA....MENGGULAI TEMPOYAK IKAN PATIN UNTUK SANTAPAN TENGAH HARI SEDAP JUGA TU                       

MyBloglist