SALAM JUMAAT MULIA
GURINDAM BARANG SIAPA GEMAR
Barang
siapa gemar berkebun,
rezeki
melimpah pohon merimbun
Barang
siapa gemar berdikari,
segala
kerja laku sendiri.
Barang
siapa gemar berusrah,
keputusan
dicapai sirna amarah.
Barang siapa gemar bernyanyi,
meriah
hidup tidaklah sunyi.
Barang
siapa gemar berpura,
wajah
sebenar pasti ketara.
Barang siapa gemar masak-memasak,
jamu
selera tidaklah sesak.
Barang siapa gemar bertoleransi,
rezeki Allah saling berkongsi.
Barang
siapa gemar berkarya,
ilham
dicerna semampu daya.
Barang siapa gemar melukis,
seni lukisan tidak terhakis.
Barang
siapa gemar berceritera,
riwayat
lama melipur lara.
Barang
siapa gemar saran pandangan,
sedia
hadapi sokongan tentangan
Barang
siapa gemar bersiasah,
putus
bicara tidak meresah.
Barang siapa gemar kerja bertangguh,
apa dibuat tidak bersungguh.
Barang siapa gemar bergurindam,
puisi
tradisi tidak terpadam.
Barang
siapa gemar bersukaria,
akhirnya
hidup tidak ceria.
PARIDAH
ISHAK
Desa
Melor Serendah
3/05/019
Salam Jumaat, kak..
ReplyDeleteBarang siapa gemar bersedekah
Lapang rezekinya dijanji Allah
nice sharing
ReplyDeleteBarang siapa gemar mengumpat
ReplyDeleteKelak dimahsyar muflis merempat
Barang siapa gemar menjalin ukhuwah
Dunia akhirat bahagia serta mewah
Salam Jumaat indah Kak PI.
sedap nya baca tulisan PI nih...
ReplyDeleteCantiknya gurindam! Moga terus terpelihara puisi Melalyu tradisional ini.
ReplyDeleteTKSH NOHAS ALHAMDULILLAH BAIK GURINDAMNYA
ReplyDeleteTKSH MKL
ReplyDeleteTKSH PC XBAIK MNGUMPAT HEH..HEH..
ReplyDeleteTKSH DANA SUKA2 JE
ReplyDeleteTKSH AMIE SESEKALI BERGURINDAM
ReplyDeleteBarang siapa gemar membawang
ReplyDeleteKelak hidupnya dirundung malang
HEH..HEH..TKSH WP
ReplyDeleteRingkas tapi mudah difahami.. susunan kata yg menarik :)
ReplyDeleteTKSH EJULTZ PUISI GURINDAM RINGKAS SAJA N MUDAH DIFAHAMI
ReplyDelete